Wednesday 21 May 2008

Rambut

Dah 6 bulan lebih wa tak potong rambut. Panjang rambut wa. Maka pada hari ini, wa telah memotong rambut. Bak yang gunting. Pendek habis, inilah identiti wa masa di Malaya dulu.

Kalau rambut panjang, susah nak jaga you. Nak kena syampoo, nak kena minyakkan, nak kena sikat, dan bawa sikat. Maknanya aksesorinya banyaklah kalau nak berjalan tu. Leceh lah you. Rambut pendek ni, senang, tak payah sikat, tak payah minyakkannya. Dan lagi tak payah gak bawa segala macam aksesori tu. Stress la you kalau tiba tiba dalam perjalanan sikat tak bawa, minyak wambut tak bawa, nak beli satu hal, nak keluar untuk beli lain hal pula.

Seingat wa khanz you hanya dua orang sahaja yang pernah potong rambut wa ni. Bak dan Pak cik Adi di Sungei Besi KL. Kebetulan Bak ada di sini, maka wa pon minta tolong dia lah khanz. Lepas ni berbulan bulan lah wa tak potong rambut gamaknye.

Masa wa student pon begitu. Lagi best, wa potong rambut sendiri. Bila orang tanya, kenapa rambut wa tak sekata, wa jawab, This is my style. Senang ceta khanz. Wa pedulik haper. Mereka pon pedulik haper gak. Cuma kalau depa ni pedulik haper, ngape mereka tanya wa yek. Kurius wa. Awwwww ! ! ! Mereka minat kat wa kot.

Eh dah lama wa tak jumpa Pak Cik Adi ni. Selalunya kalau wa potong rambut kat dia, wa minta guna no 2. Dia selalu usik wa kata, wa lokek, sebab gunting pendek gitew. Lama sikit tahan Pak cik. Pak cik ni dulu dah ada 3 kedai gunting. Tapi semua orang lain jaga, sebab anak dia tak minat teruskan perniagaan dia. Syarat wa kat dia, jika nak guna pisau cukur mesti ganti pisau cukur baru depan mata wa. Hak hak hak, mengada wa ni khanz. Nope ... bukan mengada Mate, ada fakta disebaliknya.

Sebut pasal Mate ni pula, lu all nak tau, kat sini kalau kita tak tau nama mat salleh tu, kita panggil dia Mate je. Nama universal. Sama gak la kalau nak panggil Melayu, Mat, nak panggil Yindia, John, awww glamer gitew. Kah kah kah, wa khanz banyak kali terkena you, sebab nak buat mesra lah konon. Jumpa je mat salleh, wa kata, Morning Mate (bunyi macam Mike), you all right? (Slang gitew, pekat pulak tu, dah praktis kata khanz) Haaa lepas tu dia akan balas, I'm all right, you all right? Kita pon jawab not too bad, thank you.

Namun jika mat salleh ni bantai tanya wa soalan lain, pekat pulak tu, wa pakat hangguk hangguk je lah baby. Nak dijadikan cerita, ada satu orang ni ceta bagai nak rak kat wa, dia ingat wa paham lah. Yang wa ni hangguk hangguk je. Makin laju dia bercerita. Tapi tuan tuan dan puan puan, di akhir ceritanya dia tanya wa, what do you think? Wah kah kah, wa nak kata hapa encik. Paham pon idok.

2 comments:

Anonymous said...

hello Mike! you look handsome today with new hair cut.. auwww blh cmtuh? hak hak hak

Dentist and Me said...

thank you ma'am. You all right?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ