Thursday, 29 May 2008

Keje

Semalam khanz lu all, wa hantar nasi seperti biasa, (yang tak biasanya, bilangannya yang sangat menurun sebab cuti). Dah jadi kebiasaan, maka wa kena ambil kunci surau unibesti Birmingham. Security tu dah kenal wa, so tak ada masalah lah

Dalam perjalanan ke surau, tiba-tiba, siren kebakaran berbunyi. Semua pintu di tutup secara automatik. Wa terperangkap di antara dua pintu. Wa tergamam, tak tau apa nak buat. Kalau kat SBC tempat wa keje cleaner tu, hari Jumaat memang depa buat pemeriksaan. So no hal lah. Tapi di BU ini merupakan kali pertama.

Dalam hati wa terbayang, macam wa dah masuk dalam bank, tiba tiba pintu tertutup semua dan wa tak boleh keluar lagi. Macam dalam filem tu lah. Gerak ke depan tidak, gerak ke belakang pon tidak, tiba tiba lagi, ada seorang ni, cleaner gak keluar dari pintu dan melalui dia wa terus menuju ke surau, hantar nasi.

Dalam kejadian seperti ini, semua manusia yang berada dalam banggunan mesti keluar. Termasuk wa, sebab wa pon manusia juga. Wa ingat kejap, tapi lama beb, wa tak boleh tunggu, maka wa serah balik kunci kat rception guys (nice black man), dan wa hantar wife ke school. Tapi wa terpaksa park lesen memandu provisional wa kat counter sebab orang kaunter pon manusia juga, kena keluar, ok

Lepas tu, wa terima panggilan telepon dari manusia juga, agen pencari kerja. Dia baca cv wa sebagai, awww mengancam beb cv wa tu, tapi wa mohon jawatan nurse. Dia lihat lagi current job wa cleaner. Maka dia suggest kat wa, agar ambil exam professional, lepas tu, data compeni dia menunjukkan bidang keje wa ni memang sangat diperlukan, hingga tahap kritikal, gitew.

A ah emang sich, asalnya wa pon mahu ambil exam tersebut, tapi mahal tuh. Part A GBP600. Part 2 GBP2250. Tak masuk lagi IELTS GBP100. So wa kata kat dia, wa tak ada duit you. Cuma boleh di fikirkan lagi, sebab bidang wa ni kalau keje gohmen boleh dapat GBP60k setahun, kalau private, up to GBP150k setahun. Awww kira jika wa lulus exam tu, Insya Allah tercapailah matlamat wa nak bawa balik GBP100k dari UK ni khanz.

Lalu wa surf kembali web profesional exam tu, eh lu all ... rasa wa lah, memang mereka ni tengah ketandusan pekerja seperti wa lah gamaknya, sebab syarat exam dah agak longgar berbanding Jun 2007 masa wa communicate dengan mereka dulu ni. Hi hi hi wa kena kuatkan semangat untuk jadi student lagi. Awwww ! ! ! Terseksa gitew

Lupakan sebentar bab keluar duit yang itu, ni nak keluar duit lagi, wife wa ajak ke Cardiff, ke rumah kawan wife wa, kawan wa gak lah khanz, dah lama mereka ajak, harap mereka tak merajuk sebab wa tak pegi pegi lagi rumah mereka. Rencananya esok Jumaat dalam jam 4 petang berangkat

OK manusia semua, doakan manusia dan manusia lain selamat pergi dan selamat balik. Daaaaaaa ! ! ! !



Zassss

Tuesday, 27 May 2008

LAW

Pagi hari 26 Mei 08 merupakan pagi hari pertama mak dan bak tak ada di rumah wa. Wa still rasa macam mereka ada je kat bilik dia.



Dan hari ini wa kena ambil semula keje wa lah, cuci pinggan, cuci baju dan mandikan Madeehah sebab wife wa bahagian tugas memasak dan kemas rumah. Tapi lu all jangan terpedaya sangat dengan kata kata wa tu, sebab wa buat keje tu sikit je, klaim je lebih.



Seperti biasa di hari cuti, wa bangun lambat sikit lah baby. Apa lagi subuh masuk jam 2:30 pagi khanz. Biasanya, bila wa turun bawah, saparan dah sedia you. Hari ni, kalau wife wa tak turun, tak ada lagi lah sarapan tersebut. Memula wa ingat nak pegi car boot sale. Tapi hujan pula. Ai sunyi betul lah.

Wa terus buka website emirates, track flight Mak dan Bak. Baru landed baby, 26 Mei 08, jam 2:04 petang waktu tempatan. Lebih kurang jam 7:04 waktu Birmingham, UK you ... jangan lupa, wa kat UK gitew. Maka dengan pantasnya, (seperti biasa gitew), terus wa call adik wa di KUL. Adik wa baru nak keluar rumah. Ala dari rumah wa, ikut jalan dalam tak pakai toll tu 30 minit jer.

Bicara pasal toll, dah 6 bulan wa tak bayo toll. Wa ingat lagi memori wa waktu di Malaya, hampir nak ke mana sahaja wa kena bayo toll, terluka sungguh jiwa wa ketika itu. Hidup dengan toll je. Macam macam ceta tentang toll. Toll baru, toll naik, toll sami, awwwww, tak relevan la toll sami ni, sami tadak, toll tetap ada

Beberapa jam lepas tu, my sister in law wa yang kiut tu call, kata mereka nak singgah overnight dari Scottland. Yeehaaa, lu all memang menceriakan jiwa wa. Heppening sungguh lah mereka tu. Pada petangnya, my brother in law wa yang tak kiut itew belanja budak budak main bowling, 100 m dari rumah wa. Di saat tersebut, angin sungguh kuat bertiup.

Direncanakan oleh majlis bandar Birmingham, malam nanti ada pertunjukkan bunga api. Lebih korang jam 9 malam kedengaran lah bunyi dentum dentam itew. Namun tak lama tuan tuan dan puan puan, lepas tu sunyi, sebab hujan lebat disertai angin kencang.

Makan malam kami terus disertai meeting untuk menyambut kehadiran adik wife wa serta isteri dan mother in law wa. Banyak sungguh LAW pada catatan kali ini. Ni belum lagi muncul surat LAW. AWWWWW ! ! !

Dah lah ... ngeri ! ! !

Sunday, 25 May 2008

Mak dan Bak balik Malaya


Masa baru baru sampai ke Birmingham, kami pergi ke Solihull Shopping centre. Datin Dr S bawa aiman dan Anas ke Bull Ring, maka kami pon bolehlah jalan jalan satu kereta. Thanks Datin.


Mak masa minggu pertama di Birmingham, dalam bilik dia. Sejuk you



Tetamu datang ke rumah. Masa ada mak, semua katering bereh.





Bagaimana kat Malaya begitu jugalah Mak di Birmingham. Tiap petang ada slot minum petang. Kueh tradisional gitew. Jadi we all tak rasa sangatlah rindu kueh Malaya tu. Tapi kini, wa tak taulah. Nasib baik wife wa dapat belajar pelbagai masakan Mak.









Mak dan Datin Dr S. Masa ni Datin bawa mak dan bak jalan jalan ke town centre. Dia nak tunjuk kat mak dan bak macam mana nak naik keretapi. Dengan tunjuk ajar dia, maka mak dan bak pon tak merasa kekok lagi untuk naik dan turun keretapi terutama untuk ke Preston.







Masa awal kedatang kami ke Birmingham ni, kami menerima ramai kunjungan dari warga Melayu Birm. Dari sinilah mak dan bak mula berkenalan dengan warga Melayu ni







Dan pada ketika ada perhimpunan seperti ini, lebih ramai lagi yang kami temui. Pada awalnya, memang rasa kurang kenal, tapi setelah 6 bulan di sini, dengan majlis ilmu dan acara lainnya, mereka sudah pon mesra dengan mak dan bak.







Tanpa di duga juga, mak dan bak bertemu kembali kawan lama mereka yang terputus hubungan hampir 40 tahun. Mereka diketemukan di Birmingham







Kalau mama dia ada, dia makan dengan mama dia, tapi kalau mama dia pergi school, dengan wanlah dia ke sana kemari, mengemas tak diam tangan, tau tau, tepung berselerak atas lantai, pinggan atas meja, susu tumpah dan segala macam kerajinannya. Malam tadi dia tanya wan ane? Tu Bak ane? A Dol ane?







Kalau dengan Tok Bak, dia mesti tunjuk guna komputer kat Tok Bak tu. Jadi Tok Bak terpaksalah buat helah larikan perhatiannya dari laptop tu. Kalau dengan Wan, dia duduk depan TV lihat CeeBeBe hingga tertidur. Kadang 10 minit, kadang 1 jam tak tido tido lagi. Kalau tak tido, Wan tak boleh masak, sebab dia mesti nak masak juga










Ada ketikanya, wa tak dapat hantar anak anak wa ke sekolah, maka Wan dan Tok Bak akan hantar. Banyak nasihat yang Wan bagi kat mereka ni. Lepas ni jaranglah mereka dengar nasihat Wan lagi. Tapi budak budak ni, macam span, kita bagi dia nasihat cepat masuk. Kalau dia tak guna waktu sekarang ni, suatu masa nanti dia pasti akan ingat semula apa yang kita katakan pada mereka sewaktu mereka kecil. Selain nasihat, Wan juga buat air Al Fatihah untuk mereka minum. Alhamdulillah, ia penyembuh penyakit dan pelembut hati Insya Allah





Bila waktu petang, anak anak wa ni heret lak Wan ke garden belakang. Main bola you, wa kata kat lu. Mana lah mereka tak ingat Wan. Wan kata kat wa, jaga anak anak baik baik. Jangan marah mereka, kesian mereka. Tegur mereka dengan kasih sayang. Itulah yang Wan buat pada wa dan adik adik wa masa wa kecik dulu.







Petang ni, wa haru sangat, tak ada lagi kedengaran suara Bak baca Al Quran. Bila lihat luar jendela, wa terpandang Wan jemur kain bila panas. Wa ingat senyum wan, yang tak putus putus suruh wa makan dan minum tu. Makanan sentiasa terhidang atas meja sepanjang masa. Nak ambik saja.















Bilik Mak dan Bak. Penuh barang you. Ada 3 kotak beso lagi barang mak dan bak yang wa kena cari jalan macam mana nak bawa balik.

























Inilah meja kerja Bak. Disinilah dia memembersih, mengilatkan, memperbaiki segala barangan car bootnya. Jadi sangat elok I tell you. Tapi ni gambo masa baru baru you. Makin lama makin banyak barang dalam bilik ni.




















Hi hi hi cameraman terpaksa ambil gamba sendiri












Mak sentiasa melayan kerenah cucu-cucunya. Lepas ni mereka pasti akan merasa kehilangan wan mereka. Ye lah khanz you all. Bab makan no hal punya. Sebelum pegi sekolah, wan sediakan, balik sekolah dah ada lunch. Bukan setakat lunch, tea pon ada, pelbagai kueh you wa cakap lu.





Mak dan Bak, dalam keretapi ke Preston. Kalau tak di Birmingham mereka akan ke Preston.




Tok Bak bergambo dengan salju you, pakai kain pelekat je wa kata kat lu. Mat salleh sebelah rumahwa pasti kagum gitew, awwwwww ! ! ! !




Winter sonata. Merasa juga Wan dengan salji.





Wan ni bukan boleh lama sangat bergambo, asik pikir pasal cucu cucu dia je.




Amalan tetap tak tinggal.



Kingsbury Park, Barbeque warga Malaya di Birmingham





Ni barbeque gak, tapi di rumah teman wa di Solihull


Mak dan Bak di bilik Dol di Preston.




You see, mak communicate online guna webcam ke Malaya you. Wa rasa lu all pon kena gak ajar orang tua lu all teknologi ni tau


Nilah cucu Wan. Lembut je dia sebut nama Wan dia. Sejak sampai memang dengan Wan lah dia ni. Dengan Tok Bak dia asik tolak je. Tapi masa Tok Bak nak keluar rumah nak ke airport, dia peluk Tok Bak you. Wa terlepas lah moment tersebut.



Mak dah sangat mahir dengan selok belok car boot sale dan cara tekan harga baik punya. Jadi kalau lu all nak ber car boot sale, tanyalah Wan ye. FREE je consultation tu. Cuma lu all jangan tanya dia apa nama tempat tu, bukan apa takut dia kata Sg Lembing lak, awwwwww ! ! ! Pasal nama tempat dan jarak ni memang dia fail you



Kadang kadang Mak akan ikut Bak jalan jalan sekitar rumah wa ni. Ni mereka jumpa mat salleh mancing ikan tepi canal. Kalau di Preston, rutin mereka memang jalan keluar rumah setiap pagi. Kat Birmingham ni terhad sikit. Kesian mereka. Wa tak dapat sediakan kemudahan yang terbaik untuk mereka selama mereka di Birmingham.


11 Mei 08, Hari Ibu dan hari lahir wa. Selamat hari Ibu, Mak. Sejak wa start keje, 1997, wa tak pernah jauh dari mak dan bak. Rumah wa pon dekat je dengan rumah mak. Hari hari wa dapat lihat wajah mak dan bak. Ikut sunnah Nabi saw tu kalau lu all nak tau. Kini, susah sikitlah hidup wa, sebab tak dapat lihat wajah mereka ikut suka hati wa. Kalau tak, bila nak lihat wajah mereka depan mata je. Tapi tak apa lah lu all, lu all jangan risau kat wa ye lu all. Wa ada webcam. Insya Allah tak jadi masalah. Cuma satu je, perbedaan waktu je yang sulit, dan tak dapat cium tangan mak dan bak setiap kali wa nak keluar rumah. huuuwaaaaaaaaa ! ! ! !



Best nya waktu ini. Dapat bawa mak dan bak jalan jalan. Wa tak taulah mereka suka atau tak. Wa harap sangat mereka suka. Yelah khanz, wa bukannya golongan berada gitew. Namun jauh di lubuk hati, wa rasa memang wa tak menjaga mereka dengan baik sewaktu mereka berada di sini.



Tok Bak dengan kameranya, fuh nasib baik ada kamera dia, gambo clear beb wa cakap lu. Lepas ni wa kena beli gaklah kamera digital ni. Wan pulak, tak lekang dari cucu cucunya, terutama Madeehah lah khanz




Maisarah dah 4 minggu tidur dengan Wan dan Tok Bak selepas dia tau Wan dan Tok Bak nak balik Malaya.


Peeeweeetttt ! ! !



Pose istemewa, tak pakai gigi pelsu tu


Bab makan, no hal punnya




Hui boleh buat botok botok, bubur lambuk, dan macam macam lagi lah ni. Semua pucuk ada kat sini, The Eden Project




Che .. Tok Bak di tepi air terjun buatan. Eh tak tau lah wa ia buatan atau memang aseli



Ayah Dol memang rapat ngan Wan. Wa respek lah tang ni.



Dan inilah cucu kesayangan Wan. Aiman ni garang sikit, ada darah panglima lah katakan. Namun dia tak pernah meninggi suara kat Wan dia walaupon sekali.



Amir ni memang selalu menjadi punca Wan ketawa. Dia menangis pon orang lain boleh ketawa. hebat sungguh lah Amir ni




Kasih Ibu, tetap ingat anak-anak dia walau dimana dia berada. Itulah sebab agaknya, dia selalu di hati anak anaknya walau dimana jua mereka berada. Ni satu ilmu ni. Bukan senang you nak buatkan hati anak anak tertaut ke ibu, walau itu adalah fitrah manusia


Aktif khanz Amir ni



Wa tak sempat bawa mereka berjalan jalan di Bath. Cuma sempat bawa mereka ke sini. Nak ke stonehenge poscode pulak salah.



Dua sejoli, awwww ! ! !



Hanya Maisaah dan Amir dapat hantar Wan dan Tok Bak di airport sebab kereta tak muat. Wan kasi cucu dia sorang GBP2.00. Terima kasih Wan. Terima kasih gak pada Tok Dah sebab bagi mereka seorang GBP2.00.

Jangan nakal nakal, pesan Tok Bak pada Maisarah



Satu beg terpaksa ditinggal sebab lebih berat

Ayah Dol sedih ke ayah Dol? Tak pelah Ayah Dol dah nak balik tak lama lagi, wa ni masih lama kat sini. Dengo ceta abang ipo wa pulak nak kena pindah ke USA atau ke Nippon. Maka wa tertinggal lah di UK ni sekeluarga je. Sunyi you. Macam ni Wan ngan Tok Bak kena datang teman kami di sini lagi lah, khanz. Baru fair gitew


Selamat jalan Mak dan Bak, jangan serik datang dan tinggal bersama kami lagi ye. Kami tau kami nakal, kami tak ikut kata Mak dan Bak, kami macam bagus jek, awwwwww ! ! ! tapi kami sangat sayang kat Mak dan Bak. Kami benar benar merasa kasih sayang Mak dan Bak selama Mak dan Bak berada di sini. Please come again. Kita jalan Europe lak lepas ni.

Daaaaaa ! ! !

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ