Thursday, 15 November 2012

Malam 16 Nov 2012

Amir tak sekolah hari ni. Teacher’s day training. Semalam dia wakil sekolah dia main futsal 4 sebelah. 4 games, 3 lost and 1 win. He score the last games, 1-0. Well done Amir.

Lepas ambik Amir kat sekolah Dame Elizabeth, tempat perlawanan futsal, wa anto pulak Aiman dan Anas kelas tambahan Matematik. Dulu mende ni sema wife wa yang buat. La ni wa kena korban kerja wa untuk layan mereka.

Semalam wa masak ayam cili api. Memang sedap. Sangat sesuai dengan selera wa. Tapi lauk dan nasi tak habis. Curiga wa. Ngape ye? So pagi tadi wa masak nasi goreng untuk wa dan Amir yang tak pegi sekolah. Makan dengan lauk lemak cili api semalam. Ala campak campak je, hu hu hu. Memula, campak ikan bilis dalam minyak panas. Bila dah naik bau, nampak gareng, masuk bawang putih, bawang beso dan halia. Lepas tu masuk nasi. Campak serbuk nasi goreng ikan bilis adabi. Gaul sebati. Tambah la sikit sayo dan lada merah untuk dapat citarasa pedas gitew. Akhir sekali, campak telo. Siap

Lepas sarapan, basuh periuk, masak nasi untuk tengahari. Lauk hari ni, ayam gulai merah. Benonya tak merah ronanya, jadi oren. Ngape tak jadi merah ye. Anda tau?

Hari ni sebenarnya, wa kena ambik kete Audi Q7. Putih you I kata kat you. 3.0L diesel register Nov 2010. Saking mesra alamnya, road taxnya separoh road tax Q7 biasa. Kalau normal kena bayo £460 setahun, yang ni £250 jer, awwwwwww

Owner asal keje kat Wales. Tapi dia menetap di Birmingham. Oleh kerana dia nak balik Birmingham, maka wa kata kat dia suruh dia anto kete tu kat wa. Lepas tu wa anto dia balik. Dah jadi kawan pulak. Sebabnya dia ni doktor pakar kanak kanak. Jadi bicara doktor doktor gitew. Bagi yang kepoh nak tau regenya, wa bagi bayangan je, thak sampai phon £37 rybu.

Esok wife wa dijangka sampai di Heathrow, jam 4:15 petang. Anak anak wa balik sekolah, jam 3:15 petang. Perjalanan dari Birmingham ke London lebih kurang 2 jam. Secara lojik aqalnya, memang tak sempat la wa nak tunggu depan dewan ketibaan khanz. Alhamdulillah ada adik ipo wa kat London. Dialah yang akan sambut isteri dan 2 orang lagi anak wa esok Insya Allah. Wa jemput mereka di rumah adik ipo wa je






Plan wa, esok lepas ambik mereka wa nak collect satu lagi kete kat Uxbridge. BMW 335i coupe. Tapi logistik nya agak malam la baru boleh diambil. Calling sana calling sini, akhirnya, adik ipo wa juga kena ambik kete tu hari ni. So malam ni kete tu bermalam di rumah adik ipo la dulu. Esok balik Birmingham gitew. Memang tak muat gak kalau nak naik satu kete balik Birmingham khanz. Beg beso ada 3 beg kecik 2.

Tadi wife wa text suruh kejut 5 pagi waktu Malaya. Bersamaan dengan 9 malam waktu UK. Dengan dedikasinya, wa tunggu lah hingga 9 malam. Lepas tu wa call dia, kejutkan sebab mereka nak bertolak ke KLIA jam 7 pagi.

Madeehah dah dapat surat terima masuk sekolah lama dia. Maisarah pon dapat masuk sekolah baru dia. So semua sekolah balik di UK. Tapi untuk berapa lama ? Ntoh la.

Dapat call dari buyer keta wife wa. Dia kata gear kete tak masuk. Sudah. Apa lagi ni ?

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ