Hari ini free. Jadi wa decide to go around Florence again for the second time. Wife wa tak ikut sebab dia nak gi conference jadi boleh lah wa jalan santai santai saja tanpa rasa terkejo kejo. Tak boleh nak appreciate kalau terkejo kejo ni. Nak hirup udara pon terganggu.
Stunning view from the top of the cathedral. Ada koridor kat atas tu

Dome salah satu gereja di sini. Banyak sungguh gereja di sini.

Ini pula adalah bendera Florence. Memula wa tertanya tanya pasal apa ada banyak ukiran lamb di tembok banggunan di sini, ghupenye ia merupakan element penting pada bendera depa

Baptistry, yang wa ceta semalam ada pintu surga depa. Ikut ske depa lah, wa pedulik haper.

Dalam terketar ketar dapat juga wa ambil gambar yang cantik macam ini. Nak kata terer memang terer, nak kata tak terer, eh terer la.

Dalam Cathedral Duomo atau Dome, wa lihat dari atas koridor. Tujuan wa datang hari ini adalah nak naik atas dome dan lihat Florence dalam 360 derajat. Tapi hari ini dome tersebut tutup. Untung juga tutup sebab tak payah bayar. Pihak pengurusan benarkan pelancong naik ke pelantar free of charge mulai jam 10 pagi. Wa sampai 9:15 pagi maka beratur panjang selama 45 minit.

Zomm baik khanz.

Inilah koridornya. Wa terpaksa menaiki 400++ anak tangga untuk sampai ke sini. Namun bukan semua tempat luas sebegini

Ada beberapa ketika koridornya hanya boleh memuatkan seorang sahaja pada satu satu masa. Udah lah tinggi, koridornya pendek pulak tu. Mana wa tak rasa gayat

Nasehat bernas wa, bawalah camera DSLR jika nak ke sini.

Ini adalah bell towernya.

Lihat bell tower tu kat belakang tu, jangan lihat yang lelain.

Lepas turun wa menelusuri jalan jalan ikut ske wa. Ini adalah pedasterian area, yang menempatkan wa kira beratus kedai branded yang terkenal di seluruh dunia

Kalau verandah ini wa letak kat rumah wa, best gak khanz

Lagi kedai kedai wa perlihatkan kat lu all.

Di Piazza della Signoria, ada satu lukisan di dinding yang wa tak nampak waktu datang ke sini tempoh hari. Diberitakan bahawa Michael Angelo mengukir lukisan ini dengan tangannya dibelakang membelakangkan dinding sewaktu dia berbual dengan kawannya

Michael Angelo David


Bank of the Arno. Jambatan itu seperti yang dah lu all tau Ponte Vecchio. Di saat ini wife wa call kata dia nak kunci apartment, maka serentak dengan itu tamatlah masa santai wa.

Namun sempat juga snap banggunan ini.

Dan ini di Piazza della Signoria

Ini pula di Piazza Republica. Tergesa gesa ni

Piazza della Republica
No comments:
Post a Comment