Tuesday, 28 October 2008

Salji pertama

Hari ini wa cuti. Wa nak bawa kete wa ke workshop untuk betulkan brake kete tu. Semalam wa dah buat temujanji 9:30 pagi

Wa sampai workshop tu 5 minit lagi nak 9:30 pagi. Kira Melayu lambat tak berlakulah pada diri wa. Tokei tu kata 1 jam setengah siap. Tapi lepas di periksa, dia kata kemungkinan kena buat kalibrasi. Apa ke bende tu wa tak tau. Jadi menurutnya, mungkin akan memakan masa 3-4 jam.

Wa pon jalan jalan kejap di sekitar daerah tersebut. Hingga wa sampai ke kedai second hand yang Tok Bak selalu singgah tu. Wa jumpa owner dia, Habib namanya. Wa kenalkan diri wa, tapi dia tak ingat, lalu wa kata kat dia

Wa : My father used to come here before
Habib : ESA ! ! !

Owh, ingat sungguh lah dia kat Tok Bak. Dia tanya bila Tok Bak nak datang sini lagi. Wa kata Insya Allah Januri 2009. Bersungguh dia suruh bawa Tok Bak lawat dia.

Lepas berjalan jalan, wa balik semula ke workshop tu. Namun setelah 6 jam setengah, keta tak siap siap lagi. Wa dah nak naik angin dah ni. Bila wa tanya, dia kata dia mohon maaf sebab kete wa tak boleh siap hari ini sebab master apa tah tak sampai lagi dan semua tempat di Birmingham ni tak ada benda tu. Kena order dari Nottingham. Pelik wa, Notingham lebih beso dari Birmingham ker?

Nak buat macam mana. Wa kena balik la. Nasib baik Azli tak keje hari ni. Wa call dia minta tolong ambil di Coop Supermarket. Sementara wa jalan dari workshop itu. Wa ingat dekat, ghupenyo jauh cik Kiah. 750m atau dekat 1 kilometer wa jalan kaki. Kalau setakat jalan kaki dalam suasana sejuk, wa tak berkira sangat. Bukannya berpeluh, namun yang wa sangat tak sangka itew adalah wa terpaksa berjalan dalam salji, yang turun dengan sangat lebatnya.

Beku jari tangan wa, wa rasa. Hingga sakit wa kata kat lu. Wa dapat bayangkan bagaimana wife balik petang ni berjalan kaki dalam snow, sebab wa tak boleh ambik dia. Sampai di CoOp Supermarket, nampak je kete Merc Azli, terus wa masuk dan letak tangan wa di heater. Lega.

Sebelum wa balik, wa singgah di rumah beliau untuk sholat Asar dan Maghrib. Jam 5 petang wa ke surau Guild ambil makanan, Alhamdulillah habis hari ini. Lepas tu ambil Nita, isteri Azli dan mereka hantar wa ke rumah wa. Esok wa tak boleh hantar Dol ke stesen bas sebab tak ada kete, jadi Dol dan Anas akan naik bas ke stesen bas untuk ke London.

3 comments:

Anonymous said...

Anas ikut Dol balik Msia ke lu... tahun ni snow turun awal wa rasa.. thn lepas bln 12 baru lah snow lebat.. ohh donia dah tua..

Dentist and Me said...

Anas ikut Dol pegi London je sebab kete wa tak muat. Dol nak jenjalan kat London dulu

Flight balik Malaya Khamis 30 Oktober 08. Sampai KLIA dijangka Insya Allah Jumaat tengahari

Dentist and Me said...

Anas ikut Dol pegi London je sebab kete wa tak muat. Dol nak jenjalan kat London dulu

Flight balik Malaya Khamis 30 Oktober 08. Sampai KLIA dijangka Insya Allah Jumaat tengahari

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ