Monday, 28 September 2009

Days After Eid

Sejak 1 syawal nan lalu, maka berderet lah jemputan open house. Oleh karena wa dah buat open house awal awal, maka kali ini wa senyum je lah bawa perut sambil lihat orang lain bertungkus lumus buat open house khanz. Eiiii seronoknya, tak payah lagi memikirkan bagaimana nak buat open house.

Tahun ini senarai open house telah disempitkan. Ianya merupakan suatu kemajuan hasil postmortem tahun lalu lah gamaknya. Lu all nak tau, tahun lalu, sangat letih. Setiap orang buat rumah terbuka. Hingga wa terpaksa pilih rumah nak pegi dan juga pilih rumah nak telpon pinta sorry sebab tak sempat pegi.

Wa juga lihat trend wa telah menjadi ikutan, iaitu makan di luar rumah, bagi yang ada khemah maka pasang khemah lah, bagi yang tak ada khemah mahupon tiada ruang, maka tanpa khemahlah. Wa rasa trend invented by wa ini memang best. Namun bagi orang dengan rumah yang sangat beso (macam rumah bapa sedara sepupu wife wa yang baru pindah tu, rumah dia khanz lu all, 8 kamar wa kata kat lu), haaaa tak payah lah pasang khemah, penat nak pasang dan buka nanti.

Di kala perkumpulan sebegini, maka lu all akan lihatlah betapa banyaknya upacara lip lap lip lap (pukul gambo) berlangsung. Bukan itu sahaja, pesta ini juga disertai banyak dslr bermacam ragam gitew. Paling banyak buat bisnis wa kira tentulah 'NOKIN'

Bak kata pepatah, bila D40 tak sedap, upgrade le ke D80, bila D90 pon tak sedap, ehem D300 lah pulak, awwww ! ! ! Tapi wa kata kat lu, masa wa try camera bakal haji tu, memang mantap wa kata kat lu. Ini kalau dah beli camera baik punya, mesti lah kena pandai cari hasil balik bro. Wa sarankan kepada bakal haji tu, ambik course profesional photographer bro. Balik Malaya kalu, bisnis lah.

Bagi wa yang tak reti main dslr ni, cukuplah snap je. Tapi khanz lu all, memang best melihat kembali hasil pukulan gambo ini. Kenangan thau. Apa lagi bila ia telah lama berlalu. Melihat suasana ceria sahabat handai, mendamaikan naluri gitew. Apa tah lagi bila kita berjauhan dari sanak saudara khanz.

Awww wa dah mula nak rasa sebak ni. Tak lama lagi, Wan dan Tok Bak dah nak balik. Last year dua minggu wa muram durja. Itupon abg ipo wa datang rumah wa kasi belai. Wahai kakak ipo wa di Egham, siapkanlah satu bilik di Egham untuk wa dan family menceriakan diri nanti ye, please ! ! ! Musim cuti sekolah pulak tu (mula 25 Oct 09). Kalau ke Ealing, susah pulak parking. London ni, bukan apa cik Kiah. Ia bandaraya asal gerak, kena bayo. Jadi, terpaksa kaku lah gitew kalau duit tak banyak

Insya Allah, Dol dan Enn nak datang 8 Oct ni dan balik sama ngan Wan dan Tok Bak tanggal 24 oct nanti. Diberitakan juga sepupu wa pon Insya Allah akan ke UK dalam rangka holiday ke eropah selang sehari ketibaan Dol dan Enn. Mengancam gak khanz kalau dapat lencong ke Abber, Wales.

Dzaaaaa ! ! !

Sunday, 20 September 2009

Open House

Sebelum wa meneruskan tulisan wa yang bernas kali ini, ingin wa ucapkan ribuan terima kasih kepada adik wa, Cho kerana menaja baju Melayu wa tahun ini. Ma Tok yang menaja baju raya anak anak wa. Tak lupa kepada Wan dan Tok Bak yang walau dalam kesempitan, tetap juga bagi anak anak wa duit raya, £10 sorang, juga kepada Uncle 'B' yang turut mengirimkan anak anak wa duit raya RM50 sorang (duit baru wa kata kat lu). Ok layanz ! ! !


Wa bergegas pulang dari sholat raya di Erdington, kerana kami buat rumah terbuka. Tahun ini kami memulakan langkah baru hasil dari pengalaman tahun lalu. Iaitu open house gabungan. Ada banyak kebaikan gabung ini, beban (tenaga, wang, masa tetamu nak datang pon tak menyusahkan sangat, tak banyak nak pegi rumah gitu) bagi sama rata, menu boleh buat banyak sikit.



Ahli gabungan kali ini adalah


1. Wa sefamili termasuk ibu bapa wa

2. Adik Ipo wa dari London (abg Ipo wa raya kat London)

3. Abg Wahab sekeluarga

4. Nabil, Fina dan Zahran

5. Shahrizal


Menu kami kali ini


1. Nasi Dagang serta kelengkapannya, termasuk rendang dan nasi impit (Family wa, ibubapa wa, dan adik ipo wa)

2. Cous Cous ,ntah lah macam mana ejanya, wa tak tau, kek dan kueh (family Abg Wahab)

3. Laksa Johor, coklat, kek, buah buahan, teh dan juice (Nabil, Fina, Zarhan)

4. Duit £30 (Shahrizal), hi hi hi wa tak tau nak masuk kategori mana



Kami juga buat suatu yang agak baru di sini iaitu makan dalam khemah di luar rumah. Jadi lah macam lebih kurang majlis kenduri di Malaya. Ada lah sikit suasana kenduri gitew. Khemahnya kami beli dan sampai ke rumah kami pada hari Rabu. Kami pasang pada pagi Sabtu. Nampak macam OK. Lepas ni bolehlah sewa dari kami jika ada yang nak sewa. Tak mahal £15 jer sehari.



Penat memang penat. Wa dah rasa dah tahun lalu. Cuma penat kali ini di bagi 3. Terima kasih tahap istemewa pada semua partner kami, yang bertungkus lumus menjayakan majlis gabungan ini. Tak lupa juga kepada 3 dara yang baru sampai ke Birmingham ini iaitu Cik Sheeda, Cik Sheena, dan cik Ikhlas. Sibuk mereka membantu, awwww ! ! !



Acara sebenarnya bermula jam 2 petang dan sepatutnya berakhir pada jam 7 petang. Tapi tetamu pertama kami datang pada jam 12:30 tgh dan terakhir pulang pada jam 11 malam.


Aliran tetamu pula terbahagi 2. Pertama antara jam 12:30-2 petang. kedua antara jam 5 petang hingga ke malam. Ingatkan, lepas jam 2 petang tu dah tak ada lagilah yang sudi nak datang. Bilangan tetamu kali ini wa kira melebihi tahun lalu. Tahun lalu kalau tak silap wa, sekitar 200 orang. Kali ini hampir 250 orang. Alhamdulillah, makanan cukup.





Nabil


Maisarah and her best friend


Uncle Erry Madeehah dan Aqil







S, S, M, I, wife wa, Madeehah dan Wan



Sholat Raya 1430 Hijrah

Birmingham UK beraya pada hari Ahad 1 Syawal 1430 Hijrah bersamaan dengan 20 Sep 09 setelah mendapat khabar berita dari MSD London. Kebanyakan mesjid besar di sini juga mengumumkan 1 Syawal di sambut pada hari ini. Tahun lalu ada yang sambut satu hari lambat dari kami.

Tahun ini sholat raya dilakukan di Stockland Green School Erdington Birmingham, diimamkan oleh Ustaz Zainul Rizal sementara khutbah dibaca oleh Sdr Badri.

Alhamdulillah. Moga dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan.

berikut serba sedikit keadaan ketika itu



Friday, 11 September 2009

Aktiviti pertama setelah kembali ke Quinton Rd

A Pada satu hari ada satu cerita. Ada kawan wa, yang datang setahun nan lalu, dah nak balik dah. Maka wa ajaklah mereka berbuka di rumah wa. No 4 dari kiri itulah gerangan orang nya. A namanya.

Selain itu, wa juga jemput kawan parents wa, anak mereka pula adalah kawan kami. Depa dah nak balik 16 Sep 09. Kiri sekali itulah gerangan orangnya. Makcik Kalsom ini datang dengan suami dan anak menantu serta cucunya.

Ketiga, ibu dan bapa kepada student yang baru datang ngaji Master di Birmingham ini, yang wife wa dapatkan rumah sewa untuk mereka. Makcik ni datang dengan suami dan 2 anaknya, serta kawan anaknya (tiada dalam gambo, malu katanya nak letak gambo depa kat sini). Seorang lagi anaknya belajo di Oxford, awww handalnya. Duduk dari kananlah gerangannya, duduk di sebelah Wan

Wa juga ajak student lama kat sini, F nama timangannya, dia datang dengan pak we nya. berdiri pertama dari kanan itulah gerangan orangnya.

Owch lufa, ada sorang lagi gerangan student yang baru sampai yang menginap di rumah wa, S, jejaka ini pon tiada dalam gambo.

Sibuk khanz wa sejak pulang dari Italia ini





Tuesday, 8 September 2009

Petang terakhir di Italy

Hari ini merupakan petang terakhir wa di Florence Italy kerana Insya Allah esok pagi wa akan terbang pulang ke kediaman rasmi wa di Birmingham UK. Maka wa ambil kesempatan ini untuk sekali lagi menelusuri kota Florence yang banyak sejarah ini.



Memang menarik berada di sini. Banggunannya lain dari negara eropah yang pernah wa lawati. Ada banyak karya artis besar berasal dari sini. Namun jauh di sudut hati, wa tak jumpa suatu yang memuaskan hati sebagaimana kunjungan wa ke tanah suci Makkah dan Madinah al Munawarah. Nasehat bernas wa seterusnya, jika lu all diberi peluang antara Mekah Madinah dan Florence, maka pilihlah Mekah Madinah. Namun jika lu all dah ke Mekah dan Madinah, datanglah ke sini untuk membuat perbandingan.













Gerai kecil juga diberi peluang menangguk rezeki walaupon gedung gedung fesyen ternama berselerak di serata kota.







Walaupon begitu, harganya tidak lah murah juga.








Namun jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh gedung gedung mewah seperti ini, ia ternyata jauh berbeda.





Kebanyakan gedung ini menawarkan harga yang tinggi hingga nak lihat pon tk berani. Namun begitu, para pekerja di sini tak kira di gerai murah mahupon gedung mahal, memang sudah terlatih untuk melayan pelancong dengan baik sekali. Mereka ramah dan murah dengan senyuman.



Satu perkara yang wa tak sangka adalah ramainya penjual yang terdiri dari kalangan orang Asia. Dan mereka sangat fasih berbahasa Itali.

Pengalaman manis wa di sini adalah apabila mencium bau kopinya. Marvellous. Namun begitu wa tak berpeluang minum kopi di restoren tepi jalannya, suatu benda yang sangat ingin wa lakukan, tapi tak kesampaian sebab wa berpuasa. Insya Allah suatu hari nanti.

Kunjungan wa ke sini juga merubah tanggapan takut wa terhadap aksi pencopet kanak kanak. Ternyata, Venice, Pisa dan Florence adalah kota pelancong yang boleh dikatakan selamat.

Pemilihan penginapan berbentuk furnish apartment juga sangat selesa dan menguntungkan dari segi penjimatan ke atas makanan, laundry, dan internet.

Pizza, ais krim dan spagetti mereka sesuai tekak wa. Oleh kerana ramai Aisan maka ramai juga Muslim. Namun bukanlah mudah mencari kedai makan halal. Makanya apartment self catering sangat relevan untuk wa dan family.






Menu berbuka hari ini Penne Carretti dan nasi goreng


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa ! ! !


Florence second round

Hari ini free. Jadi wa decide to go around Florence again for the second time. Wife wa tak ikut sebab dia nak gi conference jadi boleh lah wa jalan santai santai saja tanpa rasa terkejo kejo. Tak boleh nak appreciate kalau terkejo kejo ni. Nak hirup udara pon terganggu.





Stunning view from the top of the cathedral. Ada koridor kat atas tu



Dome salah satu gereja di sini. Banyak sungguh gereja di sini.


Ini pula adalah bendera Florence. Memula wa tertanya tanya pasal apa ada banyak ukiran lamb di tembok banggunan di sini, ghupenye ia merupakan element penting pada bendera depa


Baptistry, yang wa ceta semalam ada pintu surga depa. Ikut ske depa lah, wa pedulik haper.



Dalam terketar ketar dapat juga wa ambil gambar yang cantik macam ini. Nak kata terer memang terer, nak kata tak terer, eh terer la.




Dalam Cathedral Duomo atau Dome, wa lihat dari atas koridor. Tujuan wa datang hari ini adalah nak naik atas dome dan lihat Florence dalam 360 derajat. Tapi hari ini dome tersebut tutup. Untung juga tutup sebab tak payah bayar. Pihak pengurusan benarkan pelancong naik ke pelantar free of charge mulai jam 10 pagi. Wa sampai 9:15 pagi maka beratur panjang selama 45 minit.






Zomm baik khanz.






Inilah koridornya. Wa terpaksa menaiki 400++ anak tangga untuk sampai ke sini. Namun bukan semua tempat luas sebegini


Ada beberapa ketika koridornya hanya boleh memuatkan seorang sahaja pada satu satu masa. Udah lah tinggi, koridornya pendek pulak tu. Mana wa tak rasa gayat




Nasehat bernas wa, bawalah camera DSLR jika nak ke sini.



Ini adalah bell towernya.

Lihat bell tower tu kat belakang tu, jangan lihat yang lelain.


Lepas turun wa menelusuri jalan jalan ikut ske wa. Ini adalah pedasterian area, yang menempatkan wa kira beratus kedai branded yang terkenal di seluruh dunia



Kalau verandah ini wa letak kat rumah wa, best gak khanz


Lagi kedai kedai wa perlihatkan kat lu all.



Di Piazza della Signoria, ada satu lukisan di dinding yang wa tak nampak waktu datang ke sini tempoh hari. Diberitakan bahawa Michael Angelo mengukir lukisan ini dengan tangannya dibelakang membelakangkan dinding sewaktu dia berbual dengan kawannya


Michael Angelo David






Bank of the Arno. Jambatan itu seperti yang dah lu all tau Ponte Vecchio. Di saat ini wife wa call kata dia nak kunci apartment, maka serentak dengan itu tamatlah masa santai wa.



Namun sempat juga snap banggunan ini.


Dan ini di Piazza della Signoria



Ini pula di Piazza Republica. Tergesa gesa ni

Piazza della Republica























Monday, 7 September 2009

Pisa, Italia

Kami meneruskan pengembaraan kami, cheh macam jejak rasul plak dengonya. Ala kasi can kat wa la sekali sekala perasan macam tu.

Dari Firenze aka Florence, kami menaiki keretapi ke Pisa dengan kos pergi balik Euro 22.80. Perjalanan mengambil masa 1 jam pergi dan 1 jam 20 minit balik. Keretapi tak lah curlass sangat, tapi selesa gak.

Sampai stasen Keretapi Pisa Centrale, kami dapati stesen ini agak kotor. Berjalan tanpa peta umpama berjalan tanpa cahaya, awwww. Lalu kami lihat sedikit cahaya, iaitu aliran pelancong. Lalu kami ikuti jejak mereka, tanpa aksi mengendap. Ala kami buat biasa je, konon konon dah biaserrr la.

Bila dah dekat, wa kata tak boleh jadi, wa kena beli buku. Belilah satu buku mengenai Pisa, Euro 5. Jalan punya jalan, akhirnya sampailah kami ke tempat tujuan, Campo Dei Miracoli yang menempatkan Kathedral, Baptistry, Camposanto dan the famous Leaning Tower, the landmark of Pisa



Inilah gambaran pertama di pintu masuk piazza ini. Diberi nama Square of Miracle karena ia terdiri dari keunikan 4 banggunan yang dibina tadi. Keseluruhan kompleks ini dibina dalam masa 300 tahun. It's an UNESCO World Herritage site



Bersungguh wife wa tahan tower ini dari tumbang dengan dua tangannya. Torre Pendente (Leaning Tower)


Wa selamber guna sejari jah



Wa mahu naik ke puncak kat atas tu. Wa ingin lihat bagaimana keadaannya. Maka kami beli tiket. Euro 30 untuk 2 orang. The structure was originally concieved as a cathedral's bell tower. Construction brgun in 1173 and the tower started leaning soon afterwords due to subsidence of the ground underneath it's base. A project to keep the tower from leaning more and tipping over finally successful conclusion in 2001, and the tower is again open to those wishing to climb it.









Composanto. Pernah dibom pada perang dunia kedua. A huge cemetery building with lots of interestng art, including a collection of ancient Roman sarcophagi and splendid medieval ferscoes by the "Master of the Triumph of Dëath"












Ini adalah Baptistry. Perancangannya dimulakan pada 1152 oleh Diotisalvi. Siap pada akhir kurun ke-14.




Battistero large round Romanisque dome with many sculptured decorations and a fine view up top.


Wa miss experience ambil gambo Leaning Tower dari dome Battistro dan mendengar lantunan bunyi dari suara wa bila wa menjerit di dalamnya karena wa tak masuk di dalamnya. Kena bayo beb. Bagus gak kena bayo jadi ada privesi sikit




Kethedral ini mula dibangun pada 1064 oleh Buscheto, wa kira dia tak sempat lihat hasil akhir kompleks ini. Kerana itu pembinaannya melibatkan ramai arkitek.





Kalu nok masuk dale, mu gi baya Euro 4 sore. Ambo tok seh masuk dale. Kalu percumo, ambo seh masuk dale. Nama lain Duomo di Pisa, by Giambologna, Della Robbia, andother major artist. Fine Romanesque style with double aisles and a cupola, a huge base mosaic partly by Cimabue, and a fine pulpit by Giovani Pisano in late Gothic / early Renaissance style


Gaya ini mengalahkan gaya Aiman bila bergaya. Di depan Baptistry



Kalu mu nok tau lebih mu gi baco dale tenet. Ambo pening bila banyok membaca ni. Mu kena pringat hok tuh


Patung singa atas tembok. Ado cerito ni. Mu gi baco deh.






Satu satunya tiket yang wa memang nak beli adalah tiket naik leaning tower ni. Penat gak naik
First floor boleh lihat luar. Ada dua floor lagi nak naik. Ternyata stamina wa masih banyak.



Mama cilok gaya Amir. Apa lagi, balik bayo royalti kat Amir, hi hi hi




Lihatlah sekitar alam, dunia luas terbentang ... Shiela Majid. Ghamainye orang. Nasib baik wa tak pitam


Angin kat atas ni bertiup agak kencang hingga wambut wa menerbang nerbang. Keto lutut, namun berbaloi naik atas ni walau hanya 20 minit (wa terlebih 10 minit).


Tangga untuk ke 2nd and 3rd floor.



Kelihatan Cathedral dan Baptistry

Antara sudut menarik untuk pukul gambo




Sebahagian dari kota Pisa menelusuri sungai Arno. Panas ni. Tapi bagusnya, udaranya sejuk. Jadi kalau ketiak basah, kepakkan sikit bior angin sejuk lalu. Pah tu kering lah



Bandar Pisa dibelah oleh sungai Arno. Air sungainya hijau. Sungai Arno di Florence lebih jernih airnya.


Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ