Maka semalam berangkatlah kami ke Birmingham International Airport jam 4:30 pagi. Terima kasih kepada bakal Haji Azli dan bakal Haji Jurie kerana sudi dan bermurah hati menawarkan keringanan kepada kami dalam urusan perjalanan kami ke pelabuhan kapal terbang tadi. Nak bagi duit dia mati mati tak emboh.
Kami pertama transit di Munich International Airport. Ini kali kedua wa sampai sini. Pertama kali dulu sebab wa ada short course selama seminggu di Munchen. Memang wa akui airport ini best. Macam KLIA, ada kot 4 kali ganda lebih beso saiznya. Banyak kedai best. Ada juga mesin bancuh kopi best yang FREE. Cuma semua itu wa tak pandang sangat sebab wa puasa. Kat Munich sejuk
Dari Munich kami teruskan perjalanan ke destinasi sterusnya. Akhirnya sampailah wa ke destinasi kedua. Keluo je pesawat terbang, pergh panasnya. Kalau lu all nak tau juga, inilah penerbangan yang paling wa tak tahan sampai tahap nak muntah (tapi tak muntah, tak batal puasa). Dalam penerbangan ini berkali kali wa diganggu dengan gegaran macam naik 4 wheels drive jalan tak rata. Bukan sebab kapal terbang buruk, pesawatnya kelihatannya baru, namun dikhabarkan pilot keadaan angin yang buruk
Eh cik Kiah, wa bukan balik Malaya la. Wa turun di Marco Polo Airport, Venizia. Tujuan wa adalah ke Venice sebab wa nak lawat Venice, touch and go. Kalu lu all nak ke Venice dari airport ambil bas biru, AVTO 3 Euro sorang, 20 minit sampai Venice.
Patutnya sampai saja, terus ambil boat tour Venice, tapi kali ini tahap pemikiran brilliant wa tergendala sebab panas. Maka wa jenjalan dekat sekitar station keretapi jah. Nasib baik Allah selamatkan wa, tak jenjalan jejauh. Ghupenye, tiket keretapi yang Uni wife wa bagi tu, tiket booking je. Kena beli lah bila sampai stasion. Beratur baby wa kata kat lu. Alhamdulillah sempat ambil tiket sebelum keretapi berjalan.
Eurostar Italia, 2 jam 30 minit ke Florence. Laju. 37 Euro sorang.
Di Venice, wa jumpa couple Hong Kong. Dah 60-an lah usia beliau. Dia lah yang bagi kami tunjuk ajar masa di Venice. Dia kata wife wa beruntung sebab dapat belajar tinggi tinggi. Dia dulu tak ada peluang sebab dia miskin. Namun dia berazam untuk beri 2 anaknya ilmu hingga kedua mereka belajar di unibesti. Sorang di HK dan sorang lagi di Australi. Wa rasa sekarang ni dia tak miskin lagi, sebab dia juga ada buat bisnis dengan Sabah Shipyard, repair engine. Anyway, nak bagi tau lu all, dia HUMBLE.
Wa sampai apartment yang wife wa sewa (Unibesti bayo sewa) saat berbuka puasa. Jumpa tuan apartment, Lorenzo, sangat baik. Wa hitung, usa dia akhir 20-an atau awal 30-an. Atas meja dia dah disediakan biskut(s), buah buahan yang sangat segar, mineral water dan white wine, hi hi hi. Wa kata wa tak minum wine.
Studio Apartment ni so far sangat praktikal. Semua kelengkapan rumah ada. Termasuk FREE broadband internet. Dia juga bagi kami suggestion mana nak pegi dan bagaimana nak pegi sesuatu tempat. Pokoknya, 5 star service. Kat sini tak terima kredit card. Hanya terima cash. Selain dekat dengan stesen keretapi, ia terletak di tengah pusat tarikan pelancong. Wa harap wa dapat gunakan Florence Walking Tour Software yang wa download ke iPhone wa, (jimat tak yah bayo tour guide). Wa kena cari masa sesuai nak jalan ini. Doakan wa berjaya cover semua 24 attraction tu sambil JALAN KAKI, awwwww ! ! !
Lepas berbuka puasa, mandi dan basuh baju. Maklumlah jalan dalam suhu panas ini, mengundang bukan sahaja peluh, malah bau peluh juga. Erk ... tak selesa wa. Jadi wa pahamlah keadaan di Malaya tu bagaimana, hi hi hi ni kes tak sedo asal mana ni.
Haa ok lah, pagi ni wife wa dah start conferencenya. Sebelum dia pegi kami pegi paso segar. Pemandangan sangat menarik, bersih dan penuh warna warni gaya Italia. Hingga ayam yang dijual pon ada ditaburkan rempah ratus Itali, bau harum. Lepas tu wa tido tido dan tido. Sesekali bangun basuh baju dan mop lantai, menggunakan kepakaran masa wa jadi cleaner dulu. Wa kena tido sebab perjalanan semalam memenatkan lu wa kata kat lu. Start 4:30 pagi, 7:50 malam baru sampai apartment tu.
No comments:
Post a Comment