Friday, 16 May 2008

Riviere Sands Caravan Site Cornwall






Peta England











South West England



Cornwall


Riviere Sands Caravan




Sepanjang jalan hujan. Kalau tak lebat, renyai. Dalam but belakang wa tu ada 4 biji bantal (ehem, goose feather you, haa lu tak tau apa tu? sah lu memang villi)







Balik kerja jam 8:20 pagi, wa makan dan mandi. 9:20 pagi wa, wife wa dan Dol, pergilah ke National Car Hire, 18-20 Bristol Street. Jangan silap ye tuan tuan dan puan puan. Kat sini ada dua jalan Bristol. Pertama Bristol Street, kedua Bristol Road.

Sebelum tu kami dah book kereta sewa, Ford Mondeo Estate dari 16 Mei – 20 Mei 08. Wa book online melalui website http://www.autoeurope.com/. Diskaun 10% dari harga pasaran, GBP147.47. Permainannya di sini begini. Booking kena bayar ke autoeurope car hire, ambil kereta kat mana tempat yang senang bagi kita. Ada banyak rental car bernaung dibawah autoeurope ni.

Deposit dan segala hal lain kena bayar di rental car terbabit sewaktu mengambil kereta. Semua tempahan mesti melalui kredit kad. Ini satu masalah bagi wa, kerana wa dah terminate semua kredit kad wa. Kearah bebas hutang, lu all lupa ke?. Nasib baik ada kredit kad wife wa. Penting sebenarnya kredit card ni untuk hal hal sedemikian

Ini bukanlah website pertama yang wa jumpa. Sebelum ke sini wa pilih rental car termurah ni di pasaran. Lenkali lu all boleh surf kat http://www.travelsupermarket.com/ ye. Kek situ lu all boleh lah surf untuk apa sahaja yang terlintas dalam sanubari lu all. Tujuannya untuk dapatkan rege termurah.

Masa nak bayar secara online kredit kad tu declined. Jadi wa call customer care. Dari dia wa tau, selain dari wa kena bayar harga sewa kete, wa juga kena bayar doposit. Lu all mesti nak tau berapa khanz, GBP700 cik kiah. Deposit ni kena bayo masa nak ambil kete.

Oleh kerana kredit kad tak lepas, maka wa terpaksa buat bayaran melalui kredit kad secara telepon. Baru boleh you, sengsara gak lah wa you know. Nasib baik telepon FREE. Terima kasih pada http://www.nonoh.net/. Bab nonoh ni kena ceta di lain chapter ok. Jangan mengada ngada nak suruh wa ceta sekarang, nanti wa lupa pula apa yang nak wa kata. Biasalah khanz, wa khanz jejaka tampan yang pelupa. Lu all pelupa juga kah? Jika lu all pelupa, kemungkinan besar lu all juga tampan

Fuh panjang sungguh mukadimahnya. Maka sampailah wa ke meja sewa kete tu. Bagi confirmation letter dari autoeurope kat staff yang peramah gile tu. Dia tak tau yang wa berdebar debar ni. Wa takut tak dapat ambil kete je, sebab wa lupa bawa passport.

Tapi tak mengapa tuan tuan dan puan puan, dia minta lesen memandu wa, wa bagi lesen international ok, jangan main main. Setelah semak computer, dia kata wa kena bayo deposit, awwwww ! ! ! lega, maknanya lepaslah tu, lebih lega lagi, jumlahnya hanya GBP70 bukan GBP700, untuk cover duit minyak jika wa tak sempat tuang minyak penuh masa pulangkan kete tu. Alamak ai leganya wa, Alhamdulillah. Lu all, sepanjang perjalanan nak ambil kete tadi wa berdoa memohon pada Allah swt agar segala urusan kami lancar dan dipermudahkan oleh Allah swt. Bacalah juga doa Rabbi Yassir wa la tu as’sir (makhraj huruf kena guna Arab tuan tuan dan puan puan)

Banyak gak pesanan staff tu pada wa, wa angguk sakan beb, ok, ok, hingga mamat tu sangat berpuas hati dengan penerangannya, mesti dia rasa penerangannya macam excellence gitew. Lepas tu wa tanya wife wa, apa dia kata? Sikit habuk pon wa tak faham, benar you pengakuan wa ni. Ha jadi jangan pandang dengan hidung sahaja kepentingan bahasa kedua ni

Kete yang wa dapat bukan Ford tapi VW Passat Estate 1.9 CDI (Passi mat salleh tu sebut). Canggih gak kete ni, kunci dia pon dah lain macam. Hand brakenya pakai tekan butang je baby, wa cakap lu. Tak yah nak peras tenaga tarik sekuat sanubari

Awwww panjang leba wa ceta kat lu, wa sangat pasti lu all tak tau kemana arah tuju wa hingga sewa kete sakan ni khanz. Tengok, wa tau lu tak tau, jangan tipu wa. Wa nak gi Cornwall baby (sebutannya Kernaw, pelik khanz, ha jangan pelik lagi sehingga lu all pegi Dublin). Cornwall ni hujung South West England. Duduk dekat dekat dengan Land’s End, menghadap Lautan Atlantik nan biru itew.

Tujuan guna kete estate pulak, selain satu kete tak muat, wa hangkut segala macam makanan siap mahupon yang mentah, beserta keperluan penginapan selama 4 hari 3 malam, termasuk Iqra dan Quran anak wa. Mama dia pasti tak bagi cam mereka tu lepas dari mengaji ni. Dan aksi menangis dan berkejar berambat pasti berulang lagi, awwwww. Eh kalau we all pegi Amsterdam nanti, we all pinjam lu punya Quran je la F ye.

Kami tinggal di caravan, di Riviere Sands, 3 bilik, ada lounge, dining area, kitchen, toilet dan bathroom. Kami book di http://www.havenholidays.com/ . Ia benar benar pengalaman baru bagi kami. Dan juga bagi lu all yang tak pernah duduk kat caravan lah, but don’t worry makcik dan pakcik yang berada di seluruh dunia, wa pasti akan hidangkan gambo gambo menarik bagi memberikan kefaham maksimum buat lu all. Lu all pasti tau akan kebaikan hati wa membentangkan photo photo ni khanz. Ok wat, tapi psssstttt, ada gak yang tak puas hati you tang gambo gambo ni. Awwwww, kesian depa, tapi wa terpaksa, hi hi hi, sowi, wa hanya manusia biasa yang baik hati

Komen wa setelah sampai ke tempat penginapan, errrrrrr … berat wa nak luahkan, namun, ia tak seperti iklan dalam website mahupon tv. Caravannya moden dan cantik, namun anak wa kata swimming pool dan taman permainannya tak best lah. Sempat gak wa jeling, memang play ground dia macam tak best. Berkarat ! ! ! Tepi lautlah kata khanz

Tapi oklah baby, bukannya mahal pon. GBP196 JERRRR ! ! ! Untuk 4 hari dan 10 orang pulak tu. Kalau nak bandingkan hotel, lagi mahal, lagipon ini adalah pengalaman yang lu pasti tak akan jumpa di Malaya yang gemilang cemerlang dan terbilang itu. Memang benar apa yang wa kata tu. Pengalaman tinggal di sini memang best. Percayalah kata kata wa ini

Waktu siang dah panjang sekarang, maka sempat kami pegi tinjau persisiran lautan Atlantik, sejuk you, tapi anak anak wa selamber rock je main tepi tepi rock tu. Wa duduk je atas tiko sambil menghirup English tea dan kek pisang. Burung camar berterbangan di langit nan mendung, sesekali menjunam ke dalam lautan menangkap ikan yang berenang di permukaan. Nun jauh di hujung sana kelihatan kabus menutupi hingga mengaburkan pemandangan kehijauan rumput rumput dan tebing batu 90 derajat nan tinggi itu. Rumah banglo di sepanjang tebing tinggi pantai kebanyakannya dicat putih menambah seri pemandangan lukisan alam ciptaan Ilahi. Awwwww bila lu all nak datang sini you?





Sekitar caravan wa



Nilah caravan wa dan kete Passi tu





Amboi pantai nya. Mat Salleh kata pantainya cantik pasirnya putih ... depa ni tak pegi lagi Tioman lah, depa tak tau apa definisi pasir putih menurut wa. Cik TOM sekalian, pasir putih ikut dictionary wa adalah memang putih dan halus




Anas


Fuh tapi memang cantik view ngadap Lautan Atlantik tersebut



Lama dah tak jumpa shell, sekali jumpa jadi ingat ingat lupa gitew




Best berendam dalam pasir laut ni. Tapi perlu diingat, sojuk komain duduk dalam tanah tu




What say you?
















This is the famous 'The Bluff', cafe menghadap laut atas bukit. Mengasyikkan baby, wa cerita kat lu




Gabungan keindahan alam dan makhluk antara bumi dan langit


Lalu camar pon membuat sarang

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ