Maknanya, orang yang mengangkat beban berat, contoh angkat beg tetamu hotel, angkat parcel kat pejabat courrier, dan dalam kes wa ni special sikit (anything about me is always special ok baby), mengangkat beban benda hidup, yang punya hati dan perasaan, .. pesakit. Jadi, kena peka pada pesakit tersebut. Yelah khanz cik Kiah, orang tu nak masuk bilik bedah, atau baru recover dari pembedahan. Tentu mereka takut, letih, penat, dan sebagainya
Keje wa ni, senang je. Tunggu je kat dalam bilik porter tu, boleh memuatkan 10 orang porter. Kalau ada panggilan intercom dari ward atau bilik recovery, kami ikut giliran keje. Keje dalam lingkungan hospital, boleh gak merasa keje jadi doktor, awwwww ! ! ! Namun khanz you, uniform kami berbeda dengan uniform doktor tu, jadi tak leh merasa jadi doktor lah you
Kalau pesakit ramai, kejap je waktu berlalu, kengkadang berpeluh you. Tapi kalau pesakit tak ada, melangok je wa kat dalam bilik tu. Kalau kawan Melayu wa tak keje, terpaksa wa pasang cuping telinga beso beso sebab nak tangkap apa yang mereka perbualkan. Tak syork lah kalau depa tanya wa, wa nak kena suruh depa ulang 5.90 kali. Mana ROCK baby ! ! !
Dua hari ni, wa buat hampir semua keje. Wa nak dapat skill baik punya. Anto pesakit, letak darah dalam peti ais, cek paras oksigen dalam tabung oksigen, anto baju operasi ke tempat cuci, dan banyak lagi lah. Dan yang paling mencabar adalah komunikasi, wa cakap lain depa maksud lain, depa cakap lain, wa kona jawab kok lain. Mencabar sungguh.
Namun baby, it's ok. beberapa hari lagi, fasihlah bahasa Inggeris wa, awwwww ! ! ! Wife wa suruh bawa buku Inggeris untuk baca, dan bawa dictionary you, awww sanggupkah wa ni? Haa kat dalam bilik tu penuh dengan akhbar omputih. Akhbar sini bukan macam akhbar di Malaya you. Beritanya setengah, iklan setengah lagi. Iklannya pulak, semua jenis iklan. Dari buku sampai kuku, dari kete sampai chenta, dari ...... ala mat mat yang besa tinggal di obersi ni tau lah khanz.
Haaaa mengeluh panjang, penat you. Serious ! ! ! Bukan penat keje, tapi penat drive ke tempat keje. Drive bukan sebarang drive, drive berhemah skala tinggi standard Britain. Kalau kete buat hal, tambah pula penat mental. Awww kena tuko kete lah jawabnya.
Semalam dapat satu pekeliling, gaji kami dinaikkan GBP1.00 sejam mulai 1 Julai 08. Alhamdulillah.
Semalam ibu mertuaku, dan adik ipo serta isteri beliau selamat mendarat di Heathrow jam 4 petang waktu London. Ma dapat visa 6 bulan, dan semua barangan yang dia bawa tak kena check, nasib baik sungguh. Termasuklah juga botok botok yang Mak wa kirim dari Malaya. Aiman pasti suka ni sebab dah lama tak makan botok botok Wan.
Dan dengan rasminya bisnis makan wa di surau dihentikan sempena cuti summer dan dan akan disambung semula September nanti setelah student menyambung pengajian mereka nanti
Daaaaaa ! ! !
No comments:
Post a Comment