Sunday, 5 October 2008

HINDF

Perubuhan haram ni memang buat wa naik darah. Tak sedo diri ke? Apa dia ingat dia nak jadi perdana menteri Malaya ke? lebih 20 tahun nan lalu, wa ada berbicara dengan kawan wa dari golongan India. Tujuan wa adalah untuk mengajak mereka sama sama membantu Persatuan Pelajar di tempat wa belajar dulu. Memandangkan kebanyakan malah semua pelajar yang bertungkuslumus memastikan kebajikan pelajar di luar negara (Indonesia jer ! ! ! ) adalah pelajar Melayu. Mereka ini juga mendapat kebajikan dari apa yang kami lakukan

Lu all nak tau apa kata salah sorang dari mereka? Ehem dia kata ... "I only want to join the comeettee if I'm the presiden". Fuh hebat hebat. Sejak dari hari itu, wa kata dalam hati ... lu boleh blah ...

Beberapa bulan nan lalu, sebelum Ramadhan, sewaktu wa "berbelanja tingkap" di Bull Ring, Birmingham UK, ada sorang mamat India warga British. (Dia kata, wa caya beb).

Dia tego wa, dia tanya wa orang Brunei? Tak wa kata Malaysia. Dia tarik tangan wa. Dia terus hentam Malaysia, kata seluruh orang Melayu Islam di Malaysia membuat penghapusan etnik kaum India di Malaysia. Setiap hari ada sahaja India mati, dan kuil kuil mereka diruntuhkan.

Wa amat terkejut. Dan mamat ini tak bagi peluang langsung untuk wa mempertahankan diri. Dia mahu rakyat India di Malaysia diberi hak sama rata, kekayaan sama rata, mungkin dia tak berani nak kata dia nak rakyat India jadi perdana menteri Malaya.

Wa tanya dia, dia pernah pegi Malaysia ke? Dia kata tidak. Wa kata lagi, kat Malaya ada kuil Hindu terbesar di dunia, dia tak tau, wa kata ratio profesional dikalangan kaum India lebih besar dari kaum Melayu, dia tak tau. Banyak yang dia tak tau la. Jadi siapa yang bagi tau dia menda tak munasabah ini?

Akhirnya, wa tanya dia, dia warganegara apa? Dia kata British. Wa tanya dia lagi, dia dapat ke apa yang dia minta di Malaya tu di British? Dia terdiam. Memang mana ada negara dalam dunia ini mengiktiraf orang asing. Yang ada hanyalah di mulut sahaja di hati benci dan meluat. Siapa nak bagi negara tumpah darah ke orang lain? ... kecuali Malaysia ... Jadi insaflah brader, jangan membabi buta.

Wa pon blah. Dia tak puas hati tapi wa kata ada banyak keje lain dari layan dia tak tak guna fakta tersebut

Hari ini nak saman utusan pula. Kah kah kah ! ! ! Saman jangan tak saman

1 comment:

Dicken said...

Biasa tu bro. Bak kata pepatah lama .. "Kalau jumpa ular dengan ..." Lu sambung sendirila..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ