Friday, 1 February 2008

Rutin pelajar Malaysia

Kat depan rumah Dr I. Ada kontena 20 kaki. Kereta kereta yang kelihatan ini hampir semua kereta pelajar Malaysia, sebab kat kawasan ni, setiap penghuni ada tempat letak kereta sendiri di kawasan rumah. Jadi yang kat luar ni, kereta mereja yang berkunjung lah





Semalam snow turun dengan sangat lebatnya, pelik juga, wa ingat snow di Birmingham ini, akan turun sebelum krismas.­ Namun ia cepat cair.­ Tak sampai tahap membeku yang tinggi agaknya.­ Jadi pagi ni, nampaklah selapis tipis snow di rumput belakang rumah wa, di atas bumbung rumah dan bumbung kereta.­ Kat atas jalan raya tak ada dah sebab mencair

Pagi ni wa nak ke rumah kawan wa, Dr I.­ dia dan keluarganya akan pulang ke malaysia akhir bulan ini.­ Jadi hari ini kami masyarakat melayu di Birm akan bergotong royong mengangkat barang mereka ke dalam kontena.­ Dr I ni seorang medical doctor.­ dah 10 tahun di UK.­ kontrak beliau hanya diluluskan hingga akhir tahun ini, kerana kerajaan British telah mengubal dasar mereka.­ Kalau boleh mereka nak semua warga asing pulang ke negara masing masing.­ Ini berikutan kebanjiran terlalu ramai warga eropah timur ke UK.­


Tinggal sedikit lagi barang yang nak dimasukkan ke dalam kontena sebelum kontena di seal. Selamat jalan barang barang

3 minggu lepas diberitakan bahawa visa pelancong ke UK hanya 3 bulan, dipendekkan dari 6 bulan sebelumnya.­ Dan pelancong yang nak datang ke UK ni mesti letak deposit GBP1000 seorang.­ Ada berita juga mengatakan, bahawa peraturan tersebut hanya dilaksanakan di Heathrow sahaja dan tidak di airport yang lain.­ dDlam hal ini wa tak tau.­ Wa belum ada pengalaman

Gila sungguh mereka ni.­ Kurang sangatkah duit mereka sekarang ini.­ Masa wa nak datang dulu kena bayar RM718 seorang, kalau 7 orang maka RM718 x 7 lah.­ Nasib baik kerajaan Pak Lah, bayar balik duit visa tu.­ hi hi hi wa bukan kempen.­

4 tahun sebelum itu visa hanya RM378 per kepala keluarga, dependan tak perlu bayar.­ Masa ni kerajaan Msia tak bayar balik duit visa tu.­ Tak apa lah kan, sikit je, lagipon keexcite-­an mereka yang nak ke UK tu jauh lebih tinggi dari nilai RM378 tu.­

Bulan Januari hingga Mac ini ramai yang lulus Ph D mereka dan akan pulang kembali bertugas dengan majikan masing masing.­ Maka makin kuranglah warga Melayu di Birminghan ini.­ Tapi yang datang pada tahun ni pon sangat lah ramainya.­

Wa lihat ramai undergrad yang tak mahu pulang setelah habis degree masing masning, tapi PhD semuanya nak balik.­ Mungkin undergrad ni muda,­ dan bila didedahkan dengan suasana kerja di sini dan perasaan takut mengharungi alam pekerjaan di Malaysia menyebabkan mereka stay di sini.­ Ternyata memang sangat ramai Permanent Resident Malaysia di sini,­ dan mereka doing very well.­

Wa rasa mereka ini ditakut takuti oleh orang lain tanpa melalui sendiri pengaman bekerja di Malaysia.­ Paling ketara adalah di kalangan doktor perubatan yang grad di sini.­ Perbincangan sesama mereka memang menampakkan bahawa mereka takut untuk mencebur diri di alam pekerjaan di Malaysia.­ hi hi hi.­ Wa tak taulah khanz.­ Wa tak ada pengalaman belajar di sini

Bagi wa , biasa sahaja.­ Ye lah khanz wa nak bandingkan Malaysia dengan Indonesia, mestilah Malaysia lebih baik.­ Tak sanggup wa nak keje di Indonesia wa cakap lu.­ Bukan masalah duit ye tuan tuan dan puan puan.­ Kat Indonesia, doktor gigi lebih kaya dari doktor umum hi hi hi.­ Tapi masalah lain, persekitaran dan suasana.­

ok daaaaa semua

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ