Tuesday, 3 June 2008

Jun 2008

Kejap je dah tengah tahun. Wa ingat lagi masa wa kecik kecik dulu, waktu sehari tu lama je rasa. Macam macam benda wa boleh buat. Sekarang ni, waktu cepat sungguh berjalan. Apa lagi jika dikejo hutang.

Perjalanan ke Cardiff batal. Insya Allah lain ketika lah wa ke sana. Sebenonya, banyak yang wa nak ceta, tapi, dek kerana tak menaip, maka wa lupa kejadian yang sepatutnya wa catat untuk kenangan diri wa. Peringatan, kenangan diri wa, hi hi hi kalau lu tak suka gaya bahasa wa, maka adalah sangat relevan untuk lu tau, bahawa, wa pedulik haper.

Nak mula dari mana pon wa kejong. Beku. Kaku. Lately, wa memang tak ada idea. Kalau fenomena tak ada idea ini melanda orang yang tengah buat PhD, haru beb dibuatnya. Nasib baik wa tak ambil PhD.

Adik wa, Dol dah start keje ikut jejak wa, cleaner di Preston. Sementara dia dapat keje lebih baik, lepas grad nanti, bagus gak dia keje cleaner ni. Sebab dah boleh mula mohon NI number, ambil provisional driving licence, dan banyak lagi lah.

Wa pulak, esok start induction di Royal Ortopaedic Hospital sebagai theatre porter. Gaji lebih sikit dari cleaner, jam keje pon lebih, maka simpanan pon terpaksa lebih gak lah, idealnya gitu lah khanz

Tengah nak terlena di selang seli hiruk pikuk ketinggian pic suara anak anak wa, wa dapat panggilan telipon. Hi hi hi telipon gitew, ingat wa kat Kak No, senior wa masa study dulu. Orang negori, bahasa dia, kelas gitew, negori lah katakan. TELIPON you, kah kah kah. Masa wa sakit di hospital sedekad lalu, dia dan suaminya lah yang ambil berat kat wa. Maklum lah wa study obersi. OBERSI ? ? ? Indonesia jerr.

Patah balik ke pangkal jalan, nasib baik gak wa dengo deringan telipon tu. Ghupenye, kawan wa call dari Kay Ell. Dia buat bisnis used car baby. Wink wink ! ! ! Terpaksa wa pasang balik jaringan kontena wa lah you. Nak anto kete ke Malaya gitew, jadi wa kena jadi kaki dia di UK ni. Kalau macam ni, Dol pon boleh gak tumpang sekaki, buat sambilan. Anyway, wa nak tunggu term and condition dia dulu.

Sebelum terlupa juga, Insya Allah 17-20 Julai, wa terlibat dalam salah satu dari 7 stall makanan di UK Islamic Festival, Lincoln. Dengo ceta, previous year, pesertanya hampir 5000 orang. Bagusnya, mereka ni tak boleh keluar, kena beli makanan dari kami sahaja, awwwww, monopoli tuan tuan dan puan puan. Ni pengalaman pertama wa, tapi pengalaman tahun ketiga bagi kawan wa yang offer joint dengan dia pada kali ini. Wish us luck ye lu all.

Nampaknya, wa tak dapat pegilah ke Farnbrough, 19/20 Julai 08 tu. Untuk makluman pihak tuan, ia adalah pameran kapal terbang, macam LIMA di Langkawi Malaya. Wa dah beli tiketnya. Maka wa kena jual balik lah. Cibil nak beli tak? Sorang GBP22. Wa ada 2 tiket tu. Kanak kanak FREE. Ha tulah, kalau cibil ada kanak kanak, boleh bawa kanak kanak tersebut, awwww ! ! ! OR should I offer the ticket to F lelaki dan F perempuan? Jalan jalan ke tanah beso Inggeris kita, ek ek ek ek ek ek

Banyak beno yang wa nak buat, tapi belum ada satupon yang menjadi lagi. Masih try and error. Wei lambat sungguh otak wa berjalan ni. Memang tengah kejong sakan ni.

zzzzzzzzzzzzzzaaaassssssssssssssssssssss ! ! !

3 comments:

Anonymous said...

bro, Farnborough tu berlangsung kat mana ek? tiket tu utk 2 hari ke? kalo wa tak pegi pun..mgkin wa boleh tnya org sini yang berminat nak pegi ke..

Dentist and Me said...

Dekat dengan Heathrow. Tiket tu untuk sekali masuk, boleh pilih 19 atau 20 Julai 08. So bila nak mai Birmingham ni?

Anonymous said...

oo.. bulan 7 wa agak bz dgn dissertation la.. mcm tak boleh je nak pegi.. sbb tu bln 6 ni pi jalan2 perabih duit..hihi.. Birmingham pun entah bila nak sampai.. wa ada kawan gak kat BU tu..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ