Thursday, 12 June 2008

Kena marah !

Sekarang ni kami pool kete seramai 5 orang ke SBC tempat kami keje sebagai cleaner. Dan hari ini, sekali lagi kami lambat sampai. Namun tak seperti biasa, kali ini nasib kami tak baik, kena tahan oleh supervisor black di pintu masuk UTAMA college. 12 orang semuanya, 11 Melayu dan seorang paki. Beratur macam budak sekolah rendah wa cakap lu. Sure lah ramai antara kami bengang, mana tak bengang beb, masing masing semuanya tergolong bekas white collar. Manager pon ada. Kena beratur lu, hak hak hak.

Lepas kami dipersilakan duduk di kerusi, dia start syarah. Bos dia pon ada, orang putih lah, pompuan pulak tu, hi hi hi (apa lu ingat pompuan tak layak jadi manager beso ke?, awwww ! ! !) Baru wa tau, start keje jam 6 pagi, maka kami kena berada di college 2 minit lebih awal. Baru boleh sign kedatangan jam 6 pagi. Tak pula dia kata bile wa boleh balik. 2 minit lebih awal kah, atau 2 minit lewat kah? Sebelum ni memang kami datang awal, tak ada sapa pon nak puji, awwww ! ! !. Baru minggu ni kami lambat, terus kena bambu you

Inilah adat jadi pekerja khanz. Kenalah ikut kata bos. Lu siapa beb, nak lawan cakap bos. Lagi pon dalam bisnis, melibatkan duit, yang penting adalah keuntungan, kalau rugi, tak payah meniagalah khanz. Simple calculation, it's not a rocket science, so everybody should know the prinsip. Jadi kalau ada pekerja yang anggap dia bos, hebat lah tu. Bos pon kena dengo cakap dia. Hak hak hak. Tak patut tak patut

Bagi wa, kalau kena tego tu bagus, kerana dari situ kita belajar dan jadi lebih baik. Kalau kita tak boleh ditego, memang sampai matilah kita tak jadi baik, kita hanya INGAT kita baik.

Lain ceta di Royal Orthopaedic Hospital. Bos dia mat salleh, yang penting jangan ada keje terbengkalai, jadi sebagai porter, wa kena pastikan wa sentiasa ada jika perlu memindahkan pesakit. Hari ini, merupakan hari keempat sejak empat hari wa bekerja di situ, wa balik awal. Sepatutnya hari ni wa balik jam 10 malam, tapi kerana pesakit dah tak ada, maka wa balik jam 8:40 malam you, dan lebih hebat lagi, wa tetap dibayo hingga jam 10 malam.

Keluo dari sepital, matahari masih bersinar. Terang benderang. Maghrib masuk jam 9:31 malam. Wa dah jumpa jalan singkat hingga perjalanan dari sepital ke rumah wa 7 minit saja. Jimat petrol. Terima kasih Abg Abdul sebab tunjuk jalan semalam

Berkata pasal petrol ni, kesatuan pemandu lori shell merancang mogok selama 4 hari mulai esok. Jika mereka tak hantar minyak, maka bekalan minyak akan kering, dikala ia berlaku, harga minyak bisa saja naik hingga GBP6.00 seliter di tempat tempat tertentu. Inilah padahnya jika harga minyak ditentukan oleh petrol station. Sekarang ni, harga petrol berada pada GBP1.14 seliter.

Tinggalkan lah sebentar berita esok tu. Berita hari ni bersambung laie. Lu all, lu all nak tau, skill bahasa wa semakin baik. Skill peta ward wa pon dah improve. Wa rasa happy lah sebab tak rasa macam bodoh lagi. Ha kan tak rugi merasa diri bodoh, kalau kita sedo kita bodoh, tentu kita akan berusaha menjadi pandai. Lagi pula, ramai orang nak bantu ajo kita, hingga kita jadi lebih baik dari sebelumnya. Sengsara beb, kalau kita buat buat pandai ni, bila orang ingat kita pandai, tak adalah orang nak ajo kita lagi. Hingga jadilah kita seperti peribahasa udahlah bodoh sombong pulak tu. Eiii tak mau den. Bio lah kito ni jadi lebih baik dari apa yang orang lain sangko. Under dog gitew kata peribahasa Omputih

Hari ni juga wa jumpa kawan wa yang buat sabatikal study di Hospital ini dan hospital sekitar Birmingham. Namun dia adalah seorang pakar Orthopaedic. Dengo ceta dia dibayo oleh hospital GBP300-500 setiap kali buat pembedahan. Best khanz. Kebetulan dia kawan baik sahabat wa, pakar kesihatan keluarga di USM dan seorang lagi pakar bahasa di UKM. What a small world.

Nampaknya doktor doktor kat UK ni lebat lebat belaka. Ada satu buletin yang wa terima, mengatakan bahawa UK ni sedang hadapi krisis kekurangan profesional kerana tahun lalu sahaja 200000 rakyat profesional Britain keluar dan menetap di negara lain. Jadi pakar pakar yang nak berhijrah tu, you are wellcome here. Cleaner pon diperlukan, awwwww ! ! !

2 comments:

Anonymous said...

wahh sikit masa lagi mesti lu speaking berabuk sampai wa pon akan mengambil masa sebanyak 18x8 untuk paham.. hihi!

Dentist and Me said...

a'ah you, berabuk sampai terbatuk batuk gitew

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ