Hari ini merupakan hari kedua wa dan wife wa berbuka di Luar Negara, Florence Italy gitew. Masa datang sini, kami dah masak siap siap bekalan kami. Bila sampai sini keluarkan je satu per satu mengikut sesedap rasa. Namun ada juga terasa nak makan yang lain, maka kami masak lah. 'Kami'di sini bermaksud wife wa sahaja, sebab wa tak gemo masak. Dia memang gemo masak.
Diberitakan bahawa ada seorang penuntut baru sampai ke Birmingham. Sdr Bakal Haji Azli juga yang pergi mengambil beliau di Airport. Moga Allah membalas segala jasa baik Sdr bakal Haji ini dengan berkah berlipat ganda, Amin ! ! !
Sedara baru ni menginap di rumah wa dulu hingga dia mendapat rumah sewa yang berkenan di hati beliau yang menepati seluruh cita rasa beliau. Namun beliau, wa rasa sukar untuk memenuhi semua kehendak kita di sini. Jadi beliau hendaklah menyesuaikan diri dan sedia bertoleransi dengan kehendak diri beliau. Insya Allah akan dipermudahkan segala urusan beliau
Sayur yang baru di masak. Tak kan wa nak kata wa masak. Tiada bukti
No comments:
Post a Comment