Wednesday, 17 September 2008

17 Ramadhan

Wa sedang keje. Tetiba wa dapat sms dari wife wa. Suruh call segera. Wa tak ada kredit, maka wa sms minta dia call wa. Dia kata ada berita dari Malaya. Berderau darah wa.

Adik wa no 3, Cho kemalangan motor waktu bekerja. Patah tulang peha kanan. Kejadian berlaku jam 2 petang 16 September. Tak senang duduk wa. Balik rumah tanya Dol apa ceta. Ismail chat dengan Dol kata, Cho parah, tak sedo, kena langgar 2 kali. Terus call Malaya. Bak jawab. Hi hi hi lama dah tak dapat cakap ngan Tok Bak.

Tok Bak kata, Cho sedo. Dah buat operation di Gleneagle. Dato' Dr Zulkarnain yang jalankan pembedahan tersebut. Cho is in a good hand. Tok Bak kata, masa dia kena tu dia sedo. Tapi tak tau yang kaki dia patah. Tu yang dia boleh call semua orang maklumkan dia kemalangan.

Wan baru balik dari hospital. Dia kata nasib Cho baik. Masa dia kemalangan, ada ambulance lalu. Oleh kerana ada pesakit dalam ambulan tu, depa hantar pesakit tu dulu, lepas tu depa mai ambik Cho. Cho call majikan dia, Uncle Noe. Terus hantar di Gleneagle. Pembedahan dilakukan malam tu juga. Ramai sedara mara datang. DYAJ pon ada. Dia tunggu hingga jam 3 pagi.

Cho ni memang bertanggung jawab. Dan disenangi semua sedara mara. Ada sedara dari Johor datang hanya nak lawat Cho saja. Muda muda lagi pon dah disenangi. Kena tanya apa petua dia ni. Yang pasti, dia guna petua Tok Bak. BUAT JASA. RINGAN TULANG. TAK HARAP BALASAN MANUSIA. Berat tu nak buat.

Tadarus rumah Bravo Nik. 7 orang hadir, juz 19

1 comment:

Anonymous said...

Salam untuk kalian sekeluarga,

Dah dekat nak raya...jadi selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin untuk kalian di perantauan...
lagu tema blog u ni bagi la sesuai sikit dgn suasana hari raya, ceria dan semangat sikit...bubuh la lagu dendang perantau ka..baru ada feel!!

azuar&jamisah

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ