Monday, 19 November 2012

Milan EICMA 2012

Atas Switzerland





Sampai rumah dari London pulang dari ambil wife dan 2 lagi anak wa lebih kurang jam 11:30 malam hari Jumaat 16 Nov 2012. Jam 6:00 pagi, Sabtu 17 Nov, pegi airport untuk mengejar flight 7:10 pagi ke Milan. Member anto ke airport. Nasib baik dah buat online checkin. Sungguh pon begitu, wa berlari lari anggun masuk flight. Nak berlari gaya Ussain Bolt, nanti sempot pulak. Ngamngam sampai pintu pesawat dibuka. 

Flight Flybe, macam Air Asia. No money no meals. Anyway Good flight, quite big, so didn’t feels uneasy. 

Sampai 10:15 pagi kat Milan Malpensa Airport. Kecik jer airport ni, tapi tetap lenguh jalan kaki. Malang sungguh tak ambik pon gambo. Kembara kali ini memang terkejut punya kembara. Beli tiket sehari sebelum berlepas, jadi tak ada persiapan langsong. 

The easy way to move around is by a taxi. Tunjuk je alamat, pandailah dia anto. Namun begitu tuan tuan dan puan puan, mahalnya minta ampon. Sampai hotel, check in, Hotel kat bando kecik. kiri kanan tak ada banggunan. Lantai bilik kayu laminated, alamak ai, lemah I. Apart from that, ok la. Clean and quite a big space

Tak sampai 10 minit, kawan wa dari Malaya call. Dia kata, dia datang ambik wa, nak tuko hotel yang dekat dengan Milano. Terus check out, dan poie la kami ke tempat exibition. 

Mak ai, besonyo tompek nyo. Terbayang dah ponat la Den berjalan. Hujung ke hujung sayup mato memandang. Tiket sehari €18. Namun sebagai foreign motor trade, kami dapat tiket free. Hu hu hu. Selamat duit kompeni wa. 

Lotih. Poie Milan naik teksi, €27. Patutnya duduk Hotel Rio. Tapi penuh. Nasib baik, ada hotel sebelah. Bedanya yang ni 4 bintang, dan harga semalam €130 lebih mahal dari Hotel Rio. Wa menunpang jerrr. Kawan wa bayo, lagi pon dia suruh wa duduk sini. Duit bayo Hotel awal tadi, Hotel Mito kira burn. 


EICMA, claim as the biggest motor show in the world, hu hu hu

Memacam moto ado

Harley custom

Moto eletrik


Wa tinggal dekat beno dengan tempat ni. 

Sampai hotel dah malam. Mandi, sholat. Wa pon keluo kejap sebab lapo. Dah malam bai, kedai pon banyak yang dah tutup. Sebelah kiri tempat dalam gambo kat atas ni ada tempat jual makanan segera. Wa jumpa pasangan Arab, tanya dia mana nak beli makanan halal, dia kata tak ada di sini, tapi wa boleh makan pizza margareta, lalu wa pon beli lah, tambah buah buahan, french fries dan coke. Kenyang la gak

Suasana di sini pada malam itu, agak nyaman. Ramai keluarga lepak bawa anak anak mereka keluar. Tak nampak pulak kelibat tourist. Mungkin sebab malam.

Esok pagi, kami sarapan di cafe depan hotel. Makan roti dan spageti seafood. Wa dah buat apa yang disuruh atas nasihat orang yang datang sini. Kata kat chef dia, kami ada masalah digest tak boleh sentuh apa apa pon berkenaan babi dan meat. Sebab depa ni tak paham kalau kata tak makan babi. depa ingat kita tak makan daging babi, jadi depa letak atau tabur serbuk babi, hu hu hu. Kalau kata masalah digest, depa ingat kita akan pitam dan muntah darah la kalau sentuh babi. Nanti kena pegi hospital, tak pasal pasal cafe depa dapat nama buruk



Member wa terus ke exibition centre lepas tu. Wa nak jenjalan sekitar kota Milan. Wa ni ske tengok suasana di setiap tempat yang wa pegi. Tengok orang dia, cara mereka berinteraksi, kedai dia, dsb. Suasana malam dan pagi agak lain. Bila siang, punya lah ramai tourist. Masa ni la nak berlaku kejadian yang kita tak ske. Selok saku la, trend lain, dia bagi jagung, letak kat tangan kita, bagi burung merpati makan. Lepas tu ambik gambo. Macam baik je mereka ni. Jadi jangan tertipu. Lepas kita ambik gambo mereka akan eko kita, minta duit. Bukan sikit tuan tuan dan puan puan, €20 la wa kata kat lu.

Wa dah tau, tapi tak berapa elert. Sebabnya, depa ni terus tangkap tangan kita dan bagi jagung. Kawan wa terkena, akhirnya wa bagi je la kat mamat tu yang ngaku ISLAM tu, €5 dan ajak kawan wa blah. Giler senang rompak cara halal kat tourist


Tengah tengah exibition centre. 

Wa jenjalan di Milan. Masuk kedai tu masuk kedai ni. Tengok apa yang mereka jual. Untuk cendera hati wa beli la beberapa baju anak wa. Ok la. Tak mahal sangat. Balik hotel, sholat jamak qasar, check out hotel

Lepas tu wa, pegi balik exibition centre tu. Naik tube. Murah je, €2.50. Jalan la kat situ sampai tak larat nak jalan lagi. Call kawan wa tak jawab. Bising kot tak dengo call. Sampai sudah wa tak jumpa dia. Flight wa balik Birmingham jam 8:40 malam. Pukul 4:30 petang wa dah letih. Nak naik keretapi pon dah tak boleh nak pikior lagi. Akhornya naik teksi, kena lagi €65.00



Night at Birmingham
Perut punyalah lapo. Nak makan tak lalu. Akhirnya beli muffin dan roti. Makan dengan cafe latte. Ngantok komain lagi, tapi kalau tido takut terlelap sampai terlepas flight. Masuk Maghrib, jamak qasar dan Layan la mata 3 jam sebelum naik flight ke Birmingham. Dalam Flight, pasang seat belt terus tido sedo sedo eh dah sampai Birmingham, kejap nya hu hu hu

Balik rumah kawan wa ambik di airport. Nasi dah terhidang, nikmatnya 

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ