Monday, 6 October 2008

Raya 7

Gambo ni wa ambik dari fliker Tok Bak. http://www.flickr.com/photos/hjesamdyunos/
Pergh ! ! ! Abstrak gitew



Dah tujuh hari wa beraya. Kejap je. Masa puasa tu tak lak rasa kejap macam ni.




Hari ni adalah hari keje. Ia juga hari pertama wa anto nasi tomato ke surau unibesti. So far so good. Anto 10 jerrr ! ! ! Laku semua cik Kiah. Ingat suatu ketika dahulu, Wan akan masuk dapo seawal 5 pagi sediakan nasi nasi tertentu ikut hari. La ni wife wa la kena sediakan. Wa lihat dia bukan main bersemangat lagi. Heh heh heh, wa pon semangat gak, apa tak nya baby, lepas gak duit dapo kami. Dulu duit ni la kami buat pegi car boot sale tiap minggu. Masa tu tak bersemangat nak beli barangan lain. Car boot jer la khanz. Ermmm masa wa sedang menaip ni, semerbak bau sambal tumis nasi lemak wife wa tu.




Eh lu all, semakin summer nak habis barangan car boot makin bagus bagus dan murah. Cuma, dah beberapa minggu ni tak leh pegi lah, selain cuaca tak mengijinkan, poket pon wa rasa setebal kain kulit bawang, nipis dan jarang gitew




Bicara tentang kain daun bawang ini, wa teringat akan aunty SOM. Amboi, kemain lagi, nak pakai baju kain daun bawang katanya. Tak kose wa you know. Pakai jubah je la aunty SOM ! ! ! Awwww lagi ! ! ! .
Kat sini kami ada tanam daun kesom. MIL wa bawa dari Malaya hari tu. Wan pon ada gak bawa dulu. Tapi tanam tak idop. Tak kena tahan kat airport you. Ada la amalan mereka tu. Sesungguhnya, kisah daun keSOM ini tak ada kena mengena dengan sesiapa.



Cho dah boleh jalan sikit sikit (Gambo ihsan Tok Bak)




Dulu masa wa di Malaya, kami selalu beraya di rumah Tok Bak ni di Endau. Tok Bak dan Wan selalu datang sini. Drivernya Enn la. Ni semua sepupu wa dan anak anak mereka. Dah beso mereka ni ye. Viva Holand ! ! ! Oren gitew dinding rumah tersebut. (Gambo ehsan Tok Bak)

3 comments:

somuffins said...

Dentease, kain KULIT bawang dan kain DAUN bawang ni SAMA ke? Apsal wa terasa nak makan sup tabur daun bawang banyak2 aje nih?

BTW, Aunty SOM kawan lu tu mesti rupawan ekk?

cibil said...

cmner ropenye kain daun bawang, daun sup ni...? yang wa tau kain batik dgn kain pelekat je.. hihih

Dentist and Me said...

Mana sama cik SOM. Satu kulit satu daun.

Cibil, kalau lu join group Datin, lu kenal mana satu kain kulit bawang. Nak join tak perlu jadi Datin you. Jadi meriah macam Aunty SOM pon lu akan tau gak

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ