Minggu ini tiap pagi bila bangun untuk pergi keje, wa rasa seperti kepakaran wa telah disia siakan. Profesionalism wa ditaburkan untuk mengeraskan tangan menghayun penyapu, berus, mop, berus toilet bowl dan sebagainya. Hingga pada satu tahap wa merasa seperti seakan akan wa dah lost touch terhadap kesenian dan kehalusan pekerjaan wa sebelum ini. Awwww quiz mengenai siapa diri wa ... kalau lu al pandai lu all teka ye.
Ia dikuatkan lagi dengan email dari Dato' RM (macam duit je khanz, tapi beliau adalah seorang yang HUMBLE you, percayalah kata wa). Beliau kata, wa ni macam tipikal Melayu. Get out of the box and see yourself from outside. Awwwww ! ! ! what's that ? Kalau lu all masih tak tau, mulai sekarang kalau pergi jenjalan di shopping complek, jadikan list pertama lu all adalah menuju ke kedai buku.
Fikiran kita telah dikotakkan. Terselubung sangat indah, hingga kita merasa amat sayang untuk membuka selubung indah tersebut. Maka kita telah terlepas banyak peluang. Lu all, tak semestinya jika kita ada degree perubatan, kita tak boleh jadi angkasawan, atau bila kita ada degree akuntan kita tidak boleh menjadi jutawan internet. Atau bila kita ada ijazah kejuruteraan, kita hanya boleh menjadi jurutera. Atau kita tidak boleh bekerja di luar negara?
Namun teman tanpa kita sedari ramai Melayu kini telah mula berubah dan keluar dari kepompong penjajahan. Jadi jangan ketinggalan. Terima kasih pada TDM. Wa jumpa ramai kawan Melayu, bekerja dan berjaya di luar negara. F salah seorang Melayu yang bekerja di Amsterdam Belanda, menggunakan bahasa Belanda. S di Jeddah menggunakan bahasa Arab dan ramai lagi tuan tuan dan puan puan. Ini belum lagi termasuk mereka yang aktif dalam bisnis internet, yang client mereka berada di seluruh pelusuk donia.
Anjakan paradigma yang terhasil dari cetusan hati Dato' RM tersebut menyebabkan wa tersentak lagi. Lalu kandungan buku yang wa baca sebelum ini (Rich Dan Poor Dad - Robert T Kiyosaki, Think and grow rich, Towards Understanding Islam - Sayyid Abul A'la Mawdudi dsb), seakan berlari seiringan dengan cetusan rasa tersebut. Dunia ini tiada halnya kepada Allah swt. Kerajaan Allah swt jauh lebih besar dari dunia fana ini. Maka tak ada hal bagi Allah untuk memberikan dunia ini kepada sesiapa sahaja. Namun, tak semua orang dapat memanfaatkannya. Kerana kebanyakan kefahaman kita hanya mengambil sebahagian sahaja dari apa yang patut kita ambil. Kita terlepas pandang bahawa selain suatu yang telah ditetapkan, manusia juga diberi pilihan dan kekuatan dalam membuat pilihan.
Sebagai makhluk, manusia seperti makhluk yang lain tertakluk kepada dua keadaan. Keadaan pertama adalah ketetapan azali yang sudah semestinya mengikut undang undang alam dan terikat erat kepadanya (mati, semua makhluk akan mati, makan, kalau tak makan jadi lapo, kalau tak tido jadi ngantuk, bulan memantulkan cahaya, matahari sumber cahaya, planet berada di orbitnya tanpa tergelincir sedikitpon, sel kulit yang mesti melindungi tubuh, jantung yang mesti mengepam, kuku yang pasti tumbuh, dsb).
Keadaan kedua, manusia telah diberikan kekuatan berfikir dan membuat keputusan, untuk memilih dan menolak. Manusia telah diberi kebebasan untuk beradaptasi terhadap apa juga pilihan dalam kehidupannya. Selaras dengan kebebasan tersebut juga, manusia akan dipertanggungjawabkan tanpa terlepas walau sebesar zarah pon. Errr ... at this point, please further your investigation from those who are eligible to elaborate precisely. I'm not expert in this field.
Lu all, bila kita kata tanya diri kita BAGAIMANA kita boleh dapat suatu yang kita inginkan, Insya Allah, Allah swt akan memampangkan pelbagai cabang jalan dihadapan kita untuk kita pilih. Perasaannya seperti apabila kita duduk dalam bilik yang gelap. Di hadapan kita ada tingkap. Kita ada dua pilihan. Pertama kita tutup tingkap tersebut, maka kita tak dapat melihat apa apa. Yang ada hanyalah apa yang telah berada dalam kamar tertutup tersebut yang diterangi sedikit cahaya terhad. Lalu kita berkata kepada diri kita, hanya inilah sahaja yang kita ada dan kita tak mampu berbuat lebih dari apa yang terlihat dalam bilik tersebut
Kita juga boleh pergi ke arah tingkap, dan berusaha sedikit untuk meyelak daun tingkap agar cahaya luar dapat masuk ke dalam bilik gelap kita, hingga bukan sahaja kita dapat melihat apa yang ada disekeliling kita dengan lebih jelas, malah kita juga boleh melihat dunia yang sangat luas di luar dari bilik gelap kita tadi. Pilihan kita jaga menjadi semakin bertambah
Ye tuan tuan dan puan puan, Insya Allah wa akan update tentang kekuatan terbaru wa ni. Terima kasih Dato'. Tapi kalau wa tak maju, Insya Alla wa yakin, lu all tak akan dapat update dari wa.
No comments:
Post a Comment