Tuesday, 8 September 2009

Petang terakhir di Italy

Hari ini merupakan petang terakhir wa di Florence Italy kerana Insya Allah esok pagi wa akan terbang pulang ke kediaman rasmi wa di Birmingham UK. Maka wa ambil kesempatan ini untuk sekali lagi menelusuri kota Florence yang banyak sejarah ini.



Memang menarik berada di sini. Banggunannya lain dari negara eropah yang pernah wa lawati. Ada banyak karya artis besar berasal dari sini. Namun jauh di sudut hati, wa tak jumpa suatu yang memuaskan hati sebagaimana kunjungan wa ke tanah suci Makkah dan Madinah al Munawarah. Nasehat bernas wa seterusnya, jika lu all diberi peluang antara Mekah Madinah dan Florence, maka pilihlah Mekah Madinah. Namun jika lu all dah ke Mekah dan Madinah, datanglah ke sini untuk membuat perbandingan.













Gerai kecil juga diberi peluang menangguk rezeki walaupon gedung gedung fesyen ternama berselerak di serata kota.







Walaupon begitu, harganya tidak lah murah juga.








Namun jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh gedung gedung mewah seperti ini, ia ternyata jauh berbeda.





Kebanyakan gedung ini menawarkan harga yang tinggi hingga nak lihat pon tk berani. Namun begitu, para pekerja di sini tak kira di gerai murah mahupon gedung mahal, memang sudah terlatih untuk melayan pelancong dengan baik sekali. Mereka ramah dan murah dengan senyuman.



Satu perkara yang wa tak sangka adalah ramainya penjual yang terdiri dari kalangan orang Asia. Dan mereka sangat fasih berbahasa Itali.

Pengalaman manis wa di sini adalah apabila mencium bau kopinya. Marvellous. Namun begitu wa tak berpeluang minum kopi di restoren tepi jalannya, suatu benda yang sangat ingin wa lakukan, tapi tak kesampaian sebab wa berpuasa. Insya Allah suatu hari nanti.

Kunjungan wa ke sini juga merubah tanggapan takut wa terhadap aksi pencopet kanak kanak. Ternyata, Venice, Pisa dan Florence adalah kota pelancong yang boleh dikatakan selamat.

Pemilihan penginapan berbentuk furnish apartment juga sangat selesa dan menguntungkan dari segi penjimatan ke atas makanan, laundry, dan internet.

Pizza, ais krim dan spagetti mereka sesuai tekak wa. Oleh kerana ramai Aisan maka ramai juga Muslim. Namun bukanlah mudah mencari kedai makan halal. Makanya apartment self catering sangat relevan untuk wa dan family.






Menu berbuka hari ini Penne Carretti dan nasi goreng


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa ! ! !


4 comments:

Anonymous said...

Brader, wa minat baca komen lu pasal pergi Florence. Tapi yang wa tak faham, buat apa lu banding tempat ni dengan MekahMadinah? Lain tempat lainlah keunikan dan keindahan dia. Takkan semua tempat nak dibanding dengan tanah suci. Kita perlu praktikal, dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Takkan lu mau duduk di Mekah atau Madinah. Lu sendiri duduk di Birmingham sebab perlu 'ikut' bini lu. Takkan lu mahu kata banding Birmingham dengan Mekah pulak. Lain tempat lain langitnya. Itu saja dan selamat berpuasa.

Dentist and Me said...

My brader anonymous ...

Good question brader. Keep it up ! ! !

Wa thak bandingkan Mekah dan Madinah dengan carribean Island atau Las Vegas atau yang setara dengannya ada sebabnya.

Mekah adalah tumpuan penganut agama Islam sedangkan Florence merupakan salah satu tumpuan penganut agama Kristian.

Jika lu kata (lepas ini) bahawa ibadah agama Islam dan Kristian tak sama maka lu juga tak sepatutnya mengatakan bahawa semua agama adalah sama.

Dengan itu sekali lagi lu juga harus menolak Islam Liberal dengan sekeras kerasnya.

ini adalah jawapan ringkas wa terhadap persoalan lu di atas.

Hope to see you soon brader. Love you more

G'Zain said...

Salam Doc Aji,

Kembara lu lagi werld dari pemilik jenama werld tuh.

Anyway wa sekeluarga wish lu Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. salam wa gak tuk Dini dan anak-anak lu

Dentist and Me said...

Gee Zain ... awww ! ! !

Salam Aidil Fitri jua buat lu sekeluarga. Tara !

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ