Thursday, 22 November 2012

sorak bagai nak rak, rete tergadai

Pagi ni wa dengo radio ceramah ustaz. Isu panas sekarang ni adalah kekejaman yang berlaku keatas Rakyat Palestine. Ustaz kata, kita lihat hanya satu sudut perperangan sahaja. Menurutnya, yang kita nampak bahawa Rakyat Palestine teruk dilanyak, dihina dan dinafikan kemanusiaan mereka.

Ustaz bawa cerita katak atas pokok dan angin. Angin ada dua. Pertama angin kencang. Makin kuat angin bertiup, makin kukuh pegangan katak atas pokok. Katak tersebut mungkin selamat tak akan jatuh. Tapi ada satu lagi angin yang dinamakan angin sepoi sepoi. Angin sepoi sepoi ni, tak kuat, lembut je dia bertiup. Katak yang tadinya duduk atas pokok, sangat terkesima dengan sepoian angin sepoi sepoi. Mata kuyu dan makin kuyu, lelama terlelap dan jatuh sendiri.

Jadi memang kita lihat Rakyat Palestine diserang begitu teruk dengan serangan yang nampak, ketenteraan dan keganasan. Kanak kanak syahid pecah kepala, pecah perut, wanita orang tua atau muda bagai tiada harga lagi dianiaya dengan zalimnya, tapi keimanan mereka bertambah setiap hari. Bantuan Allah pasti datang. Umpama serangan angin kuat tadi.

Kedaulatan sebuah negara yang telah dirampas sedikit demi sedikit

Lalu dimanakah kaitan angin sepoi sepoi itu? Angin sepoi sepoi itu adalah serangan akal pemikiran. Di Malaysia, kita diserang dengan pelbagai serangan pemikiran yang cuba merubah pandangan kita terhadap ISLAM. Ia maha hebat tapi tak nampak. Kerana serangan akal fikiran ini, bukan musuh yang membunuh kanak kanak di Malaysia, tapi kita sendiri yang membunuh mereka, kita buang bayi dalam tandas, lontar dari atas banggunan, kita doakan kehancuran kepada sesama ISLAM. Kita bergaduh sesama sendiri, kita yang menghancurkan diri kita sendiri, tak perlu musuh bersusah payah. Kita malah melihat kekejaman kita tersebut sebagai suatu yang patut mendapat pujian.





Astagfirullah ..

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ