Ramadhan udah, lebaran pon udah. Haa lepas tu rumah terbuka plak la khanz
Dulu masa kat unibesti Malaya, (awww wa pernah belajo kat Unibesti Malaya wa kata kat lu, jangan memain) aktiviti rumah terbuka pon dah ada. Cuma namanya dorm terbuka. Wa tak ingat wa ada join ke idok. Seingat wa, wa tak join. Masa tu Datuk Azalina senior wa, di Kolej Pertama. Lu garang ooooo Latok ! ! ! Haiyya
Hari ini Hj Shidi buat majlis makan makan untuk warga Selly Oak. Wa dah jadi bekas warga Selly Oak. Walaupon begitu bukan jauh sangat Selly Oak ni dengan Harborne. Isteri Hj Shidi ni sedang mengandung. Tapi masakan dia memang curlass gitew wa kata kat lu. Depa buat errr apa ke nama menda tu, nampak macam mee soup, tapi bukan pakai mee, dia pakai macaroni. Dia ni pandai buat kek. Hari ini dia buat coklat cake.
Memula wa tak nak pegi, sebab wa balik keje lambat, dekat jam 9 mlm. Namun kerana wa ni popular, maka tak popular la kalau wa tak pegi jengok khanz. Pegi gak la. Malam ni hujan. Sojuk you ! ! !
Cuaca sekarang ni memang dah sangat sejuk bagi wa. Sementara sepanjang tepi jalan raya telah banyak dedaunan kekuningan gugur. Dedaunan atas pohon yang sebelumnya hijau pon telah bertukar menjadi kuning keorenan. Wa ske pemandangan seperti ini. Lain dari pemandangan di Malaya.
Selagi boleh merasa sejuk, maka bersyukurlah. Kalau dah balik Malaya, macam budak sorang tu, terkena panas, mula lah sakit kepala la, demam la, sore serak serak basah la. Haaa mengader khanz lu khanz. Namun nak kata mengader tak gak. Wa tau dia bukan jenis mengader punya. Dia ni chop apa ek ? ? ?
3 comments:
chop barang baikkkkk punyaaaaa....
ooo lu mengata wa yeee... mementang la wa dh balik malaya.. wa rindu uk u know... wa sempat ambik daun kering bawak balik satu haritu.. hihih!
Lu mengapa lu bawa balik satu je lu. Patutnya lu bawa banyak sikit, letak dalam buku. Bila sampai Malaya, framekan baik baik, guna frame curlass punya. Gerenti cun wa kata kat lu.
kata orang.. yang SATU tu la yang kekal... tak gitu? hihihi!
p/s: a'ah wa mmg buh dlm buku.. ala2 nostalgic gittew..
Post a Comment