Sunday, 11 May 2008

11 May 2008

Selamat Hari Ibu.

Pagi lagi wa dah terima SMS dari adik wa, CHO.

To MAK .... Erti pengorbanan seorang IBU. Melahir, membesar, mendidik, memberi kasih sayang, pelajaran, wang ringgit, sehingga anak dewasa. Apabila berkahwin selain anak, menantu pula diberi nasihat, teguran, doa restu. Bila cucu dilahirkan, ibu juga yang ambil berat, melayan kerenah, menjaga, membelai, bersusah payah kerana cucu pula. Itu serba sedikit pengorbanan seorang yang bernama IBU. Terima kasih MAK. Happy Mother's Day. Jasamu dikenang. We love you from C, E, D, D, D

Wa nak tambah sikit lagi, pengorbanan paling besar IBU adalah memaafkan segala salah silap anak anak hingga tiada lagi dosa antara IBU dan anak, bila tiada dosa, yang keluar dari mulut IBU mahupon yang tersimpan dalam hati adalah doa yang baik baik belaka, hingga membantu anak anak dalam kehidupan mereka seterusnya.



Bak dan Mak, di Birmingham UK




11 May adalah hari lahir wa yang ke 30-an, dah beso dah wa ni. Kek ni dibuat oleh semua anak anak wa, yang dipresidenkan oleh wife wa. Ising oleh Aiman, sebab tu ada smiley, pengaruh internet tu. Maka pada pagi tersebut wa dapat kek hari jadi, dan pulut kuning you, tak sangka I, you know, awwwww ! ! !



Kebetulan hari lahir wa sama dengan Kak A, yang berjiran dengan wa. Wa sungguh berterima kasih kepada dia dan suaminya, J, kerana sudi membawa ibubapa wa tumpang kereta mereka ke Studley, the biggest car boot sale dalam negeri bagian West Midlands. Maklumlah, jika tidak, tak merasalah Mak ikut kami. Seat tak cukup


Sampai saja, wife wa terus ternampak vision. 6 pcs, GBP12. Nampak macam tak pernah pakai. Balik terus samak, tanah liat tu Bak yang cari. Memang sentiasa ada di rumah wa






Beginilah keadaan car boot sale tersebut. Inilah kali pertama ia dibuka dalam tahun 2008. Lain kali kalau lu all nak pegi sini, wa nasihatkan lu all bertolak dari rumah jam 6 pagi. Dah terang dah tu cik Kiah. Jam 4:30 pagi matahari dah naik. Bukan apa cik Kiah tau, orang ramai, jadi jem cik Kiah. Lagi pon cik Kiah khanz, tempat ni beso, wa kata, atas padang bukit bukau, kalau lu all datang pagi, suhu masih dingin, matahari belum memancar terik, (dah nak summer khanz).



Cumanya rugi sikit kalau datang awal ni, kerana harga masih agak tinggi. Soft toy ni kalau dah tengah hari mereka jual 30 pence je berbanding GBP1.50 waktu pagi.





Hadoi, penat wa berjalan, sayup mata memandang. Ha lagi satu, bawa sun glasses ye. OOOOh lupa pulak wa akan satu hal lagi. Cuaca agak panas, mat salleh ni bukan tahan panas, lagi pon mereka bukan boleh lihat matahari, rindu gitew. Jadi siap la, you know what I mean.




6 comments:

Anonymous said...

oh! happy (belated 3 hari)besday encik dentist! carboot itu kelihatan menarik sekaliii!

Dentist and Me said...

Alamak ai cik Cibil, janganlah panggil I Encik Dentist, malu I you know. Lagi pon, kalau persatuan dentist tau you call me encik Dentist, tentu mereka marah you sampai merah padam muka depa you know

Anonymous said...

ehehehe dah tu nak panggil apa? panggil encik aje lah ek.. hihi

Dentist and Me said...

En Ensem, En Macho, En Humble, wa akui semua tu benar belaka, awwwwwww ! ! !

Anonymous said...

happy belated besday.

Dentist and Me said...

Hi anonymus, wa rasa lu ni pakar bidang angkasa lepas tu khanz. Terima kasih atas nasihat lu tu ye, kalau lu ni betul pakar tu la, ok baby, daaaaa

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ