Sunday, 19 October 2008

Raya ke 19

Semalam ada 4 rumah, hari ini ada 5 open house. Semalam kami dapat pegi 3 rumah, satu rumah di Coventry kami tak dapat pegi sebab wa penat, hari ini wa tewas lagi. Rumah kelima wa tak dapat pegi kerana letih

Semalam wa ingat dapat lay park kat rumah sebab tak pegi Coventry, namun sangkaan wa meleset. Wife wa ajak ke IKEA Wednesbury. Beli satu lagi shelves untuk garrage. Dan wa dapat satu meja kerja untuk wa letak laptop, printer dan kelengkapan wa yang lain. Hui best wa kata kat lu. Tapi wa hutang ngan wife wa. Bulan bulan bayo, awwww ! ! !

Lu all nak tau, rege minyak kat Birmingham ni dah turun ke bawah GBP1. Tepatnya GBP0.99 per litre. Ada banyak tempat yang dah jual pada harga ini, antaranya ASDA, Tesco Express Bournville, dan mana lagi wa lupa, maaf zahir batin kat wa

Ada kawan wa nak datang Birmingham. Insya Allah wa akan gunakan kepakaran wa selama ini untuk bagi dia datang Birmingham ini asa smooth as they can. Macam masa wa datang sini hampir setahun nan lalu. Dulu wa datang sini red carpet wa kata kat lu. Semua dah disediakan oleh keluarga BIL wa dibantu sebagian warga Birmingham. Tapi lu all, depa tu tergolong walet tebal. No hal punya. Semua perbelanjaan didahulukan. Heh heh heh, tengkiew ! ! ! Hanya Allah membalasnya

Dol dah buat keputusan nak balik Malaya pada 30 Oktober. Alamak ai sedih la wa. Satu sebab dia nak balik. Hilanglah pembantu wa dan seorang keluarga wa di sini. Kedua dia mimpi Wan dan Tok Bak setiap kali sholat Istikharah yang dia lakukan sejak malam raya. Wa sangat berharap segalanya selamat.

Wan pula kata dia mungkin tak dapat nak datang Birmingham Dec nanti atas sebab kesihatan. GULP ! ! ! Lepas MIL wa balik, mungkin wa kena hantar Madeehah kat rumah Cikgu Jue. Cikgu ni kecik je, lembut je orangnya. Wa harap Madeehah akan mewarisi serba sedikit sifat lembut dia ni nanti.

Lu all ... kat sini depa ni berlumba lumba tuka kunci kereta. Ada dua klub dah terbentuk. Mercedes dan volvo. Pergh, lu all dah nak balik ke lu all? Tiap kali wa pegi rumah terbuka, wa lihat sama ada merc atau volvo. Adus, mengancam beta sungguh la depa ni. Untung depa ni sebab keluarga depa kecik. Bagi keluarga wa yang agak beso ni, tak ada banyak pilihan. Untung ada Sharan. tapi ... brake kete wa dah tak makan you, awwww ! ! !


Jumpa lagi

3 comments:

Anonymous said...

oh, Dol nak balik Malaya.. mungkin rezeki dia kat Malaya la lu.. kirim salam kat Dol, dh lama tak ym dgn dia..

Uihh lu ni.. pi la repair break keter lu tu.. bahaya tau..

p/s: Wa rasa nak apply Univ of Birmingham as one place to pursue my PhD.. apa kata lu..? hihi..

Dentist and Me said...

Wa sangat galakkan lu buat PhD di Birmingham. One of the best University in UK, awwwwww ! ! !

Kommunity all right, makanan halal mudah diperolehi, pengamalan Islam dalam suasana yang menggalakkan, dan mudah untuk ke mana mana, wa kata kat lu, lu know

Dicken said...

Tak daepek tukar kunci .. tukar kepala kunci dia pun jadi lah. Tak pun pakai key chain BMW/Volvo/Merc .. hiks.

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ