Saturday, 21 June 2008

Legoland, Windsor

Besoknya, wa pegi Logoland. Haa mahal ya lu all nak masuk sini, tak tipu. Tempat ni dekat dengan Windsor Castle. Tempat Bush jumpa QE hari tu.



Nasib baiklah gambo awal awal, masih sego lagi. Kalau nak gambo masa balik, wa rasa tak adalah gambo ni. Penat beb, beso tempat ni.

Actually, dari sini kita boleh lihat Windsor Castle tu. Kat dalam sini ada banyak tema. Yang ini The Viking, antara tempat hit la. Kalau lu all nak bawa anak anak lu all, pastikan anak anak lu all tu cukup tinggi, kalau tak nyesal nanti tuan tuan dan puan puan. Madeehah memang tak dapat join lah. Dan yang jadi mangsa kena jaga dia, wa lah, awwww kesian kat wa. Tapi wa ni bukan suka sangat berpoya poya kat tempat macam ni.



Maka wife wa jadi mangsa melayan anak anak wa. Sebab kanak kanak tak boleh jalan sendiri. Air sungai buatan ni memang currlass giler. Banyak dan berombak. Deruan sungai real wa cakap lu. Bukan macam kat Sunway Lagoon tu. Jadi tak yah lah susah susah bayangkan aliran air yang macam tu.




Amir terer gitew, turun dulu, macam bagus je.



Antara yang boleh Madeehah dan wa buat adalah menunggu menunggu dan menunggu. Nasib baik dia tak meragam. Tapi dia ni memang kamcing ngan wa. Kat belakang tu Knight Castle. Dalam nya ada roller coaster. Wah kah kah kesian anak anak wa, ganas gak roller coaster tu. Tapi menurut Aiman, tak lah sehorror dalam castle di Gold Coast Australia. Yang tu wa kata kat lu, wa naik ngan Aiman, wa ingat biasa punya, tapi luar biasa lu, siap dia turun menjuman 90 derajat jalan ke belakang you. Bayangkanlah keterkejutan Aiman waktu itu



Yang ni besa je. Tapi thrill gak la buat Amir dan Maisarah. Hi hi hi wa rasa sangat thrill buat wife wa, awwwww, thrill ye?



Firasat wa mengatakan bahawa kat sini memang sesuai untuk kanak kanak dan ibu bapa yang teman mereka je. Kalau couple baru kawin tu tak yah mai la. Gi tempat lain okay baby




Suasana dalam Tanah Lego



Wa naik jeep ni. Mende macam ni wa boleh lah naik. Nak ceta kat lu all, sebelum ni wa naik cawan berpusing, maka wa tewas, pening kepala la you



Menda ni diperbuat dari bahan blok Lego




Maka Madeehah sangat sabo meunggu di luar pago



Ha ada kelas memandu. Semua sign trafik ada kat sini.




Amir ingat ni main lango lango. Apa raa Amir buat lawak. Ini kelas memandu la Amir. Bukan kelas lango melanggo




Boating class pon ada you. Boat tu kita kemudi sendiri dan digerakkan dengan kuasa bateri. Yang ni pon wa terpaksa naik sebab kena ada dewasa. Tapi wa suka la naik menda ni


Oleh kerana Aiman tak boleh naik sendiri, maka wa kena naik dua kali. Pertama bawa Madeehah dan Amir, kedua, bawa Aiman dam Madeehah. Percaya tak you, Amir ada skill bawa boat wa cakap lu




Sambil menunggu mereka naik helikopter, wa lihat kanak kanak ni main air



Haaa inilah helikopternya tuan tuan dan puan puan. Hi hi hi mengancam gitew



Ada gak mini world yang dibuat menggunakan blok blok lego. Kenderaan yang lu all nampak tu, semuanya bergerak atas jalan masing masing termasuk kapal di air



House of Parlimet
























Ni kat sebelah theatre 4 D. Menda ni kat tema discover. Ia dibuat oleh ingineer lego dan telah ditest berjaya. Ia diperbuat dari sistem yang digunakan pada permainan Lego

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ