Sunday 31 May 2009

Brugge Belgia


Dari Brussels sepatutnya kami ke Ghent. Tapi lami kesuntukan masa, maka kami terus ke Brugge. Ia bandar kecil chantek molek dan bersih. Ramai tuorist. Cari sign 'P' untuk park kete dan kami jalan kaki pusing bandar. Memang menarik. Moh melawat ke sini


Mana mana pegi dalam Eropah ini, lu all pasti akan jumpa dataran sebegini. Ada satu gereja, dan dikelilingi city council dan kedai kedai. Sama macam kota kota di Indonesia. Kira Malaya unik sebab tak ada arrangement macam ini.


Sebelum wa baca info mengenai banggunan ini, wa tak boleh tulis nanti syilap

Tok Bak in action



Wow Wan di Brugge. Glamer gitew ! ! ! Ada ke patut orang yang datang ke Eropah dikatakan ingin mencari glamer. Tak patut sungguh. Mungkin ada segelintir, tapi nak kata semua orang itu mencari glamer, apa lagi orang tua yang melawat anak anak dan cucu cucu mereka untuk mencari glamer adalah suatu yang sangat melampau dan tak boleh diterima aqal waras wa yang professional ini. Apa lagi jika mereka kata Wan nak cari glamer. Sah lah mereka memang tak kenal siapa Wan.
Sungguh wa nak tergelak, apa lagi bila wa cuba menelusuri pola pemikiran mereka yang ada terlintas akan imiginasi yang merapek itew. Wah kah kah kah.

Namun pedulik haper orang nak kata. Bukan ada meninggalkan kesan lebam di mata pon khanz lu all. Namun kita kena mengerti, bahawa Allah Maha Kaya. Dia boleh mengadakan yang tiada dan meniadakan yang ada. Dunia ini umpama sebutir pasir di atas padang pasir yang luas terbentang bila dibandingkan dengan kerajaan Allah swt. Jangan kita iri terhadap rezeki orang lain. Semakin banyak kita berdoa untuk orang lain, Insya Allah semakin bertambah rezeki buat diri kita. Percayalah, sebelum rezeki orang yang kita doakan sampai kepada mereka, Allah swt terlebih dahulu karuniakan rezeki tersebut kepada kita.

Tazkirah disudahi dengan tasbih kifarah



Banyak kedai cenderahati di sini. Ia pasti best untuk mereka yang bawa tong penuh duit ke sini.





Beraneka ragam teko. Namun wa tak heran. Banyak kat car boot, murah pula. Jangan membazir. Duit yang ada tu simpan. Bayo hutang, hi hi hi awwww ! ! ! (satu lagi siri tazkirah wa, catit catit, nanti lupa. Cho dah tulis ke? Simpan azimat wa untuk anak cucu)


Tok Bak ni kena tuko camera la. Dol, bolikan Tok Bak kamera baru Dol. Tok Bak kata kamera tu tak boleh fokus






Wa ske cuaca saat ini. Nampak macam panas, tapi angin sepoinya dingin nyaman sekali








Lu all bayangkan dulu keaddan di sini sebelum lu all sampai sini ye. Taraaaaa ! ! ! Wa memang sentiasa baik hati bagi lu all gambo gambo cantik ini. Satu sen pon wa tak caj. Tak ndok tak ndok








Apa la Maisarah nak pau Wan tu


Dari Brugge, kami ke Eurotunnel Calais. 45 minit perjalanan. Menyeberang Selat Inggeris 30 minit. Dan ke Egham lebih kurang 1 jam 30 minit. Maka tamatlah kelana kami ke benua Eropah kali kedua. Kali ketiga, Insya Allah ke Spanyol pula Insya Allah. Tarikh nya ikut ketebalan dompet. Jalan tanpa dompet tebal ni sengsara wa kata kat lu






6 comments:

Unknown said...

wah....makin pandai tazkirah.mentang2lah Ustazah ada depan mata boleh buat rujukan..kami rindu la Wan punya tazkirah pagi2 dan mlm2.Wan mcm tu la,ada duit sikit dia bagi2,tak simpan punya.(anak sulung dia ikut)tak mcm Tok Bak,kaki simpan(anak no 3 dia ikut)......hehehe

Dentist and Me said...

eh nape anak ketiga wa tak kaki simpan duit. Pantang nampak, mesti nak beli punya

Unknown said...

tu dia terlebih ikut Wan dia...muka pun mcm wan.hehehe

Ptrjy lady said...

wow best nya jalan2...tapi yg ayat power tu yg tang mencari glamer....agak mendalam maksudnya dan seharusnya dibaca oleh kita semua dan dalami betul2... apa hamjadah laa mak ngah ke sana nak mencari glamer... maybe org yg bercakap tu dah tumpul tahap sensitiviti dia kot...aura bocor kot..ini bukan saya yg kata yer tapi wonderpets...

Dentist and Me said...

Ptrjy lady ... siapa wonderpets tu

Anonymous said...

wonderpets tu cerita kartun mcm spongebob squarepants tapi very motivational one..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ