Wa ditugaskan untuk menjaga Madeehah. Oleh kerana cuaca di luar sejuk hingga Madeehah pon mengigil, maka wa pon menghabiskan masa wa duduk dalam kereta dan makan sahaja. Car boot ini dekat dengan lapangan terbang kecil. Maka kelihatanlah beberapa small aeroplane terbang atas ruang udaranya.
Oleh kerana dah berada di Anglesley, sebuah pulau, maka wa ambil lah peluang bersiar siar di sekitar pulau. Dari booklet yang wa lihat, maka wa pilihlah Elin's Tower. Hajatnya nak lihatlah burung burung di cerun bukit (ada guillemots, razorbills dan puffins). Sepanjang perjalanan, wa lihat bandar bandar yang menarik. Memang cantik kawasan ini. Patutlah supervisor wife wa selalu datang ke sini menghabiskan masa luangnya.
Jalan kecil, kereta yang lalu lalang bukan main hebatnya, kebanyakannya kereta mewah. Jadi wa ambil kesimpulan bahawa kebanyakannya adalah tourist. Memang betul pon. Turun dari kereta pengunjung ramai yang bawa kamera.
Ini adalah rumah api. Patutnya wa boleh sampai ke sini menaiki kereta. Tapi wa berhenti sekerat jalan. Park kereta dan jalan kaki. Oleh kerana cuaca dingin, wa tak sampai ke rumah api ini, hanya sekadar ke Elin's Tower je. Memang ada beberapa burung, cuma beberapa sahajalah.
Bergambar di Elin's Tower. Sorry, wa baru dapat kamera ini, tak mahir lagi guna pencahayaannya
Dari elin's Tower. Best sebenarnya nak melepak di sini. Wa suka pandang laut sambil merasa deruan angin pantai ni. Cumanya, sejuk sangat. Toilet pulak tak ada. Jadi payahlah nak berlelama di sini khanz
No comments:
Post a Comment