Lu all, harga minyak di Birmingham ni berkisar antara 106.99-113.99 pence per litre. Semalam tuang minyak di outskirt kedai minyak ASDA, di Collingwood, 106.99 pence per litre. Untung tuang minyak kat sini jika kita ada credit card ASDA, sebab ada diskaun lagi. Namun bukanlah mudah untuk mendapatkan kad kredit ASDA ini. Lagi pon khanz cik Kiah, wa memang dah nak jadikan kad kredit sifar. ZERO Credit Card. Bila tu wa pon tak tau, sebab ia masih dalam angan angan bernas wa
Tujuan kami ke Collingwood adalah nak pegi ke car boot sale. Fee masuk 30 pence. Booters tak banyak tapi barang-barangnya agak baik. Ia dibuat dalam dewan, jadi hujan guruh ribut dan petir tak mengapa. Booters masuk tepat jam 12:30 PM untuk menyusun barang. Buyer pula masuk tepat jam 1:30 PM. Kalau datang awal kenalah beratur dulu depan pintu.
Wife wa sampai cepat, jadi tak boleh masuk, maka dia guna alasan nak ke toilet, maka bolehlah masuk, dah masuk tak khanz nak keluar pulak khanz. Haa ni trick untuk lu all ok.
Semalam hujan, maka para pembeli ini terpaksalah beratur di luar dalam hujan. Wa tunggu je dalam kereta hingga pintu dibuka. Pada sebelah paginya kami pergi ke Belfry Car boot sale. Hi hi hi ini hali aaa, hali car boot sale oooo. Cuaca dah mula agak panas, jadi wa tak pakai baju tebal pon. Pakai je singlet yang wa beli kat Brisbane Australia tu, aawww saja je nak bagi tau lu all wa pernah pegi Brisbane. Hi hi hi bior jeles gitew
Sebenarnya cik Kiah, jeles ni ada dua, satu jeles membawa baik, satu lagi jeles membawa padah. Kalau lu all jeles chop baik punya, lu all pasti berbuat sesuatu untuk mengejar dan berusaha untuk berada di tempat yang sama seperti orang lain. Ye lah kalau orang lain boleh, tak kan lu all tak boleh. Mereka pon manusia juga, masa mereka pon 24 jam juga. Yang tak baik ni wa tak mo ceta, takut jangkit, payah ooo nak sembuh. Lebih baik mencegah dari merawat khanz
Harga beras paling mensedakkan. Hari Sabtu harganya GBP18.00 per 20 kg. Hari Ahad harganya GBP25.00 per 20 kg. Kedai tu kata, lepas ni tiap hari naik. Hi hi hi memang mahal lah, sebab wa makan beras basmathi. Siapa suruh. Namun cik Kiah sekalian, best ooo makan beras basmathi ni. Lagi pon bukan banyak sangat beda harganya dengan beras biasa, American long grain tu. Kalau zaman dahulu, American Long Grain ni pasti popular di kalangan pelajar Malaya.
Beras dah mula dicatu, setiap orang boleh beli 2 kampit sahaja. Di bahagian lain UK, minyak pon dicatu. Nasib baik di Birmingham ni tak lagi. Haa untunglah orang yang sewa rumah dekat universiti, tak payah bawa kereta. Jalan kaki je.
No comments:
Post a Comment