Masa ambil anak anak wa balik sekolah, wa bawa Madeehah sebab tak ada siapa nak jaga dia di rumah. Mat salleh ni tau je lah khanz, nampak pipi Madeehah lebam tu sibuk la depa berspekulasi. Dan yang paling biasanya mereka ini akan ingat penderaan kanak kanak. Ei ... kalau depa report wa tentu kena bawa ke sepital, berjam jam lah wa di sana. Kira Umat Malaya ni kuat lah khanz lu all, sikit je ni, tak lama tu baiklah.
Madeehah dengan sedikit lebam di tepi mata sebelah kanan
Dengan Amir
Keje hari ni di Royal Otrhopaedic Hosp (ROH), sangat ringan. Wa sepatutnya balik jam 10 malam, tapi pesakit terakhir yang memerlukan khidmat kami jam 6:50 petang. Maka 7:30 malam wa pon balik.
Wife dan anak anak wa pegi rumah kawan Aiman, Jalal. Wa tak bawa kunci, jadi terpaksa pergi rumah Jalal dan ambil kunci. Sampai depan rumah dia, wa lihat semua ada kat dalam rumah. Tapi ada 4 orang anak mat salleh duduk depan rumah Jalal. Sebab dah biasa ramah di Hospital tu, maka wa pon panggil lah budak sorang tu, 11 tahun umurnya, dengan nama Rooney, sebab dia pakai jersey nama Rooney.
Budak tu datang kat wa, dia tanya, What do you called me? Wa kata, Rooney. Dia marah you. Jadi wa minta maaf lah kat dia. Lepas tu, Aiman dan Jalal keluar, rupanya ada ceta lu all, wa cakap lu. Budak tu kata Aiman ejek dia Rooney dan panggil dia dengan gelaran yang agak perkauman.
Wa tanya Aiman, memang dia kata dia panggil budak tu dengan nama Rooney, tapi tidak dengan nama perkauman tersebut. Lalu wa panggil budak tu wa kata kat dia, wa dah marah Aiman dan harap dia maafkan Aiman, dia kata I will. Pelik kan ... depa ni seolah senang senang saja nak tuduh orang ikut suka dia.
Pernah kejadian kat rumah kawan wa, dia duduk di flat. Orang bawah rumah dia tu orang tua. Dia hilang disc macam disc ASTRO tu. Selang beberapa jam, anak orang tu datang rumah kawan wa, beritahu, mak dia kata, kawan wa curi disc dia. Ske dia je tuduh tuduh sebarang. Kalau setakat tuduh tu tak apa gak la, ni nak suruh orang lain percaya bahawa apa yang dia tuduh itu benar dan terus ambil tindakan. Masalahnya tuan tuan dan puan puan, kawan wa tu tv pon tak ada, jadi apa curlass nak curi disc free tu?
Maka tak heran lah wa kata kat lu, amrik serang kurdi atas dasar tuduh je, sebab mereka percaya bahawa semua yang mereka kata itu benar tanpa bukti.
daaa wa penat lah
2 comments:
Tu la pasal, jangan main tudow-tudow.
Anak u kena pakai spec Posh Beckham la lepas ni.
Madihah walaupun sakit, tetap senyum bila nampak camera. nampaknya diani memang minah camera. suka posing.
Post a Comment