Thursday, 26 June 2008
Hakikat kemenangan
Pagi pagi lagi wa dah nampak supervisor wa, Byron (Black). Lemah je dia. Seperti biasa, wa tego dia, Morning Byron, how are you today
Dia jawab, I'm bad. Wa terkejut baby. Why ? ? ? Dia lalu menjawab, you are leaving. Awww terharu wa. Rupanya dia dah tau. Semalam wa bagitau supervisor Melayu wa, yang wa nak berhenti. Wa ingat Byron tak tau lagi.
Lalu dia kata kat wa, jika wa mahu, dia boleh bagi wa jadi supervisor dan terus mendaki ke posisi yang lebih tinggi lagi. Alamak ai baby. Wa memang minat tu. Tapi baby, wa penat lah baby. Lu all pasti dah tau jam keje wa. Kalau lu all tak tau lagi, sah lu tak baca catatan wa sebelum ini. Hampeh sungguhlah. Kenapa lu all tak baca catatan ulung wa tu ?
Lu all, sebenarnya, wa boleh berjinak jinak dengan industri CUCI ini. Macam pilem CUCI lak khanz. Memang boleh tuan tuan dan puan puan. Wa pernah ceta suatu ketika dulu, tentang seorang pencuci tandas. Akhirnya dia jadi tokey cuci tandas. Dapat banyak tender. Tapi masa tu dia keje berdua dengan wife dia.
Pada coretan kali ini, ingin wa ketengahkan, bahawa KITA TAK SEMESTINYA MENANG UNTUK MENANG
Kadang kala, kita kelihatan kalah, tapi kita menag dalam erti kata yang lebih luas lagi.
Daaaaa
Sunday, 22 June 2008
Episode Baru
Duit dah zero, nak tuang minyak pon terpaksa korek sana korek sini. Akhirnya dapatlah sampai Birmingham. Kat hotak wa, ligat pikir camna nak dapat wang ni.
Sekarang ni, bila wa drive, lepas 30 minit je terus wa ngantuk tahap gaban. BIL wa kata, wa dah tua. Wa lihat, memang banyak uban dah keluar kat kepala wa. Orang tak kisah kan kalau MACHO ada uban?
Lalu wife wa kata, selawat banyak banyak. Subhanallah hil Azim, Subhanallahi wabihamdih. Wa buat sampai Birmingham. Alhamdulillah, wa ngantuk you. Wife wa kata, ngantuk pesen wa ni sebab stress. Mungkin selawat tu merupakan salah satu anugerah Allah swt untuk menghilangkan stress wa bawa kete. (Wa jawab "sama sama", konon lu all ucap terima kasih kat wa la sebab kongsi petua ni kat lu all)
Maka bermula lah episode mertua wa duduk dengan wa, 6 bulan. Wa tak harap la Ma macam Mak wa, makanan sentiasa terhidang, baju kotor pantang lihat, terus dia basuh, dan lipat serta kemas semua bilik anak anak wa pagi pagi hingga semuanya kemas dan teratur sahaja. Dia sanggup jaga Madeehah masa wa pegi keje pon dah suatu yang sangat berharga bagi wa.
Baru je habis angkat barang dari kereta, wa dapat call dari teman wa, minta tolong ambil barang dia kat Croydon, near London esoknya. Dia bagi upah GBP100. Alhamdulillah, nilah rezeki yang tak disangka sangka you.
Wa pikir macam mana lah ye, esok keje pagi jam 6 hingga 8, lepas tu nak hantar anak dan wife wa. Lalu sekali lagi, kepantasan wa diuji, wa phon, call teman kata kat dia, minta tolong bagi tau supervisor wa OFF ! ! ! (tanpa gaji). Dapatlah wa tido lama sikit sebelum berangkan sekali lagi ke London esoknya.
Alhamdulillah sekali lagi wa tak ngantuk. Wa memang berdoa kepada Allah swt agar wa diberi kesegaran dan ketenangan.
Wa sampai balik Birmingham 4:30 petang. Wa nak masuk keje jam 5 petang ni. Anak wa, wie wa dah minta tolong Kak Asmah ambilkan. Dia terus hantar ke rumah. Hi hi hi terima kasih Kak, mak wa memang puji Kak Asmah dan Juri ni berbakul bakul. Tapi wa tak bagi tau Kak Asmah la. Nanti tambah kembang lah dia, kesian khanz lu all
Masa wa sampai rumah Abg S, yang minta wa ambil barang dia, dia tambah lagi GBP20 you, jadilah GBP120. Alhamdulillah. Wa rasa syukur sangat. Inilah berkat sholat Istikharah yang wa buat semalam. Bagi orang miskin macam wa ni, kalau dapat GBP1 phon gembira giler. Ha baru tau nilai duit.
Dengan tahap kepenatan yang agak tinggi tersebut, wa gagahkan gak pegi keje. Alhamdulillah, keadaan terkawal
Esoknya lagi, masa wa pegi keje cleaner, hari Selasa, wa dapat tau, wa ditego sebab ambik cuti ikut suka, awwww, lalu wa ambil keputusan untuk berhenti saja jadi cleaner. Penat you, kalau tak berhenti, wa keje dari 6 pagi - 8 pagi, 10 pagi hingga 3 petang dan 5 petang hingga 8/10 malam, Isnin hingga Jumaat.
Wassalam
London : Garson Strawberry Picking
Maka BIL wa bawa ke car boot sale. Kira murahlah. Tapi masuk kena GBP1.00 jika masuk setelah jam 11 pagi. Wa kena GBP2, dua dewasa
Setelah itu, kami pegi lunch di tempat free juga. Taman ni dekat dengan destinasi seterusnya
Best gak kalau nak jiwang kat sini. Mat salleh duduk kat tengan padang, kami duduk di bawah pokok saja lah. Sorry, wa dah jemu kena panas matahari. Wa nak sejuk sejuk je. BIL wa, Madeehah dan the funny Amir
Puas gak mereka bermain di padang nan luas itew
Saturday, 21 June 2008
Legoland, Windsor
Nasib baiklah gambo awal awal, masih sego lagi. Kalau nak gambo masa balik, wa rasa tak adalah gambo ni. Penat beb, beso tempat ni.
Maka wife wa jadi mangsa melayan anak anak wa. Sebab kanak kanak tak boleh jalan sendiri. Air sungai buatan ni memang currlass giler. Banyak dan berombak. Deruan sungai real wa cakap lu. Bukan macam kat Sunway Lagoon tu. Jadi tak yah lah susah susah bayangkan aliran air yang macam tu.
Amir terer gitew, turun dulu, macam bagus je.
Antara yang boleh Madeehah dan wa buat adalah menunggu menunggu dan menunggu. Nasib baik dia tak meragam. Tapi dia ni memang kamcing ngan wa. Kat belakang tu Knight Castle. Dalam nya ada roller coaster. Wah kah kah kesian anak anak wa, ganas gak roller coaster tu. Tapi menurut Aiman, tak lah sehorror dalam castle di Gold Coast Australia. Yang tu wa kata kat lu, wa naik ngan Aiman, wa ingat biasa punya, tapi luar biasa lu, siap dia turun menjuman 90 derajat jalan ke belakang you. Bayangkanlah keterkejutan Aiman waktu itu
Yang ni besa je. Tapi thrill gak la buat Amir dan Maisarah. Hi hi hi wa rasa sangat thrill buat wife wa, awwwww, thrill ye?
Firasat wa mengatakan bahawa kat sini memang sesuai untuk kanak kanak dan ibu bapa yang teman mereka je. Kalau couple baru kawin tu tak yah mai la. Gi tempat lain okay baby
Suasana dalam Tanah Lego
Wa naik jeep ni. Mende macam ni wa boleh lah naik. Nak ceta kat lu all, sebelum ni wa naik cawan berpusing, maka wa tewas, pening kepala la you
Menda ni diperbuat dari bahan blok Lego
Maka Madeehah sangat sabo meunggu di luar pago
Amir ingat ni main lango lango. Apa raa Amir buat lawak. Ini kelas memandu la Amir. Bukan kelas lango melanggo
Boating class pon ada you. Boat tu kita kemudi sendiri dan digerakkan dengan kuasa bateri. Yang ni pon wa terpaksa naik sebab kena ada dewasa. Tapi wa suka la naik menda ni
Sambil menunggu mereka naik helikopter, wa lihat kanak kanak ni main air
Friday, 20 June 2008
Heathrow Airport
Patutnya lepas Sholat Jumaat, wa terus pegi Egham. Tapi wa rasa letih, maka wa rehat kejap. Akhirnya jam 3:30 petang baru kami bertolak ke Egham, near London. Kawan wa dah kata, bertolak awal, sebab biasanya jem hari Jumaat ni. Tapi wa tak caya. Nah, ambik lu, jem beb. 6:30 petang baru sampai rumah BIL wa.
Makan cecepat dan sholat Asar, lalu kami pergi ke Heathrow Airport, hantar adik ipo wa balik Malaya. Selamat jalan lu all. Dah sampai pon mereka. Alhamdulillah
Bagi yang tak pernah sampai Heathrow Airport ni, wa turunkan gambarannya. Bagi yang pernah sampai zaman dahulu kala, ketahuilah sedara sedara sekalian, Heathrow airport dah banyak berubah, cantek you. Cuma banggunan lamanya masih ada lagi, jadi bekas bekas peluh lu all tu wa rasa masih ada lagi lah.
Ni kali kedua Ma Tok sampai Heathrow. Pertama kali dah lama dulu, 10 hari lepas waktu sampai dari Malaya dengan adik ipo wa. Awwwww ! ! !
World Day
Wa selalu ingat Holland warna jingga. Namun, jingga tak ada dalam warna bendera Holland
Amir belajar mengenai negara India, jadi pada hari ini dia kena memakai baju bewarna salah satu dari warna yang ada pada bendera India.
Thursday, 19 June 2008
Madeehah jatuh
Masa ambil anak anak wa balik sekolah, wa bawa Madeehah sebab tak ada siapa nak jaga dia di rumah. Mat salleh ni tau je lah khanz, nampak pipi Madeehah lebam tu sibuk la depa berspekulasi. Dan yang paling biasanya mereka ini akan ingat penderaan kanak kanak. Ei ... kalau depa report wa tentu kena bawa ke sepital, berjam jam lah wa di sana. Kira Umat Malaya ni kuat lah khanz lu all, sikit je ni, tak lama tu baiklah.
Madeehah dengan sedikit lebam di tepi mata sebelah kanan
Monday, 16 June 2008
Happy Father's day
Stratford Upon Avon
Stratford Upon Avon lebih kurang 1 jam dari Birmingham, atau 25 minit dari Studley. Lawa tempat ni, yang lebih wa salute adalah usaha kerajaan tempatan menghabiskan duit rakyat membangunkan tempat ini dan menjadikannya salah satu tempat yang terpaksa diakui semua sebagai salah satu tempat yang mesti dilawati di sekitar Birmingham. Terrer marketing depa ni. Sure kalau kat Malaya, tak jadi macam ni, sebabnya you know, Malaya dah makin teruk jadi antara negara rasuah terhebat dalam dunia. Dari 4.0 ke 2.7 you. Hebat hebat ! ! !
Ada banyak park kat sini, kita pilih je mana nak me lay park. Ada yang kena bayo, ada yang FREE. Wa kat tempat FREE je. Lalu kami bentang tiko, hangkut semua makanan, termasuk periuk nasi panasonic beso (mahal you, bawa dari Malaya, kat sini tak ada periuk nasi sebeso tu, depa ni tak makan nasi banyak macam kita makan nasi). Lalu kami makan, sambil diperhatikan oleh omputih yang kagum melihat kami makan guna tangan, awwwww ! ! ! Pelik depa lihat kita makan guna tangan.
Ermm sampai menjilat jari Aiman tu
Aiman dan baju Man U nya, dua hari tak salin you. Lepas ni wa harap badan dia akan kurus macam Christiano Ronaldo la.
Gambo ni difokuskan kat belakang tu, balik pokok. Sejoli sedang berjoli. Depa ni tak malu, sebab banyak lagi kejadian sedemikian atas padang rumput ni.
Bersihnya sungai ni, hi hi hi macam sungai Klang 69 tahun dulu agaknya
Tepi sekali tu Adeena the princes. Sejuk masa ni.
You, nama you siapa? Kenalkan diri you lah you. Kat mana ni you?