Semua puasa kecuali Madeehah. Seperti biasa Maisarah dan Amir tak bersahur. Kesian gak Madeehah, walaupon tak berpuasa, namun dia pon bukannya makan sangat, minum susu sahaja. Tapi dia orait, tetap ceria
Wa rasa dah jadi kebiasaan setiap minggu pegi car boot, jadi bila tak pegi ni rasa ada yang hilang. Maka, pagi Ahad kami pegi ke Lea Marston, 22 minit drive dari kediaman rasmi wa. Kami tau hari mau hujan, dan ia sejuk. Namun kami gagahkan juga.
Akhirnya sampai, hujan yang memula turun jarak 10 cm satu tetes, makin lama makin rancak. Booters pon tak ramai. Tak sampai 10 minit pon kami pon beredar bersama penjual. Tapi dapat gak wife wa beli England crystal. Kalau nak tau crystal atau gelas, ketuk dengan kuku, jika bunyinya nyaring dan halus itu adalah kristal.
Ada satu kejadian, anak wa beli coklat tobleron, GBP1.00 dapat 5 paket. Wa dengan selambanya, buka coklat itew, lalu makan. Anas tanya wa, papa, papa tak puasa ke? Baru wa ingat wa sedang berpuasa. Lupa wa kata kat lu. Lalu wa keluarkan balik coklat tersebut, dengan segala gaya berdasarkan pengalaman lalu. Wa rasa tentu penjual tu merasa sangat pelik. Nasib baik dalam kete ada sebotol air mineral, dapatla wa berkumur menghilangkan rasa coklat tersebut. Ha nasib baik tak sengaja
Balik kami singgah Wing Yip, tapi tak buka lagi, lalu kami menunggu di dalam kereta di depan Costco. Untuk makluman para pengunjung, Hari Ahad waktu perniagaan Wing Yip adalah 11:30 pagi hingga 5 petang sedangkan Costco dibuka jam 11 pagi hingga 5 petang
Harga gula di Costco masih rendah, iaitu GBP0.59 per 1kg naik GBP0.01. Tapi kena beli banyak. Jadi sesiapa yang nak beli gula murah tu try la tanya tanya ahli ahli Costco tu, mana tau depa ada gula lebih, awwww ! ! !
Sampai rumah ada sinar sedikit mentari, lepas sholat Dzuhur, wa pon apa lagi, cuba la lawnmower wa tu. Memang mantap wa kata kat lu. Cuma bateri cepat habis sebab kena keje kuat, memptong rumput yang panjang (sebab tak ada lembu dan kambing), dan berat sebab rumput tersebut basah dek hujan
Tadarus di rumah Abg Abdul. 10 orang hadir. Senarai rumah di daerah Aston telah penuh di isi, namun senarai di Selly Oak masih belum terisi penuh lagi. Biasanya ia ditetapkan pada akhir setiap malam selepas tadarus dijalankan
5 comments:
lu, wa nak mintak tlg sikit.. tp simple je la permintaan ini..
kwn wa nak fly ke UCLAN tp dia tkde kenai sesapa kat sana..memandangkan adik lu blajo sana.. blh tak lu tnya dia.. contact email penghulu atau org msian kat sana yg blh nak mintk tlg carikan umah utk kwn wa ni.. kesian dia lu.. dah la pegi self-sponsored, pastuh tkde sedara mara.. pastuh dia email org sana tkde satu pon respond..
wa email lu
Biasa Anas tu .. potong stim.. kih kihh..
Hello??? Knock2 tuan rumah .. Lu OK ka? Salam.
Post a Comment