Mulai Isnin depan wa kena tukar tugas di SBC. Dari keje tingkat dua ke tingkat aras tanah (ground floor la baby). Wa lihat ini disebabkan wa dikatakan mengular, kedua brader yang buat kat tempat ni nak cuti berbulan, jadi kena ada orang ganti, maka wa sebagai orang bawahan ini, terpaksalah ganti, demi memberi laluan agak mudah kepada sifolan ambil tempat wa. (Ni gaya tulisan terbaru cekdet dalam blognya http://www.chedet.com/ )
Dalam dunia ini tuan tuan dan puan puan, kita akan diberi cabaran sedemikian. Kita ada dua pilihan, pertama kita boleh menelaah segala kerugian dihadapan kita dan menukarkannya kepada suatu keuntungan buat kita, atau kedua, kita mengeluh dan mengeluh hingga mengekalkan kerugian menempek pada diri dan kehidupan kita
Wa lebih suka tukarkan semua kerugian kepada keuntungan. Siapa tak nak untung khanz baby, yang bedanya ada orang nak untung tapi tak nak usaha. Ada orang nak untung dan nak usaha. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa tersebut hingga bangsa tersebut berusaha merubahnya.
Dalam hal tersebut di atas, kepala wa telah ligat berpusing dan mencari ruang keuntungan yang akan wa perolehi. Jeng jeng jeng, wa dah nampak, dan wa dah lama melihat keuntungannya. Namun selagi ia belum berada di depan mata (ikut cara Tok Bak), maka wa tak akan percaya, awwwww ! ! ! Maka ceta selanjutnya tentang perkembangan SBC ini wa bekukan dulu, sabo sabo, wa tau lu memang tak sabo nak tunggu kisah lanjut ceta hebat wa kali ini. Apa nak buat cik Kiah, tunggu je lah
Dalam pada itu, kejadian di rumah wa pula, dengan rasminya hari ini tepat jam 1:30 petang Ma tok, Anis dan Rhy, BIL, SIL serta Adeena sampai ke rumah wa. Kalau lu terer lu tekalah berapa pompuan berapa lelaki. Dan dengan rasminya lah juga, botok botok Mak selamat sampai ke bumi Birmingham yang indah lagi nyaman ini. Selain itu Anas juga mendapat bekalan tupat manis kegemarannya dari Kelantan you.
Ma Tok dah start bergarden di halaman belakang rumah wa yang luas tersebut, disertai dengan hiruk pikuk anak anak wa, awwwww ! ! ! kemeriahan telah kembali setelah ia diragut oleh kepulangan Mak dan Bak ke Malaya 25 Mei lalu.
Esok Insya Allah kami nak ke Manchester dan Liverpool, dan kalau tak ada aral melintang jumpa Dol di Manchester. See you there.
Daaaa, zasssss ! ! !
4 comments:
bro, botok botok tu camner? wa tak penah makan ler.. kasihan khanzz?!
kesiannya lu ikan tarok rempah dan daun daunan dan dibungkus dengan daun juga. sebenarnya wa tak tau nak describe.
Botox2 guna rempah kari, guna ikan tenggiri lagi best. Rempah kari tu kena racik2 daun kunyit. Jenis dedaun yg digunakan: pucuk ubi, pucuk (daun) betik, daun chekra-chekri (cewah!), dan segala pucuk2 yg available di Malaya. Dibungkus dgn daun pisang (awww) dan disteam(awww sekali lagi). Yg ikhlas: CIK SOM ..
Owh CIK SOM ghupenye ... Thanks cik SOM.
Post a Comment