Saturday, 11 October 2008

Kenalan baru

Paling jauh kami ke rumah terbuka adalah di Wolverhampton, lebih kurang 19 batu dari Birmingham. Diberitakan, bahawa hanya terdapat 2 keluarga Melayu di sini. Sorang darinya kawin dengan orang Inggeris. Maka tak jadi Melayu tulen la.

Sebelum mereka mengenali kami, terasa teramatlah mereka sunyi. Satu ketika di musim summer, keluarga ini terserempak keluarga Melayu Birmingham di Car Boot Sale. Perkenalan singkat tersebut telah mendekatkan mereka kepada Melayu Birmingham. Maka kami segerombolan pada hari ini, lepas maghrib, menyerbu ke rumah beliau

Awwww rumah beliau, beso wa kata kat lu. Sewa dia GBP 695 je. Biasala kalau sewa rumah orang putih, cantik dan bersih. Mengapa murah? Ini dikeranakan ia terletak jauh dari bandar utama. Haaaa lu all kalau nak rumah murah duduk jejauh sikit. Isteri beliau jadi lecturer di Uni Wolverhampton.

Rumah ini adalah rumah ke empat dalam senarai open house kami pada hari ini.

Malam sudah semakin cepat menutup tirai. Daun di pepohonan telah banyak yang gugur menutupi rumput di tanah. Tanggal 26 Oktober ini memperlihatkan sekali lagi pertukaran jarum jam seluruh negeri permaisuri ini. Ia akan dicepatkan sejam. Sekejap sahaja waktu berlalu. Tak sempat nak menikmati sesatu musim, dah bertuko ke musim yang lain. Wa rasa best gak musim banyak ni tak boring gitew, tapi ramai yang tak sependapat ngan wa.

1 comment:

Dicken said...

Fenin la wa baca bahasa lu. Melayu lama bukan, Indonesia bukan, Melayu baru pun bukan. Bunyi macam Yoda cakap Melayu ajer .. kih kih kih.

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ