Friday, 19 September 2008

19 Ramadhan

Cho dah boleh duduk. Wa dengar Tok Bak dan Wan kata masa mereka talipon anak anak wa. Masa tu Abang Ipo wa datang dari Egham (near London). Wa baru balik dari tadarus

Owh ye, hari ini wa bertadarus di rumah Saiful Tan. Beliau adalah PR di sini. Melayu tulin, berkulit gelap sikit dari sawo matang. Lawo rumah dia. Wife dia arkitek. Jadi rumah no hal lah khanz. Hi hi hi kalau akitek, orang mesti bayangkan rumah cantik, kalau doktor gigi orang tentu bayangkan gigi dia cantik. Awwww tapi kalau doktor gigi, gigi dia tak cantik, bagaimana ? Begitu juga dengan tukang gunting rambut, rambut dia tak cantik? Adakah ia merupakan satu krisis tidak percaya kepada orang lain ? ? ?

Suatu ketika 20 tahun lalu, waktu wa keje sebagai pump attendan di Manjalara, Kepong, Bos dia kata, dalam busness dia, dia mesti percayakan orang, jika tidak dia akan susah. Sebab semua keje dia kena buat sendiri. Abis tu, tentu ada penipuan dalam business mereka khanz? Memang ada, tapi ia dapat diatasi dengan pengalaman

Bercerita tentang pengalaman pula, masa wa berborak dengan member wa, Rosli, engineer yang memulakan kerjayanya bersama wa sebagai cleaner dulu, bercerita. Sebelum itu, mukadimah sket. Dia kurus je, macam budak sekolah tingkatan enam atas yang ambil STPM berkali kali. Lepas wa berhenti jadi cleaner, dia mohon kerja di tempat lain, jaga mesin basuh di dobi.

Waktu interview, majikannya tertarik dengan CV dia. Pengalaman 10 tahun, lalu di offernya dia jadi engineer di kilang. Gaji dia best tu, meningkat dadak dadak. Dari GBP800 ke GBP1200 hingga ke GBP2500. Lepas ni tak tau lah wa, apa lagi dia dah jadi orang kepercayaan majikan dia. Dengo ceta, majikan dia dah beli satu lagi kilang gitew. Hebat khanz lu all, di saat ekonomi UK jatuh merudum, orang yang ada simpanan beso boleh kaut untung.

Pengalaman ini nak ceta, ada sorang bos dia ni mat salleh, dia kata, lu profesional, jadi keje mesti profesional. Profesional stail Malaya tak main. Hi hi hi apa dia beb? Main try and error ! ! ! Ye la, tak khanz lu all tak pernah kena mende ni. Bawa kete proton ke bengkel, bila adu kerosakan, mekanik dia kata, ala senang je masalah ni, 30 minit je. Lepas 30 minit, dia kata, eh bukan masalah ini lah, masalah lain, perlu lagi 3 jam. Lepas tu, masih tak jumpa penyebab, minta sambung lagi 3 hari. Akhirnya bila kita kata kenapa? depa jawab, ala kete ni dah buruk memang la macam tu, atau kes ni biasa jadi macam ni. Terbakar khanz lu bila dengo macam tu.

Depa ni kalau buat keje, dia buat troubleshoot, kerosakan mesti pasti, baru ambil tindakan dan mesti selesai masalah. Untuk mendapatkan tahap seperti ini, ia memerlukan PENGALAMAN. Bagai kata Melayu lama, sekilas ikan di air, sudah ku tau jantan betinanya. Jadi masa dan keje efektif.

Dah 2/3 Ramadhan berlalu. Latihan tadarus menyebabkan kami semakin biasa membaca Al Quran. Ada saranan agar ia diteruskan sehingga bulan bulan berikutnya. Bagus gak cadangan itu. Namun dugaannya beso tu brader. Tapi Insya Allah akan cuba diimplimentasikan. Itulah namanya latihan di bulan Ramadhan, yang tak wa perolehi di Malaya. Bukan tak ada, tapi malu nak join sebab wa terangkak rangkak baca Quran, takut dikata di belakang pulak khanz. Ini pon satu bab gak, kalau orang nak baca Quran, jangan lah kita ketawakan dia jika dia salah, tapi kita bimbinglah dia, lama lama lancarlah dia. Kalau kita cemuh, lari lah dia. Dalam hal ini, apa kita rasa, bila kita menyebabkan orang lari dari agama? Sepatutnya kita mendekatkan orang kepada agama.

Haaa pikior pikior. Mari menjadi MUSLIM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MUSLIM YANG LAIN
Wassalam

3 comments:

cibil said...

lu, wa juga punya persepsi yang sama.. kalo doktor gigi mesti gigi dia or gigi anak2 dia chantek2 belaka..

lu.. wa nak bukak braces bawah wa ni.. kalo wa pegi kat doktor lain suruh bukak kan blh ke? atau kene pegi doktor yg buat braces wa ni jgk ek? wa malas pegi jumpe doktor 'ca ya nun alif' tu.. kalo wa mintak dentist lain bukak kan.. dia caj max brapa ek?

p/s: awai lu bubuh lagu raya.. wa skerrr.. hihi!

Dentist and Me said...

Boleh ... caj dia wa tak tau. Kalau wa boleh buat untuk lu, wa bagi lu pree jer. Hi hi hi lu pecaya kat wa ke lu ? ? ?

cibil said...

wa tau.. lu mesti guna playar tahap lapan-belas nak bukak braces wa nii.. takpon lu guna gerudi Bosch! huhh wa tak sanggop...

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ