Awal pagi Ahad, Brother in Law wa sekeluarga sampai dari London. Memula wa ingat nak pegi jalan ke Devon bersama mereka. Namun kerana mereka nak berjalan ke Belanda dan Belgia next week, maka hasrat kami terpaksa dibatalkan. Lagi pon adik wa yang di Preston dan nak exam, jadi tak boleh minta khidmat dia membawa kereta sewa, al maklum tuan tuan dan puan puan, keluarga I ramai gitew
Memula pagi ni kami bercadang nak ke Studley, dengar cerita burung, ia adalah car boot sale terbesar dalam Negwri bahagian West Midlands. Tapi, cuaca tak berapa baik, maka Studley telah ditutup sejak ke sekelian kalinya. Sepatutnya menurut jadual ia dah mula dibuka sejak April lagi.
Jadi seperti biasa, fikiran wa yang pantas ini terus membuat keputusan membawa mereka ke Belfry car boot. Hi hi hi, maid BIL wa kata, kat Surrey, car boot nya kecil sahaja, awww. Kebetulan hari ni banyak lak booters dan barangannya pon agak baik belaka. Itupon banyak booters yang dah balik sebab hujan rintik rintik.
Kawasan ni adalah sekitar padang car boot sale tersebut. Tanaman dah berbunga. Kalau tak silap wa ini adalah tanaman canola oil. Kuning macam karpet you
Setelah ke car boot sale, wa bawa mereka ke barbeque tahunan masyarakat Malaysia di Birmingham. Acara ini berlangsung di Kingsbury Water Park. Masuk GBP2.50 per kereta. Kali ini terdapat 3 keluarga menyumbangkan kambing aqiqah. Meriah gitew. Ramai yang datang. Itupon tak semua berkesempatan, ada gak yang telah mendahului cuti persekolahan dengan membawa anak anak mengembara ke seluruh pelusuk negara Britain ini.
Kami sampai agak awal. Kalau nak ikutkan perjanjian, kami tak lah awal sebenarnya, memandangkan acara sepatutnya bermula jam 12 tengahari. Jadi kami me Lay Park lah dulu kat tepi tasek tu. Banyak angsa, itek dan sebangsa dengannya berenang renang pamer skill masing masing
Tak dapat juga
Pon tak dapat. Tapi kira ok lah sebab dia sanggup melayan adiknya
Seperti biasa, anak wa ni, mana boleh senang hati kalau tak membantu. Rajin cik Kiah, wa cakap lu. Lu lupa ke?
Stesen keretapi mini. Depa ni buat macam stesen betul, siap ada pekerja lagi
Amir excited tu
Sementara menunggu sholat Zohor dan ... errr makan ... maka wa mengambil keputusan membawa mereka naik keretapi ni. Pergh, best oooo. Depa ni buat macam betul beb, wa rasa kalah lah kampung mini Asean di Terengganu tu. Kat sini nampak real baby, wa cakap lu. Panjang you landasannya.
Madeehah pon naik gak, FREE, sebab bawah 3 tahun. Yang pegang dia tulah wa. Haaa lu all kata nak lihat wa, tulah wa, awwww tak boleh lelebih
Dan itu pula keretapinya. Kita duduk atas gerabaknya. Mat salleh tu adalah pemandunya. Keta api ni keta api steam, ada asap keluar kat serombongnya. Jadi mat salleh ni puaslah mengelak mukanya dari kena asap tu
Dah sampai pon rombongan membawa makanan. Kami gotong royong masak ni sejak semalam lagi.
Dan kami juga mengamalkan prinsip mendahulukan wanita, gentleman gitew
Awwww ! ! ! Sopan gitew.
Kami tak boleh lama di sini. Sebab kami ada satu lagi jemputan barbeque. Kali ini di rumah teman wa, di Solihull. Oleh kerana semua kanak kanak telah mengotorkan baju mereka, maka kami pulang dulu ke rumah untuk salin baju. Wa kena lah call tuan rumah di Solihull tu, bagi tau wa lambat sejam. Kat sini jangan memain, kena tepat waktu, jika tak sempat, better inform lebih awal
Aiman dan Syasha. Dia malu nak bergambar berdua. Wa tanya dia, kenapa? Wa tanya lagi, apa kalau bergambar berdua ni kira kena kawin ke? Hi hi hi baru dia nak bergambar
2 comments:
wahhh....semalam satu hari makan BBQ jer lah....
a ah baby, tapi wa jaga badan, tak makan banyak gitew
Post a Comment