Sunday 6 July 2008

Vango Yukon 800

Jumaat lepas pada tanggal 27 Jun 08, wa order tent dari http://www.highbridgecaravans.co.uk/tentdetails.php?AN=549 . Wa telaah lama dah dari pelbagai laman web. Akhirnya wa terjumpa laman web untuk para pengkhemah seluruh UK, http://www.ukcampsite.co.uk/ dan menjadi ahlinya. Melaluinya wa menjurus kepada apa yang wa patut beli dengan harga diskaun sebagai ahli.

Kalau lu all nak tau lebih lanjut tentang khemah yang wa beli tersebut, wa persilakan lu all lihat di web ini, http://www.vango.co.uk/index.aspx . Lu all pegi ke TENTS, FAMILY PREMIUM, YUKON, 800.

Wa dapat email comfirmation dari company tersebut hari Sabtu. Isnin wa dapat call dan buat bayaran. Rabu, 2 Julai 08, jam 9:10 pagi, wa terima khemah tersebut, dan wa pasang pada petangnya bersama anak anak wa sebelum wa pegi keje, dalam hujan rintik rintik


Beginilah khemah tersebut. Very good quality, and big too.

Hingga ke hari ini, Ahad, 6 Julai 08, wa tak bukak lagi sebab cuaca di Birmingham asyik hujan. Baru khemah nak kering, hujan turun lagi. Tujuan wa pasang, sebab wa nak lihat saiznya, wa nak periksa jika ada kerosakan, wa juga ingin pastikan ia memang kuat untuk menahan cuaca UK. Memang ia berkesan. Dalam beberapa hari ini, hujan, kadang lebat kadang renyai, kadang angin sepoi, kadang ia kencang diikuti bunyi yang kuat seperti siulan. Dan khemah tersebut utuh, juga rada rada hangat di dalamnya.


Beginilah rupa di dalamnya. Agak tinggi dan beso. Ia boleh memuatkan 8 orang dalam 2 bilik kecil dan satu bilik beso. Hamparan hijau tersebut berada di ruang tamu. Di ruang tamu ini boleh memuatkan 4 orang lagi. Pakej yang wa ambil adalah termasuk, khemah, foot print (alas khemah agar lantai khemah yang di jahit semua tersebut tidak kotor) dan carpet hijau ini, agak tebal dan selesa.


Ini pula adalah bilik beso tu.



Kesemua bilik tadi boleh ditanggalkan, dan jadilah khemah tersebut ruang yang sangat luas. Sekarang ini, khemah itew masih lagi berada di belakang rumah wa. Wa tak sempat nak buka, sebab hujan selalu turun sedikit demi sedikit.


Owh ye, wa hampir terlufa, bahawa wa beli khemah ini untuk menjadi tempat tinggal sementara wa di program yang dianjurkan oleh living Islam di Lincolnshire, 17-20 Julai nanti. ( http://www.livingislam.co.uk/ ). Wa menjual makanan da salah satu dari 7 stall makanan yang akan berkhidmat untuk lebih kurang 4000 peserta. Wa sangat berharap, pada hari tersebut, cuaca akan sangat molek dan tak hujan.
Wa share dengan kawan wa. Insya Allah, semua pegi, wa 7 beranak, mertua wa, adik wa DOL, dan in-laws wa dari Egham.


Daaaaaa ! ! ! !

6 comments:

Lezah Zaini said...

Cantiknyer khemah-khemah ni, tapi nak pasang mesti jenuh kan. khemah ni sesuai tak pakai kat malaya? Dr Dentist, ada satu sleeping bag tu, bila disimpan di dalam beg, kecikjer dan ringan. Sangat handy dan sangat sesuai digunakan untuk mendaki gunung. kawan wa beli dulu semasa duk London. lu tengok-tengoklah kat sana, mesti murah. nanti bila balik malaya boleh bawak satu utk wa. kiahkiahkiah.

Dentist and Me said...

Boleh cikgu. Apa jenama sleeping bag tu cikgu?

Mengenai khemah ni khanz cikgu, nak pasang cuma ambil masa 15-20 minit jerr !

Kalau kat Malaya sesuai wa rasa, yang tak sesuai cuma kat Malaya tak ada tempat yang sesuai macam kat sini, awwwww ! ! !

Anonymous said...

lu dulu masuk pengakap eh? handal bab pasang memasang khemah ni.. kalo lu bagi wa pasang.. 5 tahun lagi belom tentu siap..muahaha!

Anonymous said...

Bolih pircaya DIA yg pasang? Har3

Anonymous said...

Pehhhhh.....memang cunn daaa...berapa reger beli tue?..nak beli jugak. Balik malaysia boleh pasang kat taman depan surau rumah tok bak tu..hehehehe
Memang cool....rasa macam nak gi jer islamic camp tu..jual jeans dari bandung..hahahahaha

Dentist and Me said...

regenya GBP265 termasuk, foot print bawah khemah dan paded carpet.

Wa harap hujan berhenti, sebab kaji cuaca mengatakan hujan sepanjang Julai. Jika begitu keadaannya, susah wa nak niaga

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ