Di permulaan perjalanan, cuaca agak cerah. Namun di pertengahan perjalanan, telah kelihatan kabus yang agak tebal
Wa keluar caravan site jam 7:15 pagi. Masih gelap lagi. Makin lama makin tebal
Oleh kerana waktu kami keluar dari caravan agak awal, maka kami ada ruang masa yang agak selesa untuk berhenti mana mana tempat yang kami rasa nak berhenti
Dol berlatar belakangkan Snowdonia
Makin tebal bukan, tuan tuan dan puan puan
Amir, Anas dan Aiman.

Di salah satu tempat perhentian, ada satu dataran yang agak luas. Memang diperuntukan kepada sesiapa yang ingin mengabadikan foto mereka berlatarbelakangkan keindahan alam ciptaan Ilahi. Maka kami phon berhenti sejenak di sini. Ada rak kasut kayu yang masih elok. Kalau dekat dengan rumah wa, nescaya wa hangkut dalam kereta wa untuk dibawa balik
Amir, Anas dan Aiman.
Batu ini menunjukkan peta Snowdonia.
Wan dan Tok Bak
Wan dan Tok Bak
On the way to the top. 45 minutes from Hafan Y Mor. Setelah merentasi bukit dan gunung, kami kemudiannya lalu di kaki gunung pula. Di kanan dan kiri jalan, kelihatan ramai pelancong mendirikan khemah untuk bermalam
At the Llanberis train station. Bila dah ada tiket beratur di sini. Jika belum ada tiket, kena beratur di kaunter beli tiket. Panjang ooooo wa kata kat lu. Jadi beli lah tiket awal awal kalau nak ke sini
Puncak Snowdonia.
Puncak Snowdonia.
Mak Enn dengan gayanya. Sunglasses D&G (rege asal £300, car boot, £5 sahaja)
Di The Summit, sebelah train yang membawa kami ke atas
Dari keretapi. Ngeri wa kata kat lu. Tapi wa buat buat tak perasan
Atas sikit dari The Summit ini ada tempat tinggi sikit, yang digunakan oleh mereka yang berkesempatan untuk melihat kawasan di sekitar Snowdonia, seperti Lake District, dsbnya lah. Wa tak terpikior nak ke situ. Bukan apa, waktu yang diberikan untuk berada di atas ini adalah 30 minit. Wa takut terlepas keretapi pula. Jika terlepas, maka wa terpaksa bayo pulak untuk keretapi seterusnya pada harga biasa. Itupon kalau ada tempat, jika tidak, sendiri mau ingat lah tuan tuan dan puan puan, jalan kaki lah gitew.

Untuk pengetahuan lu all juga, ramai gak pelancong yang suka berjalan kaki naik atau turun dari The Summit ini. Masa yang diambil oleh pejalan kaki ini adalah lebih kurang 2 jam. Namun perlu diingat, bahawa kelajuan pejalan kaki mat salleh ini, lebih laju dari pejalan kaki rata rata orang Asia seperti kita. Oleh kerana wa tak sanggup berjalan kaki, maka kepala wa hanya ingat nak balik semula ke keretapi. Tu yang terlepas foto menarik di atas ini. Nak naik lagi sekali, wa kira idok lah.
Alhamdulillah cuaca pada hari ini sangat elok. Suhunya di kala ini adalah dalam lingkungan 2.5 derajat celsius. Ada gak sedikit snow di sini. Wa mengigil bagai nak rak. Terasa sendi kaki sakit akibat kesejukan. Lepas ini wa diserang selsema.
Wa terlepas banyak sudut foto menarik dan dramatik. Namun kira ok lah gak. Otak asik pikior keretapi balik dan sojuk yo ! ! ! Tiga beranak
Cun khanz
Gambo famili ketika berada 3560 kaki dari aras laut
Snowdon Mountain Railway. Book melalui telefon. Lebih baik book awal untuk elak dari beratur panjang. Keretapi pertama jam 9 pagi dengan harga tawaran 50% diskaun. Wa beli yang ini. Risikonya berjalan awal pagi ini adalah kabus tebal hingga lu all tak nampak apa apa di atas sana kecuali kabus. Alhamdulillah, kami berdoa agar diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk kami melihat kebesaran Allah di puncak tertinggi di UK ini.
Beginilah keadaan dalam keretapi ini. Agak sempit, namun itulah yang terbaik bagi menaiki puncak Snowdonia ini. Kiri kanan sayup mata memandang. Nasehat wa, bila nak naik atas, pilihlah tempat duduk di sebelah kanan keretapi ini kerana lebih banyak pemandangan di sebelah kanan. Bila balik, duduk sebelah bertentangan. Untuk pengetahuan lu all, masa balik, keretapi ini jalan undur ke belakang. Laluan rail menelusuri gunung. Interesting but scary too.
Ramai wa lihat family datang ke sini. Memang cantik bandar kecil ini
Seterusnya kami menuju ke Llechwedd Slate Caverns. Sebenarnya bagus gak pengalaman masuk lombong ini. Namun kami tak bernasib baik. Kami sampai sini jam 1 tengahari. Trip seterusnya masuk dalam lombong ini adalah jam 3:30 petang. Idok le teman menunggu begitu lama untuk masuk ke dalamnya. Lagi pula teman dan anggota rombongan pon dah letih. Maka kami singgah aje le.
Pekan Porthmadog. Nice and clean.

Dalam perjalanan ke destinasi seterusnya, wa terlihat bandar Betws y Coed. Nampak macam cantek, lalu kami berhenti makan tengahari.
Ramai wa lihat family datang ke sini. Memang cantik bandar kecil ini
Seterusnya kami menuju ke Llechwedd Slate Caverns. Sebenarnya bagus gak pengalaman masuk lombong ini. Namun kami tak bernasib baik. Kami sampai sini jam 1 tengahari. Trip seterusnya masuk dalam lombong ini adalah jam 3:30 petang. Idok le teman menunggu begitu lama untuk masuk ke dalamnya. Lagi pula teman dan anggota rombongan pon dah letih. Maka kami singgah aje le.
Pekan Porthmadog. Nice and clean.
Singgah sebentar ke Tesco untuk membeli bekalan untuk sekolah anak anak wa. Ada 2 kedai Portmeirion di sini. Harga tak sama lah dengan di factory shop yang wa selalu pergi di Stoke On Trent. Tapi semua model ada dijual di sini
2 comments:
wa membayangkan wa juga ada dalam gambar2 lu tu.. hihi kerna wa hampir2 nak join trip lu, tapi apakan daya.. tak berkesempatan juga wa bertemu dol di uk ni.
Jangalah lu bersedih duka dan lara. Lu jumpa sahajalah dia di Malaya bila bila nanti. Tapi wa kata kat lu, North Wales memang cun.
Kalau nak naik The Summit tu, plan betul betul lihat ramalan kaji cuaca. Masa wa pegi tu, Alhamdulillah cuaca cerah
Post a Comment