Monday, 12 November 2012

Bulan Zulhijjah

Beberapa minggu lalu kita menyambut Aidil Adha. Tok Bak balik dari Mekah 3 Nov 2012. Tok Bak belikan wa minyak attar. Wa belum dapat lagi. Harap wife wa tak lupa bawa dari Malaya masa dia sampai sini Jumaat ini.

Hari ini sampai 3 parcel.

Pertama cover kereta Audi RS3. Hu hu hu kete ni memang mengancam. Bunyi dia sedap didengar. Steering dia enak dipegang. Menuver memang best. Semalam wa basuh kereta ni dengan anak anak wa. Kebetulan cuaca di luar bermentari. Pagi tadi hujan renyai. Tak sempat nak cover kereta ni dengan cover kereta yang baru sampai tadi. Jadi wa rancang nak basuh kereta ni sekali lagi sebelum wa cover ia dengan cover baru itew. Rege cover tu tak lah mahal sangat, £345 jerrrrr ! ! ! ! ! !

Kedua sampai left handle cover for Ducati Multistrada 1200. Macam plastic jer. Regenya almost £70.00. Ada signal. Wa terfaksa DHL ke Malaya.

Ketiga, sampai pula Philips Air Fryer. Wa oder satu lagi sebab ada kiriman dari orang Malaya. Dulu wa dah beli satu, kaler itam. Senang keje. Masok apa yang nak masak, set suhu, set time, done. Lepak la lu sampai dengo bunyi keting. Bila dah dengo bunyi keting tu, dah masak la maknanya.

Wa pon ada anto parcel DHL ke Malaya. Kandongan parcel tu adalah Log Book Audi Q3. Dulu dah anto, tapi ilang. Log book ni nama lain dia, V5. Kalau tak ada V5 ni susah sikit la nak claim kete tu kat Port Klang. Dalam Parcel tu juga, wa kirim brosur Audi R8 V10, Lambo engine bro wa kata kat lu.

2 bulan lalu, masa wa collect Audi Q3, wa test drive R8 V10 ni. Memang fulamak la wa kata kat lu. Kalau engine V8, ada rasa macam tersengguk sengguk setiap kali tuko gear. Yang ni wa kata kat lu, sangat mulus. Grip to the road, superb. Pergh best wa kata kat lu.

Ni nak ceta tajuk utama. Hari ni wa terima rendang daging qurban dari jiran belakang rumah wa, Ustaz Ghazali. Tengahari tadi wa masak kari ayam. Wa dah makan kenyang kari ayam tadi, jadi rendang ni wa panaskan untuk esok la. Hu hu hu tak yah masak esok dan beberapa hari lagi lah. Banyak Ustaz ni anto kat kami. Thanks Ustaz, tak lufa juga untuk isteri Ustaz, Dr Wan. Mesti Dr Wan yang masak ni.

Ramai betol kawan wa, Ustaz dapat jodoh dengan doktor. Memang trend doktor jaman itu cari Ustaz kot, hu hu hu.

Malam pulak, wa dapat call, ada orang nak test draib kete kedua wa di UK. Lama dah wa pakai kete tu, 4 tahun you. Dah jadi nak beli, rege pon dah setuju. Idok le mahal bebeno jualnya, tapi insuran 2 kali ganda lebih mahal dari rege kete. Hu hu hu kalau ada rejeki, jadi la dia beli, kalau tak ado rejeki, idok le jadi teman jual kete itu.

Balik sekolah tadi, anak wa minta ijin, nak pegi kelas boxing. Hu hu hu, ngape la dia nak belajo boxing pulak ni. Wa kata next week la. Mama dia ado, boleh anto. Lagi pon hari ni wa nak bawa kete wa jumpa buyer.

Ni tak tido lagi. Tunggu gmail. takut takut ada oda dari Malaya. Sambil layan youtube Lionel Messi. Hebat no Messi ni. Esok cuti di Malaya, maknanya tak ado la TT tu.




No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ