Masa baru baru sampai ke Birmingham, kami pergi ke Solihull Shopping centre. Datin Dr S bawa aiman dan Anas ke Bull Ring, maka kami pon bolehlah jalan jalan satu kereta. Thanks Datin.
Mak masa minggu pertama di Birmingham, dalam bilik dia. Sejuk you
Tetamu datang ke rumah. Masa ada mak, semua katering bereh.
Bagaimana kat Malaya begitu jugalah Mak di Birmingham. Tiap petang ada slot minum petang. Kueh tradisional gitew. Jadi we all tak rasa sangatlah rindu kueh Malaya tu. Tapi kini, wa tak taulah. Nasib baik wife wa dapat belajar pelbagai masakan Mak.
Mak dan Datin Dr S. Masa ni Datin bawa mak dan bak jalan jalan ke town centre. Dia nak tunjuk kat mak dan bak macam mana nak naik keretapi. Dengan tunjuk ajar dia, maka mak dan bak pon tak merasa kekok lagi untuk naik dan turun keretapi terutama untuk ke Preston.
Masa awal kedatang kami ke Birmingham ni, kami menerima ramai kunjungan dari warga Melayu Birm. Dari sinilah mak dan bak mula berkenalan dengan warga Melayu ni
Dan pada ketika ada perhimpunan seperti ini, lebih ramai lagi yang kami temui. Pada awalnya, memang rasa kurang kenal, tapi setelah 6 bulan di sini, dengan majlis ilmu dan acara lainnya, mereka sudah pon mesra dengan mak dan bak.
Tanpa di duga juga, mak dan bak bertemu kembali kawan lama mereka yang terputus hubungan hampir 40 tahun. Mereka diketemukan di Birmingham
Kalau mama dia ada, dia makan dengan mama dia, tapi kalau mama dia pergi school, dengan wanlah dia ke sana kemari, mengemas tak diam tangan, tau tau, tepung berselerak atas lantai, pinggan atas meja, susu tumpah dan segala macam kerajinannya. Malam tadi dia tanya wan ane? Tu Bak ane? A Dol ane?
Kalau dengan Tok Bak, dia mesti tunjuk guna komputer kat Tok Bak tu. Jadi Tok Bak terpaksalah buat helah larikan perhatiannya dari laptop tu. Kalau dengan Wan, dia duduk depan TV lihat CeeBeBe hingga tertidur. Kadang 10 minit, kadang 1 jam tak tido tido lagi. Kalau tak tido, Wan tak boleh masak, sebab dia mesti nak masak juga
Ada ketikanya, wa tak dapat hantar anak anak wa ke sekolah, maka Wan dan Tok Bak akan hantar. Banyak nasihat yang Wan bagi kat mereka ni. Lepas ni jaranglah mereka dengar nasihat Wan lagi. Tapi budak budak ni, macam span, kita bagi dia nasihat cepat masuk. Kalau dia tak guna waktu sekarang ni, suatu masa nanti dia pasti akan ingat semula apa yang kita katakan pada mereka sewaktu mereka kecil. Selain nasihat, Wan juga buat air Al Fatihah untuk mereka minum. Alhamdulillah, ia penyembuh penyakit dan pelembut hati Insya Allah
Bila waktu petang, anak anak wa ni heret lak Wan ke garden belakang. Main bola you, wa kata kat lu. Mana lah mereka tak ingat Wan. Wan kata kat wa, jaga anak anak baik baik. Jangan marah mereka, kesian mereka. Tegur mereka dengan kasih sayang. Itulah yang Wan buat pada wa dan adik adik wa masa wa kecik dulu.
Petang ni, wa haru sangat, tak ada lagi kedengaran suara Bak baca Al Quran. Bila lihat luar jendela, wa terpandang Wan jemur kain bila panas. Wa ingat senyum wan, yang tak putus putus suruh wa makan dan minum tu. Makanan sentiasa terhidang atas meja sepanjang masa. Nak ambik saja.
Bilik Mak dan Bak. Penuh barang you. Ada 3 kotak beso lagi barang mak dan bak yang wa kena cari jalan macam mana nak bawa balik.
Inilah meja kerja Bak. Disinilah dia memembersih, mengilatkan, memperbaiki segala barangan car bootnya. Jadi sangat elok I tell you. Tapi ni gambo masa baru baru you. Makin lama makin banyak barang dalam bilik ni.
Hi hi hi cameraman terpaksa ambil gamba sendiri
Mak sentiasa melayan kerenah cucu-cucunya. Lepas ni mereka pasti akan merasa kehilangan wan mereka. Ye lah khanz you all. Bab makan no hal punya. Sebelum pegi sekolah, wan sediakan, balik sekolah dah ada lunch. Bukan setakat lunch, tea pon ada, pelbagai kueh you wa cakap lu.
Mak dan Bak, dalam keretapi ke Preston. Kalau tak di Birmingham mereka akan ke Preston.
Tok Bak bergambo dengan salju you, pakai kain pelekat je wa kata kat lu. Mat salleh sebelah rumahwa pasti kagum gitew, awwwwww ! ! ! !
Winter sonata. Merasa juga Wan dengan salji.
Wan ni bukan boleh lama sangat bergambo, asik pikir pasal cucu cucu dia je.
Amalan tetap tak tinggal.
Kingsbury Park, Barbeque warga Malaya di Birmingham
Ni barbeque gak, tapi di rumah teman wa di Solihull
Ni barbeque gak, tapi di rumah teman wa di Solihull
Mak dan Bak di bilik Dol di Preston.
You see, mak communicate online guna webcam ke Malaya you. Wa rasa lu all pon kena gak ajar orang tua lu all teknologi ni tau
Nilah cucu Wan. Lembut je dia sebut nama Wan dia. Sejak sampai memang dengan Wan lah dia ni. Dengan Tok Bak dia asik tolak je. Tapi masa Tok Bak nak keluar rumah nak ke airport, dia peluk Tok Bak you. Wa terlepas lah moment tersebut.
Mak dah sangat mahir dengan selok belok car boot sale dan cara tekan harga baik punya. Jadi kalau lu all nak ber car boot sale, tanyalah Wan ye. FREE je consultation tu. Cuma lu all jangan tanya dia apa nama tempat tu, bukan apa takut dia kata Sg Lembing lak, awwwwww ! ! ! Pasal nama tempat dan jarak ni memang dia fail you
Kadang kadang Mak akan ikut Bak jalan jalan sekitar rumah wa ni. Ni mereka jumpa mat salleh mancing ikan tepi canal. Kalau di Preston, rutin mereka memang jalan keluar rumah setiap pagi. Kat Birmingham ni terhad sikit. Kesian mereka. Wa tak dapat sediakan kemudahan yang terbaik untuk mereka selama mereka di Birmingham.

11 Mei 08, Hari Ibu dan hari lahir wa. Selamat hari Ibu, Mak. Sejak wa start keje, 1997, wa tak pernah jauh dari mak dan bak. Rumah wa pon dekat je dengan rumah mak. Hari hari wa dapat lihat wajah mak dan bak. Ikut sunnah Nabi saw tu kalau lu all nak tau. Kini, susah sikitlah hidup wa, sebab tak dapat lihat wajah mereka ikut suka hati wa. Kalau tak, bila nak lihat wajah mereka depan mata je. Tapi tak apa lah lu all, lu all jangan risau kat wa ye lu all. Wa ada webcam. Insya Allah tak jadi masalah. Cuma satu je, perbedaan waktu je yang sulit, dan tak dapat cium tangan mak dan bak setiap kali wa nak keluar rumah. huuuwaaaaaaaaa ! ! ! !
Best nya waktu ini. Dapat bawa mak dan bak jalan jalan. Wa tak taulah mereka suka atau tak. Wa harap sangat mereka suka. Yelah khanz, wa bukannya golongan berada gitew. Namun jauh di lubuk hati, wa rasa memang wa tak menjaga mereka dengan baik sewaktu mereka berada di sini.
Tok Bak dengan kameranya, fuh nasib baik ada kamera dia, gambo clear beb wa cakap lu. Lepas ni wa kena beli gaklah kamera digital ni. Wan pulak, tak lekang dari cucu cucunya, terutama Madeehah lah khanz
Maisarah dah 4 minggu tidur dengan Wan dan Tok Bak selepas dia tau Wan dan Tok Bak nak balik Malaya.
Maisarah dah 4 minggu tidur dengan Wan dan Tok Bak selepas dia tau Wan dan Tok Bak nak balik Malaya.
Peeeweeetttt ! ! !
Pose istemewa, tak pakai gigi pelsu tu
Bab makan, no hal punnya
Hui boleh buat botok botok, bubur lambuk, dan macam macam lagi lah ni. Semua pucuk ada kat sini, The Eden Project
Che .. Tok Bak di tepi air terjun buatan. Eh tak tau lah wa ia buatan atau memang aseli

Ayah Dol memang rapat ngan Wan. Wa respek lah tang ni.
Dan inilah cucu kesayangan Wan. Aiman ni garang sikit, ada darah panglima lah katakan. Namun dia tak pernah meninggi suara kat Wan dia walaupon sekali.
Amir ni memang selalu menjadi punca Wan ketawa. Dia menangis pon orang lain boleh ketawa. hebat sungguh lah Amir ni
Kasih Ibu, tetap ingat anak-anak dia walau dimana dia berada. Itulah sebab agaknya, dia selalu di hati anak anaknya walau dimana jua mereka berada. Ni satu ilmu ni. Bukan senang you nak buatkan hati anak anak tertaut ke ibu, walau itu adalah fitrah manusia

Aktif khanz Amir ni
Wa tak sempat bawa mereka berjalan jalan di Bath. Cuma sempat bawa mereka ke sini. Nak ke stonehenge poscode pulak salah.
Dua sejoli, awwww ! ! !
Hanya Maisaah dan Amir dapat hantar Wan dan Tok Bak di airport sebab kereta tak muat. Wan kasi cucu dia sorang GBP2.00. Terima kasih Wan. Terima kasih gak pada Tok Dah sebab bagi mereka seorang GBP2.00.
Jangan nakal nakal, pesan Tok Bak pada Maisarah
Jangan nakal nakal, pesan Tok Bak pada Maisarah
Satu beg terpaksa ditinggal sebab lebih berat
Ayah Dol sedih ke ayah Dol? Tak pelah Ayah Dol dah nak balik tak lama lagi, wa ni masih lama kat sini. Dengo ceta abang ipo wa pulak nak kena pindah ke USA atau ke Nippon. Maka wa tertinggal lah di UK ni sekeluarga je. Sunyi you. Macam ni Wan ngan Tok Bak kena datang teman kami di sini lagi lah, khanz. Baru fair gitew

Selamat jalan Mak dan Bak, jangan serik datang dan tinggal bersama kami lagi ye. Kami tau kami nakal, kami tak ikut kata Mak dan Bak, kami macam bagus jek, awwwwww ! ! ! tapi kami sangat sayang kat Mak dan Bak. Kami benar benar merasa kasih sayang Mak dan Bak selama Mak dan Bak berada di sini. Please come again. Kita jalan Europe lak lepas ni.
Daaaaaa ! ! !
No comments:
Post a Comment