Tuesday 30 September 2008

Selamat Hari Raya

Salam semua

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali wa dan family, terutama kepada kedua ibubapa wa. Adik beradik wa, mertua dan ipo duai wa, saudara mara wa, sahabat handai wa, guru guru wa, serta seluruh umat Islam seluruh dunia

Tahun ini Wan dan Tok Bak beraya di rumah adik wa di Shah Alam. Sepatutnya mereka beraya dirumah atok wa di Kluang. Tapi Cho tak boleh berenyah sangat setelah kemalangan 16 September lalu. Jadi Wan dan Tok Bak tak jalan jauh la. Itulah pengorbanan mereka sebagai ibu bapa. Menda ni biasanya tak nampak, sebab ada di depan mata. Kalau dah tak ada depan mata baru terasa, macam wa la. Beraya dengan kengkawan sahaja. Nasib baik Dol, mertua wa dan keluarga abang ipo wa ada kat sini. Tak la terasa sangat. Hi hi hi Dicken ... lu rock ! ! ! Thanks bro

Semalam 29 September, wa baca di utusan online tertulis raya si Malaya jatuh pada 1 Oktober. Abg Abdul dah kata, raya Rabu. Lepas berbuka, wa dapat email dari Utz Mad, MSD raya 30 September. Ia mengikuti keputusan mohor negara Amerika Utara, Eropah dan Arab Saudi.

Lalu, wa lihat mesjid mesjid di Birmingham, rata rata beraya pada 30 September. Hanya beberapa mesjid seperti Birmingham Central Mosque saja yang raya 1 Oktober. Setelah di bincangkan ternyata setiap tahun raya tak sama. Umat bukan Islam selalu melihat kejadian ini sebagai lawak jenaka. Agama Islam tapi lain lain sambutan Eid. Umat Islam ni memang tak akan boleh bersatu hati. Hi hi hi padahal apa korangnya mereka.

Yang lebih dekat lagi, kalangan pelajar Malaya pon tak boleh bersatu hati. Ada gak yang raya pada 1 Oktober, tak ikut MSD. Ye la mereka buat atas kepercayaan mereka. Wa nak kata apa khanz. Ikut suka lu all la.

Wa dan Abang Abdul pasti kelang kabut. Apa tak nya kami buat rumah terbuka pada raya pertama. Namun, bagi wife wa, no hal punya, bereh

Malam raya, ada takbir dari rumah ke rumah, rumah wa rumah kedua terakhir. Abang ipo wa sampai dari Egham jam 11:30 malam, rombongan takbir tiba 10 minit lebih awal. Jadi dapatla join sama. Banyak gak kueh raya Akak Ipo wa bawa. Hi hi hi dia buat sendiri agaknya, awwwwww ! ! !

Rumah wa masih tahap awal perkemasan. Maklumla, baru 2 hari pindah. Alhamdulillah banyak barang dah lengkap cuma yang tak lengkap mesin basuh sahaja.

Kami bersembahyang raya di Islamic Centre Witton Road. Ramai umat Melayu berkumpul di sana. Setelah selesai sholat dan bermaafan serta menjemput raya ke rumah wa, kami berangkat ke rumah Abg Abdul. Wow kami antara yang terawal sampai. Maka wa ambil kesempatan memakan apa yang patut sebelum tetamu lain datang. Wa phon kena balik awal gitew, sebab lepas ni rumah wa pula.

Tetamu datang bertali arus, kalau tak silap wa, ada lebih kurang 200 tetamu. Tak sangka sungguh wa, nasib baik makanan cukup. Wife wa buat nasi beriani, kambing kuzi, ayam masak merah, nasi empit kuah kacang dan laksa Johor you, awww ! ! !. Terima kasihlah kat lu all kerana sudi singgah ke rumah baru wa.

Dalam jam 6:30 petang kami bergerak ke rumah Munzir. Balik rumah dalam jam 7:50 malam. Tetamu kami yang terakhir datang jam 8:00 malam. Abang ipo wa berangkat pulang ke Egham jam 10:30 malam setelah mengetahui bahawa Manchester United menang 3-0 ke atas pasukan apa tah, wa korang arip.

daaaa



.

Monday 22 September 2008

22 Ramadhan

Wa keje seperti biasa. Tapi ngantuk nya punyalah berat. Berkali kali wa tertidur dalam bilik porter. Mungkin oksigen kurang dalam bilik tu tak> sebab tu wa ngantuk.

Wa dapat surat perjanjian jual beli dari lawyer di Malaya, mengenai penjualan bisnis wa. Wa kena sain depan notaris. Wa lihat ada pejabat peguam dalam perjalanan ke tempat keje wa. Wa singgah, wa ingat kat situ boleh sain jadi saksi. Tapi tak boleh, dia bagi no talipon notaris awam. Hari ni tak buka, esok baru buka. Maka wa dah dapat tempat untuk wa buat urusan lain melibatkan notaris awam

Esok Dol nak pegi temuduga. Tapi tak jadi sebab dia kata jauh. Maka wa bolehlah guna kete wa untuk selesaikan urusan wa.

Sebenarnya, minggu ini banyak hari wa tak keje, tapi bos wa masukkan wa keje, Alhamdulillah, dapat banyak jam keje, maknanya, banyak gak la gaji wa nanti. Maklumlah, minggu depan wa nak cuti panjang, jadi kalau minggu ni keje banyak, moga dapat cover gaji minggu depan.

Wa buka di hospital jam 7:10 mlm. Makan rot dengan kopi. Balik baru makan nasi

Hari ni, Azmi dan keluarganya datang berbuka di rumah wa. Mereka baru sampai Birmingham ni hari Rabu lepas. Banyak benda mereka kena selesaikan. Apa yang boleh wa bagi wa dah bagi. Termasuklah sebuah tv yang diberi oleh abang ipo wa masa wa mula mula tiba di Birmingham. Hi hi hi harap halalkan lah ye bro, wa dah serahkan kepada teman wa tu.

Tadarus di rumah Rosli. Juz 24. Pegi dengan abg Abdul.

Sunday 21 September 2008

Apa hak Islam yang tinggal

Di Malaya, kita telah ditegur dan diberi amaran bahawa

Kita tidak boleh mempertahankan hak kita, kita juga terpaksa mengorbankan hak kita untuk pengganut kaum lain.

1. Sejak zaman Rasulullah saw, Azan dilaungkan, kini hak tersebut sudah mula ditekan.

2. Sejarah Tanah Melayu dan segala perkara yang membabitkan asal usul kaum lain di Tanah Melayu, bukan lagi sejarah dunia, malah ia diibaratkan sebagai satu bentuk sifat perkauman yang mesti ditekan agar ia tidak tersemat dalam lubuk hati generasi baru.

3. Bahasa Melayu adalah bahasa perkauman.

4. Tulisan jawi terpaksa dihilangkan dari khazanah salah satu bangsa di dunia kerana di Malaysia ia juga adalah satu bentuk perkauman.

5. Mujur tak ada tokey gula, tokey tepung, tokey beras, tokey segala macam tokey dari kalangan Melayu, jika tidak mungkin juga ia hars dihapuskan demi membenam isu perkauman yang nampaknya hanya melibatkan susur galur dari Kaum Melayu.

Jadi apakah yang akan tinggal ? Di seluruh dunia, Umat Islam dianggap terroris, semua suspek utama bencana mesti melibatkan Islam, di Malaya, semua yang melibatkan Melayu, yang kebanyakannya beragama Islam, akan menjurus kepada perkauman.

Lu tak sedih ke?

21 Ramadhan

Wa tak ikut bertadarus hari ini. Abang ipo wa balik Egham lepas Maghrib. Penat la

Saturday 20 September 2008

20 Ramadhan

Hari ini wa sahur dengan minum air sahaja. Patutnya berbuka di Dewan Sri PAK. Namun wa tak pegi. Lagi pon abang ipo wa dan familinya datang.

Pagi tadi wa ke car boot. Tak ramai umat Melayu yang wa jumpa. Mungkin mereka pergi ke medan cr boot yang lain. Perbelanjaan hari ini agak lumayan. Wa habis 13 Pound. Wa dapat antaranya purse Louis Viutton Paris GBP4 sahaja. Masih baru, wa rasa hadiah christmas tahun lalu. Ownernya bawa mercedes, jadi boleh dipercayai. Ada Prada GBP30, tapi wa tak mampu nak beli. Sebetulnya, memang wa bawa duit GBP10 jer sebelum ini, cuma hari ni terbawa lebih. Selain itu dapat designer frame, mirror baik punya wa kata kat lu.

Waktu balik wa sangat ngantuk. Masa wife wa beli ayam di East and West wa sempat tido dalam kete. Lepas sholat Dzohor, wa pegi anto kotak yang dah mula penoh di rumah wa tu ke rumah baru. Sambil ambil ukuran yang perlu untuk mesin basuh dan katil. Dapat gak bawa ipo wa lihat dan tinjau rumah tu.

Semalam wa jumpa kawan wa, Izwan, di Tadarus, sebelum dia balik for good ke Malaya. Dia kata dia gembira nak balik. Flight dia malam ni dari Heathrow. Ooooo best aaaa dia.

Laporan akhbar di UK ni banyak berkisar tentang keadaan ekonomi UK yang semakin tenat. Walau bagaimanapon, semalam bursa saham melonjak bagai nak rak. Diberitakan lagi Bush nak minta kongress meluluskan bail out plan beliau yang melibatkan jumlah US700 billion. Tenat tuuu wa kata kat lu. Sementara kerajaan Gordon Brown teruk diasak akibat bencana keruduman ekonomi. Malaya rasa tak?

Friday 19 September 2008

19 Ramadhan

Cho dah boleh duduk. Wa dengar Tok Bak dan Wan kata masa mereka talipon anak anak wa. Masa tu Abang Ipo wa datang dari Egham (near London). Wa baru balik dari tadarus

Owh ye, hari ini wa bertadarus di rumah Saiful Tan. Beliau adalah PR di sini. Melayu tulin, berkulit gelap sikit dari sawo matang. Lawo rumah dia. Wife dia arkitek. Jadi rumah no hal lah khanz. Hi hi hi kalau akitek, orang mesti bayangkan rumah cantik, kalau doktor gigi orang tentu bayangkan gigi dia cantik. Awwww tapi kalau doktor gigi, gigi dia tak cantik, bagaimana ? Begitu juga dengan tukang gunting rambut, rambut dia tak cantik? Adakah ia merupakan satu krisis tidak percaya kepada orang lain ? ? ?

Suatu ketika 20 tahun lalu, waktu wa keje sebagai pump attendan di Manjalara, Kepong, Bos dia kata, dalam busness dia, dia mesti percayakan orang, jika tidak dia akan susah. Sebab semua keje dia kena buat sendiri. Abis tu, tentu ada penipuan dalam business mereka khanz? Memang ada, tapi ia dapat diatasi dengan pengalaman

Bercerita tentang pengalaman pula, masa wa berborak dengan member wa, Rosli, engineer yang memulakan kerjayanya bersama wa sebagai cleaner dulu, bercerita. Sebelum itu, mukadimah sket. Dia kurus je, macam budak sekolah tingkatan enam atas yang ambil STPM berkali kali. Lepas wa berhenti jadi cleaner, dia mohon kerja di tempat lain, jaga mesin basuh di dobi.

Waktu interview, majikannya tertarik dengan CV dia. Pengalaman 10 tahun, lalu di offernya dia jadi engineer di kilang. Gaji dia best tu, meningkat dadak dadak. Dari GBP800 ke GBP1200 hingga ke GBP2500. Lepas ni tak tau lah wa, apa lagi dia dah jadi orang kepercayaan majikan dia. Dengo ceta, majikan dia dah beli satu lagi kilang gitew. Hebat khanz lu all, di saat ekonomi UK jatuh merudum, orang yang ada simpanan beso boleh kaut untung.

Pengalaman ini nak ceta, ada sorang bos dia ni mat salleh, dia kata, lu profesional, jadi keje mesti profesional. Profesional stail Malaya tak main. Hi hi hi apa dia beb? Main try and error ! ! ! Ye la, tak khanz lu all tak pernah kena mende ni. Bawa kete proton ke bengkel, bila adu kerosakan, mekanik dia kata, ala senang je masalah ni, 30 minit je. Lepas 30 minit, dia kata, eh bukan masalah ini lah, masalah lain, perlu lagi 3 jam. Lepas tu, masih tak jumpa penyebab, minta sambung lagi 3 hari. Akhirnya bila kita kata kenapa? depa jawab, ala kete ni dah buruk memang la macam tu, atau kes ni biasa jadi macam ni. Terbakar khanz lu bila dengo macam tu.

Depa ni kalau buat keje, dia buat troubleshoot, kerosakan mesti pasti, baru ambil tindakan dan mesti selesai masalah. Untuk mendapatkan tahap seperti ini, ia memerlukan PENGALAMAN. Bagai kata Melayu lama, sekilas ikan di air, sudah ku tau jantan betinanya. Jadi masa dan keje efektif.

Dah 2/3 Ramadhan berlalu. Latihan tadarus menyebabkan kami semakin biasa membaca Al Quran. Ada saranan agar ia diteruskan sehingga bulan bulan berikutnya. Bagus gak cadangan itu. Namun dugaannya beso tu brader. Tapi Insya Allah akan cuba diimplimentasikan. Itulah namanya latihan di bulan Ramadhan, yang tak wa perolehi di Malaya. Bukan tak ada, tapi malu nak join sebab wa terangkak rangkak baca Quran, takut dikata di belakang pulak khanz. Ini pon satu bab gak, kalau orang nak baca Quran, jangan lah kita ketawakan dia jika dia salah, tapi kita bimbinglah dia, lama lama lancarlah dia. Kalau kita cemuh, lari lah dia. Dalam hal ini, apa kita rasa, bila kita menyebabkan orang lari dari agama? Sepatutnya kita mendekatkan orang kepada agama.

Haaa pikior pikior. Mari menjadi MUSLIM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MUSLIM YANG LAIN
Wassalam

Thursday 18 September 2008

18 Ramadhan

Tadarus dicutikan atas sebab sebab tertentu

Keadaan Cho semakin baik. Terima kasih kepada Dato' Dr Zulkarnain yang bertungkus lumus sejak hari pertama Cho dimasukkan ke hospital hingga ke hari ini keadaannya sudah semakin baik. Alhamdulillah. Cho sudah tidak berapa sakit namun kakinya tak boleh diangkat lagi. Memang tak boleh angkat baby, nanti menganggu penyembuhannya

Wa talipon Wan, dia kata ada hikmahnya disebalik semua kejadian ini. Wa tanya apa dia? Wan kata, dia dapat lihat betapa semua saudara mara mengambil berat terhadap keluarganya. Dia rasa terharu. Wa juga, awwww ! ! !

Bos Cho bertolak ke Tanah Suci Makkah hari ini. Selalunya Cho akan pegang amanah beberapa tugas semasa pemergiannya ke tanah suci dalam bulan Ramadhan setiap tahun . Namun tahun ini, Cho tak boleh lagi berbuat demikian. Itulah namanya manusia. Terkadang kita kuat, terkadang kita lemah. Jika di saat kita kuat, kita tak lupa kepada yang lemah, bila tiba kita lemah, kita tidak sendirian. Namun tuan tuan dan puan puan, pautan kepada Allah swt lah yang paling penting, kerana kepada Allah lah semua makhluk bergantung. Oleh itu, jagalah hubungan kita dengan Allah swt, dan jagalah hubungan kita dengan manusia dan semua makhluk Allah yang lain. Awww lagi ...

Semalam masa wa call Cho, suasana dalam hospital tu riuh rendah. Wa kenal suara Datin M, Enn, anak Aunty Idah dan lain lain. Yang jawab call tu memulanya Eza la, isteri dia. Dia sentiasa berada disamping Cho. Kesian dia, balik keje terus ke hospital. Wa tau betapa susahnya duduk di hospital. Apa lagi di kala ini wa bekerja di hospital, tiap hari lihat pesakit yang dibedah dan keluarga mereka. Pengorbanan mereka sangat beso lu wa kata kat lu

Wednesday 17 September 2008

17 Ramadhan

Wa sedang keje. Tetiba wa dapat sms dari wife wa. Suruh call segera. Wa tak ada kredit, maka wa sms minta dia call wa. Dia kata ada berita dari Malaya. Berderau darah wa.

Adik wa no 3, Cho kemalangan motor waktu bekerja. Patah tulang peha kanan. Kejadian berlaku jam 2 petang 16 September. Tak senang duduk wa. Balik rumah tanya Dol apa ceta. Ismail chat dengan Dol kata, Cho parah, tak sedo, kena langgar 2 kali. Terus call Malaya. Bak jawab. Hi hi hi lama dah tak dapat cakap ngan Tok Bak.

Tok Bak kata, Cho sedo. Dah buat operation di Gleneagle. Dato' Dr Zulkarnain yang jalankan pembedahan tersebut. Cho is in a good hand. Tok Bak kata, masa dia kena tu dia sedo. Tapi tak tau yang kaki dia patah. Tu yang dia boleh call semua orang maklumkan dia kemalangan.

Wan baru balik dari hospital. Dia kata nasib Cho baik. Masa dia kemalangan, ada ambulance lalu. Oleh kerana ada pesakit dalam ambulan tu, depa hantar pesakit tu dulu, lepas tu depa mai ambik Cho. Cho call majikan dia, Uncle Noe. Terus hantar di Gleneagle. Pembedahan dilakukan malam tu juga. Ramai sedara mara datang. DYAJ pon ada. Dia tunggu hingga jam 3 pagi.

Cho ni memang bertanggung jawab. Dan disenangi semua sedara mara. Ada sedara dari Johor datang hanya nak lawat Cho saja. Muda muda lagi pon dah disenangi. Kena tanya apa petua dia ni. Yang pasti, dia guna petua Tok Bak. BUAT JASA. RINGAN TULANG. TAK HARAP BALASAN MANUSIA. Berat tu nak buat.

Tadarus rumah Bravo Nik. 7 orang hadir, juz 19

Tuesday 16 September 2008

16 Ramadhan

Bersamaan dengan 16 September, Hari Kebangkitan Malaysia, wah kah kah kah. Apa raaaaaaaa mana pegi kesiuman lu all ?. Nak sebut Malaya pon wa geli. Kita khanz manusia. Manusia adalah insan yang diberi Allah swt kebebasan memilih. Kerana manusia diberi aqal. Adalah malang jika manusia terbelenggu dengan belenggu kehendak manusia lain.

Apa kata kita senaraikan kebaikan dan keburukan hala tuju negara kita. Dalam hal ini kita ada pemerintah, dan kita ada bakal pemerintah. Duduk dengan tenang. Buka minda. masukkan segala input (tentulah dengan membaca khanz, lu khanz orang Islam, awal Al Quran adalah seruan membaca, tok gitew keneh)

Lepas tu, bandingkan. Dahulukan kepentingan ummah, buang kepentingan peribadi. Kalau ternyata memang ada baik pada pemerintah, katakan baik, jika ada kebaikan pada bakal pemerintah, katakan baik. Elak pecah hati. Kebaikan perlu digabungkan, supaya kesejahteraan lebih cepat dicapai dan tak terhalang.

Seterusnya, buat keje kearah apa yang kita mahu la. Ini yang payah. Sebab cakap lebih mudah dari laksana. Kalau nak senang, mulakan dengan apa yang kita tau buat je la. Kalau kita jadi guru, jadilah guru kearah jalan yang kita percaya akan memberi manfaat kepada ummah. Kalau kita nak jadi muslim, jadilah MUSLIM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MUSLIM YANG LAIN gitew

Hek hek hek macam bagus je wa ni.

Tadarus rumah Ustaz Ridzwan. 6 orang hadir, juz 17.

Monday 15 September 2008

15 Ramadhan

Wa berbuka di hospital. makan gula gula jer ! ! ! Wa ingat sempat balik berbuka di rumah, namun ramai pulak pesakit. Jadi selagi pesakit tak habis dihantar balik ke wad, maka wa kena la tunggu, gitew

Pagi lagi wa dan wife wa dah ke pejabat agen sewa rumah baru tu. Bayo belen deposit sewa rumah. Jam 3:45 petang, agen telepon, kata tuan rumah nak jumpa. Maka wa dengo la dengan penoh kesabaran akan segala kehendak tuan rumah tersebut

Dikhabarkan, rumah tersebut baru di renovate. Walaupon wa sewa dengan status unfurnish, namun tetap ada alatan yang dibekalkan. Antaranya dapur gas, dishwasher, kabinet dapur masih bau kedai lagi tuan tuan dan puan puan, lawn mower pon baru sekali guna. Jadi khanz, wa kena la jaga, termasuk potong rumput tu heh heh heh, jangan buat derg je. Dia bagi wa duduk situ 11 bulan saja. Jika dia berpuas hati dengan kami, maka sewa akan dilanjutkan setahun atau selama mana yang wa mahu.

Namun tuan tuan dan puan puan, seandainya dia tak berpuas hati, maka dia akan kata get out ! ! ! Dia bawa wa ke garage dia, dan suruh wa pilih mana perabut yang wa nak. Ermmm lumayan gak perabut dia ni. Nanti lah wa pikior.

Namun begitu tuan tuan dan puan puan, wa masih kekurangan mesin basuh baju. Tafsirannya, kena beli la tuan tuan dan puan puan, parak parak ! ! ! Peti ais pon kecik je. Namun begitu nasib baik wa dah beli freezer tangan kedua, jadi no hal la sangat

Ada tiga keluarga yang akan berpindah pada tanggal 27 September 08 di daerah Selly Oak ini. Maka Insya Allah kami akan bergotong royong lah.

Raya tahun ini, nampaknya, di rumah baru gamoknya. No perabut, no washing mechine, even no dining chair. Back to basic, makan ataih carpet. Hoooo rumah wa ni wall to wall carpet baby. Kat sini carpet satu kelebihan, sebab tak sejuk sangat. Ia juga salah satu insulation.

Bila berpindah ini, kira semua kena buat semula kembali. Pengalaman lama mengajar wa untuk membuat perancangan teliti. Eletrik, Gas, Air, Telefon, Internet, Lesen TV, Tax, dan segala macam keladak. Don't worry baby, I'm fine

Tadarus diteruskan di rumah Ustaz Khairun. 7 orang hadir. Kami dah di Juz 17. Diberitakan group Aston dah dua kali khatam. Kami belum sekali pon khatam. Namun jika kami khatam, tercapailah target kami pada tahun ini. Bagi kami ia merupakan satu pencapaian yang luar biasa gitew.

Suhu sudah mulai dingin. Gelap malam semakin cepat menerjah alam. Dendaun pula mula menampakkan kemerahan. Suasana kehijauan beransur kemerahan, keorenan, kekuningan. Awww wa rasa tentu FALL sangat cantik untuk diperhatikan. Dendaun berterbangan setiap kali ditiup angin, desirannya menyapu jalanan menghasilkan nada mengasyikan. Semasa muda remaja, keadaan ini sangat wa dambakan. Setelah usia melewati suku abad, akhirnya saat tersebut dapat wa nikmati jua.

Tentu ramai berkongsi imiginasi seperti wa bayangkan ketika itu. Apa lagi apabila menilik ruangan salam perantauan Utusan Malaya, setiap kali musim perayaan. Kini ia berulang lagi. Bedanya, wa tidak lagi berimiginasi. Kini wa dapa merasai sendiri apa yang mereka rasai sebelum ini. Ternyata, dalam diam, ruangan salam perantau telah mencetuskan keazaman kepada ramai insan Malaya untuk berusaha cemerlang agar dapat bertandang ke benua sebelah sini.

Hi hi hi jiwang jiwang. Heh lu, ada gak yang tak ske Utusan, malah tak baca pon Utusan Malaya, namun bila tiba musim perayaan, ada pulak muka mereka. Relek la brader. Baca je semua benda. Makin banyak membaca, makin luas pengetahuan kita. Jika pengetahuan kita luas, tak perlu lagi kita bersusah payah nak suruh orang kata kita perpengetahuan luas, tak kata pon, kita tetap berpengetahuan luas.

Heh heh heh layanzzzzzz ! ! ! !

Sunday 14 September 2008

14 Ramadhan

Tadarus di rumah Abg Abdul, 6 orang hadir. Ramai yang terpeleot, tak dapat hadir. Maklum baby, Ahad adalah hari keluarga. Bulan puasa pulak tu. Kami dah masuk Juz 17

Acara car boot telah terbatal dek kerana perbelanjaan dah melebihi pendapatan. Jadi kami gunakan hari ini untuk mengemas barang. Isi dalam kotak. Diberitakan 27 September nanti terdapat 3 keluarga termasuk wa akan berpindah rumah. Hi hi hi pasti sibuk khanz.

Eh banyak gak barang kat rumah wa ni. Wa ingat nak lego sebahagian darinya. Ha siapa endak barang barang tu jangan malu bertanya ye.

Saturday 13 September 2008

13 Ramadhan

Patutnya berbuka di St Francis Hall bersama rakyat Malaya yang lain, namun wa tak pegi sebab penat. Wife wa dapat bahagian masak kambing aqiqah Sdr Azlihan (kicap manis). Maka terpaksalah minta tolong Hj Rashidi membawanya sebab kami tak pegi.



Pagi Sabtu tersebut, kami ke pejabat ajen, bayar deposit, GBP100 selebihnya GBP660 akan kami anto ke pejabatnya Isnin sebab bank tak buka la kawan. Lagi pon wa kena gak korek sana korek sini memandangkan deposit rumah lama tak dapat lagi.



Oleh kerana rumah ni unfurnish, maka wa kena furnishkannya. Pertama yang kami kena beli adalah katil. Waktu di Malaya wa memang dah ada sakit belakang. 7 tahun lalu, wa beli katil khusus untuk sakit belakang. Alhamdulillah ia memang sangat membantu. Mai sini baby, katil yang diprovide tuan rumah ala kadar je. Jadi sakit belakang wa datang lagi. Maka khanz baby, wa kena beli katil yang baik sikitlah. Sealy Tivoli firm (Mirrorform) menjadi pilihan. Masa di Malaya, memang wa nak beli katil Sealy ni. Tapi harganya mahal giler. Kat sini murah awwww ! ! ! Maklum, buatan Great Britain gitew, lu all jangan dengki ye. Thak bhaek dengki kat wa yang penyantun ni

Nampaknya, perbelanjaan wa dah melebihi pendapatan. Wa kena tekan brake sikit. Nasib baik, katil tu sampai 5 minggu lagi, jadi ada masa kumpul duit.

Hari ini Aiman berpuasa semula setelah 2 hari tak berpuasa kerana lelah, kena makan ubat. Nampaknya dia akan kalah dengan adik adikbeliau la tahun ini.

Friday 12 September 2008

12 Ramadhan

Jumaat malam Sabtu, tadarus di rumah wa. 12 hadir.

Perkembangan terkini keluarga wa di sini

Bulan ini adalah bulan terakhir wa di rumah ini. Jika wa mahu sambung kontrak sewa ini, maka wa kena buat agreement baru. Bil eletrik dan gas naik sekali ganda. Jika sebelum ini GBP60 sebulan, akan datang ini, GBP118 sebulan. Mak ai banyak tu

Maka wa minta tuan rumah kurangkan sewa. Hi hi hi sebagai manusia, kita berhak meminta, dapat tak dapat itu lain hal. Wa dapat kekalkan harga sewa rumah, namun untuk mengurangkannya, tak dapat la baby. Puas wa buat aksi mengader, siap dengan sengau sekali, tak jalan.

Sebenarnya tak ada cacat celanya rumah sewa wa ni. Yang tak berapa sedapnya, banyak kali wa komplain mengenai

1. pintu depan susah nak buka dan tutup serta kuncinya patah
2. Singki tersumbat, hingga air melimpah di tepi rumah wa, tak best la khanz, mesti jiran wa tak ske. Akhirnya Dol yang korek. Masa Tok Bak ada dulu, tak jadi masalah. Bilik air pulak memang sentiasa bersih, sebab Wan tak ske bilik air kotor
3. Siling atas dining hall wa retak sejak wa masuk hampir setahun lalu
4. Air dari bilik air atas, terkadang menitik hingga siling bengkak
5. Alarm fault
6. Tombol pintu bilik air patah, tombol tingkap yang patah wa buat sendiri. Lupa plak nak simpan resit untuk wa klaim

Semua keluhan ikhlas wa ini tidak dititik beratkan oleh agen rumah sewa wa. Depa hanya menabur janji manis nak baiki, tapi janji tinggal janji. Maka wa rasa tercabar. Apa lu ingat wa endak sangat ke sewa rumah lu. Depa kata, kalau wa tak nak, depa boleh cari orang lain dengan sewa 800-850 sebulan. Awwww, wa senyap je, siapa lah wa, udahlah miskin, ensem pulak tu

Dalam senyap wa cari rumah lain. Keciwa wa lu know. Banyak gak la rumah yang wa tinjau. Ada rumah besau, sewa pulak mahal, ada rumah cantik, dapur plak kecik, ada sewa murah, rumah besar, capaian kerumah tersebut pula susah, kena naik tangga, awwwww mana boleh khanz.

Akhirnya setelah berdoa di bulan Ramadhan ini, terdetik dalam sanubari wa lihat di http://www.rightmove.co.uk/ . Wa jumpa satu rumah. Nampak elok. Wa email, dan berjawab. Maka jam 3 petang, wa dan wife wa view rumah tersebut. Agen dia http://www.truemanestates.co.uk/ .

Semi D 3 bilik, 2 reseption, dapur beso (penting ni kalau nak start balik niaga nasi lemak di unibesti), 1 garage, off road parking untuk 2 kete (nak beli kete satu lagi la kata khanz), garden depan dan belakang rumah. Wa minta unfurnish, sebab nak beli barang sendiri untuk bawa balik. Tentu yang budiman masih ingat bahawa wa telah menjual semua harta benda alat rumah wa sebelum wa ke UK ini khanz. Sewa GBP750, dapat diskaun jadi GBP700 pcm. Naik GBP25 dari rumah terdahulu. Sekolah dekat dengan rumah ni, dan ia adalah grade 1, berbanding grade 2 sekolah sekarang. Malangnya waiting list. Will be sort it out after sattlement

Maka, lepas ini alamat rumah wa jadi

189 Quinton Road
Harbourne, Birmingham
ENGLAND
B17 0RN

Haa boleh la cari di google map ye pak cik mak cik sekalian.

Thursday 11 September 2008

8-11 Ramadhan

wa dah lupa apa yang berlaku. Maaf yek ! ! !
8 Ramadhan Rumah Shidi, 12 hadir
9 Ramadhan Rumah Azli, 12 hadir
10 Ramadhan Rumah Adeeb, 13 hadir
11 Ramadhan Rumah Shahir, 10 hadir

Sunday 7 September 2008

7 Ramadhan

Semua puasa kecuali Madeehah. Seperti biasa Maisarah dan Amir tak bersahur. Kesian gak Madeehah, walaupon tak berpuasa, namun dia pon bukannya makan sangat, minum susu sahaja. Tapi dia orait, tetap ceria

Wa rasa dah jadi kebiasaan setiap minggu pegi car boot, jadi bila tak pegi ni rasa ada yang hilang. Maka, pagi Ahad kami pegi ke Lea Marston, 22 minit drive dari kediaman rasmi wa. Kami tau hari mau hujan, dan ia sejuk. Namun kami gagahkan juga.

Akhirnya sampai, hujan yang memula turun jarak 10 cm satu tetes, makin lama makin rancak. Booters pon tak ramai. Tak sampai 10 minit pon kami pon beredar bersama penjual. Tapi dapat gak wife wa beli England crystal. Kalau nak tau crystal atau gelas, ketuk dengan kuku, jika bunyinya nyaring dan halus itu adalah kristal.

Ada satu kejadian, anak wa beli coklat tobleron, GBP1.00 dapat 5 paket. Wa dengan selambanya, buka coklat itew, lalu makan. Anas tanya wa, papa, papa tak puasa ke? Baru wa ingat wa sedang berpuasa. Lupa wa kata kat lu. Lalu wa keluarkan balik coklat tersebut, dengan segala gaya berdasarkan pengalaman lalu. Wa rasa tentu penjual tu merasa sangat pelik. Nasib baik dalam kete ada sebotol air mineral, dapatla wa berkumur menghilangkan rasa coklat tersebut. Ha nasib baik tak sengaja

Balik kami singgah Wing Yip, tapi tak buka lagi, lalu kami menunggu di dalam kereta di depan Costco. Untuk makluman para pengunjung, Hari Ahad waktu perniagaan Wing Yip adalah 11:30 pagi hingga 5 petang sedangkan Costco dibuka jam 11 pagi hingga 5 petang

Harga gula di Costco masih rendah, iaitu GBP0.59 per 1kg naik GBP0.01. Tapi kena beli banyak. Jadi sesiapa yang nak beli gula murah tu try la tanya tanya ahli ahli Costco tu, mana tau depa ada gula lebih, awwww ! ! !

Sampai rumah ada sinar sedikit mentari, lepas sholat Dzuhur, wa pon apa lagi, cuba la lawnmower wa tu. Memang mantap wa kata kat lu. Cuma bateri cepat habis sebab kena keje kuat, memptong rumput yang panjang (sebab tak ada lembu dan kambing), dan berat sebab rumput tersebut basah dek hujan

Tadarus di rumah Abg Abdul. 10 orang hadir. Senarai rumah di daerah Aston telah penuh di isi, namun senarai di Selly Oak masih belum terisi penuh lagi. Biasanya ia ditetapkan pada akhir setiap malam selepas tadarus dijalankan

Saturday 6 September 2008

6 Ramadhan

Semua puasa kecuali Madeehah

Bangun pagi cuaca mendung. Sejuk bukan main lagi. Wa memang dah set tak nak pegi car boot bulan puasa ini. Jadi ralat sikit je la tak dapat pegi, hi hi hi.

Tapi dalam jam 10 pagi, hujan mula turun. Jam 4 petang hujan lebat hingga depan rumah wa dinaiki air. Ada gak kete yang tersangkut tak lepas. Memang dah diramalkan, akan ada penghujanan sepanjang minggu ini. Dikhabarkan ia adalah bawaan dari atlantic storm.









Kete putih tu memang dah ada kat situ sejak semalam, Kete merah tu tersangkut. Wa rasa terpaksalah dia tunggu hingga surut baru boleh panggil RAC atau AA. Cherookee tu selamber je lintas





Ha keto BMW 5 series baru pon sangkut gak. Terpakso bertolak ko kawasan tak ado ayo. Tak sangko gak wa, ingat keto orang kayo ni ado RAC, ruponyo tak ado. Lamo gak keto ni tersadai depan rumah den. Tigo ompat jam la gak.




Hari ini kami sekeluarga berbuka di Dewan Sri PAK, dua orang kuat Malaya yang bekerja di PAK Supermarket, telah menaikkan nama Malaya dengan bagusnya, hingga pengurusan PAK Supermarket memberi pinjam dewan mereka yang tak pernah lagi digunakan itew, untuk kami mengadakan majlis berbuka puasa



Ramai juga yang hadir, hampir 200 kepala, dewasa dan kanak kanak. Acara dimulakan dengan tadarus, buka puasa, sholat Maghrib, makan, Sholat Isya dan Terawih serta Witir yang dibawa oleh Ustaz Mad (bukan Ustaz gila ye tuan tuan dan puan puan). Ustaz Mad ini adalah Naqib bagi majlis ilmu lelaki. Kelakaw orang nya. Namun dia telah berjaya menyatukan hati hati kami agar minat untuk lebih cenderung kearah menghayati kehidupan sebagai umat Islam. Tak boleh banyak banyak biografi, bahaya, dia ni hensem pulak tu, awwww ! ! ! Ha tak yah minta no telipon dia, dia dah ado anak onam orang, tak larat laie nak tambah nyo. Hi hi hi.



Friday 5 September 2008

5 Ramadhan

Tadarus di rumah Nik, 10 orang hadir, Ustaz Ridzuan tak dapat hadir kerana isteri beliau terpaksa menginap di lab, 36 jam untuk menyiapkan disertasinya.

Semua puasa kecuali Madeehah. Amir dan Maisarah masuk hari kedua tak sahur. Alhamdulillah mereka tahan hingga Maghrib

Wa berbuka dalam kereta Abg Abdul, makan kurma sahaja. Wa ingat sempat balik rumah sebab habis keje jam 8 malam. Biasanya jam 7 malam dah balik. Wa tak bawa apa apa. Jadi berbuka dengan kurma Abg Abdul dalam kete dia.

Hari ini wa masuk keje jam 4 petang. Jadi wa minta Dol hantar wa ke tempat keje, lepas dia hantar wa dia pegi ambil wife wa. Biasanya wa masuk keje jam 5 petang, sebab tu wa tak sempat nak ambil wife wa balik keje jam 4:30 petang

Alhamdulillah, dapat tumpang Abg Abdul. Hujan agak lebat. Sejuk macam awal winter.

Hari ini juga Dol dapat tau dia lulus pengajiannya di UCLAN. Alhamdulillah. Diberitakan dia akan mengikuti gradiation pada December akan datang. Dol kena buat visa jika nak keje di UK. Di bawah peraturan tersebut Dol boleh bekerja di UK ini selama dua tahun setelah mendapat visa tersebut. Namun untuk memperolehinya, antara syarat nya, ada duit dalam akaun sekurang kurangnya GBP800.00 dan baiaya visa tersebut GBP400.00.

Thursday 4 September 2008

4 Ramadhan

Tadarus di Rumah Rijal Cikgu Jue. 10 orang hadir.

Semua puasa kecuali Madeehah.

Hari ini merupakan hari pertama anak anak wa memulakan penggal persekolahan. Hari dah mula hujan, dikatakan akan turun hujan sepanjang minggu depan bermula hari ini. Hujan diserai angin menyebabkan suhu rendah. Sejuk, maka wa minta jumper dari hospital. Wa dapat jumper biru tua.

Wa berbuka di hospital, makan wafer dengan teh. Sampai rumah sholat Maghrib, dan makan nasi

Hari ini wa terima parcel lawn mower (mesin potong rumput) yang wa pesan hari Isnin lalu. Niat hati nak cuba terpaksa ditangguh dulu sebab hujan. Wa beli yang guna bateri. Sebab wa tak gemo yang guna petrol, sedangkan yang eletrik susah sikit nak tarik panjang panjang. Wa pikir, beli kat sini bagus gak sebab kalau kat Malaya kemungkinan beso la wa tak beli.





Ha inilah dia lawn mower wa tu. Macam kete lumba F1 plak khanz. Buat masa ni wa letak di atik tak ada tempat nak letak kat bawah.



Bosch Rotak 43 Li, ha cari cari dalam tenet. Wa beli di ebay.

Wednesday 3 September 2008

3 Ramadhan

Semua berpuasa kecuali Madeehah.

Wa berbuka di rumah sebab balik keje awal. Berbuka jam 7:51 malam

Wa buat Terawih 8 rakaat sahaja, wife wa dan Ma 20 rakaat diimamkan oleh Dol.

Malam ni Tadarus diteruskan di rumah Juri. 10 orang participants. Kami dah sampai juz 4.

Tuesday 2 September 2008

2 Ramadham

Diteruskan seperti biasa

Hari ini semua orang dalam rumah ini berpuasa kecuali Madeehah. Berbuka dengan lauk sotong, ayam dan bubur lambuk.

Hari ini juga giliran rumah wa menjadi tempat bertadarus daerah Selly Oak. Dah masuk juz 3. Participants 9 orang, meningkat seorang berbanding semalam

Kerja seperti biasa juga, namun tidaklah sehabat tantangan hari pertama. Cuma agak letih juga sebab banyak keje. Namun keadaan terkawal.

Monday 1 September 2008

1 Ramadhan

Ahad 31 August adalah hari kemerdekaan Malaya. Ia juga adalah malam pertama Ramadhan tahun ini. Sayugianyalah umat Islam seluruh dunia mula menunaikan sholat terawih. Kat sini, wa dapat tau mengenai hari pertama Ramadhan melalui perkhabaran dari Utz Elfino MSD London, melalui Ustaz Mad. Wa dapat tau juga dari banyak sumber berita bahawa Malaya juga menyambut 1 Ramadhan pada 1 September 2008.

Malam tadi kami berimamkan Dol, kami buat sholat Terawih hari pertama Ramadhan. Kalau di Malaya, tentulah surau melimpah ruah, sampai tangga pon kalau boleh terpaksa digunakan untuk bersholat. Bagi surau atau mesjid yang tak ada aircond, pasti berpeluh awwwww ! ! ! Dulu wa mandi sebelum pegi terawikh, dan mandi sekali lagi setelah balik dari terawikh. Nasib baik surau di perumahan wa tersebut ada aircond.

Nak ceta pasal aircond ni khanz lu all, kariah taman perumahan wa dulu, umum mohon derma aircond di mimbar, berpusu pusulah derma datang, tapi yang paling beso dari ketua UMNO BBP lah lu all, jangan lupa tu. Kalau dia ikhlas, berbondong bondong lah pahala dia masuk lagi dalam simpanan tahun ini pula.

Kat rumah wa di sini pula, tak ada aircond. Buka sahaja pintu ruang tamu wa tu, berderu angin dingin menerjah ke muka dan ... ketiak, hingga tak berpeluh lah wa dan famili. Kalau di Malaya dulu, wa diimamkan oleh sepupu wa, Mohammad Iqbal, Hafidz dari Johanesberg South Afrika. 1 Juz sehari. Dia balik setiap tahun pada bulan Ramadhan. Di sini Alhamdulillah ada Dol.

Di tempat keje, mat salleh ni elert gak dengan kami yang berpuasa ini, namun tetap gak dia bantai makan depan wa dan kawan wa, Abg Abdul. Ada sorang mamat ni, dah tua dah, beragama Kristian dari paksi Church of England, dia tanya, dia kata dia kuat gak beragama ni. Dia percaya ada Tuhan, tapi dia tak pergi gereja setiap minggu. Katanya, dia dah tau dia percaya, mengapa dia perlu buat benda yang sama, setiap minggu ke gereja? Jadi mengapa umat Islam kena berpuasa setiap tahun?

Hi hi hi, panjang lebo cik Kiah dia explain kat wa. Lalu wa tanya dia, lu ada kete? Dia kata ada. Lu percaya bahawa kete lu tu kena maintain? hi hi hi Dia kata, I got what you means. Believe is not enough, we have to do something to maintain it.

Kebanyakan mereka tak buat apa yang mereka percaya. Lepas dia keluar dari bilik tu, teman dia merapati wa, dia kata, mamat ni cakap banyak pasal agama. Wa kata, it's all right. Lu all, sini ada istilah rasis, ia ditakrifkan begitu mendalam, hingga jika kita kata he is smelly pon ditakrifkan sebagai rasis. Haaa jangan memain. Pelik khanz lu all.

Apa apa pon, Alhamdulillah, wa, wife wa, Aiman, Ma dan Dol selamat menghabiskan puasa pertama (4:04 AM - 7:55 PM). Mujahadah sungguh ye tuan tuan dan puan puan. Wa berbuka di hospital tempat keje wa dengan semug kopi panas, dan sebatang wafer coklat (beli kat ASDA, GBP0.27 untuk 5 batang). Balik rumah baru makan dan sholat Maghrib

Lepas terawikh nanti Insya Allah wa nak ke rumah teman wa, Ustaz Khairun, bertadarus pulak la kita, start semalam, tapi wa tak pegi semalam. Maka betul gak la kata teman wa sebelum wa ke sini tahun lalu, (Hadi, Kem Kesihatan Malaya), katanya "jangan risau, aku rasa aku lebih baik sewaktu berada di UK dari sewaktu aku di Malaya". Hampir benar kenyataan beliau you. Cuma yang wa tak berapa berkenan adalah pendidikan agama anak anak wa di sini, suasananya tak semolek suasana di Malaya.

Sekian ...
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ