Tuesday, 13 November 2012

Placebo : Fear and Faith

Lepas anto anak wa sekolah, wa terus anto kete wife wa buat MOT. Temujanji 9 pagi. Nak balik duit tunai tak banyak. Keno la naik bas. Bukan kali pertama wa naik bas dari bengkel ni balik rumah, tapi, kerana jarang sekali wa menaiki bas, menyebabkan wa terlufa la. Tapi dengan berkat pengalaman berjela, rugi la kalau naik bas balik rumah phon thak tahu khanz

Sampai bull ring, semua orang turun, maka tahu la wa bahawa itu adalah hentian terakhir. Masuk Bull Ring. Cadang nak keluokan duit kat ATM. Balik ambik teksi. Tengah sale bai. Tapi masih tak mengancam. Sale Januari lagi ngangga. 

Depan kedai games, orang berderet panjang. Call of Duty baru launch. Ada offer, trade in PS3 slim dgn the latest PS3 dapat 2 games, salad satunya Fifa 13. Ooooo patot la ramai orang. 

Ke hulu ke hilir wa cari jalan keluo tempat teksi. Yang jumpa lift ke parking kete. Akhirnya, jumpa, hu hu hu macam la kompleks sangat Bull Ring ni. Rasanya minda wa je yang, hu hu hu eh nak tengok sale ni la, uuuu sale tu bestnya. NOPE NOPE. No more spending. Kah kah kah, macam la wa ni kaki spend. 

Anyway, benonya kita ni dikawal oleh minda akal kita. Kita boleh jadikan akal kita ini ubat. Kira self health provider. Semalam anak wa ceta pasal placebo. Mulanya wa tanya dia tengok ceta apa ni? Lalu dia terangkan lah kat wa. Terngangga gak la wa dengo penerangan dia. Dah la tu kecek bahaso Inggeris pulak tu. Amatlah jauh pandangan wa terhadap anak wa ni. Dia dah jauh kedepan, wa masih ingat dia masih lagi anak hingusan. 

Anyway placebo ni macam kononnya bila kita demam, pegi jumpa doktor. Doktor pon injek la kat lengan. Doktor kata, ubat ni power giler. 30 min baik. Kita pon percaya, lepas 30 minit … baik. Bila tanya balik doktor tu apa ubat dia bagi, dia kata injek air yooooo. Jadi minda kita mengawal pergerakan badan kita. Allah Maha Kaya. Telah dipersiapkan keatas kita segala perlengkapan untuk kita mengharungi kehidupan. Cuma kita jer yang mencari selain dari NYA

Sedang wa belek periuk Jamie Oliver, periuk wa yang ado kek rumah tu non stick. Tapi dah nampak besi nyo kena sental. Tak jadi non stick lagi dah. Tetiba dapat call. Student yang test drive kete wife semalam jadi nak boli keto tu. Maka rejeki wa la jadinya. Niat asal wa, nak jadi Muslim yang bermanfaat kepada Muslim yang lain. Jadi kalau wa nak jual keto tu, janganlah pula ia mendatangkan kepayahan kepada pembelinya. Awww mulia doa wa ini

Wa sambung menapak. Nampak pintu. YEY ! ! ! Nampak teksi, waaaaaaa lega. Tapi toleh kanan, nampak bas. Wa kata, naik bas je murah. Tadi bayo £2, ni lagi £2. Kalau naik teksi £13. Memang murah

Jam dah 11 pagi. Kata foreman dia akan call 10:30. Maka hati wa pon berdebar, apo keno eh jang keto den. Den call, betol. Ekzoz fail. Hu hu hu berita buruk buat wa, tambah lah duit bekki kete ni. Tapi jauh disudut lain, Allah dah maqbulkan doa wa. Moga kereta ini akan memberi manfaat kepada pembelinya. Amin

Bas pusing sana pusing sini. Akhirnya berhenti dekat sainsbury’s. Kira dekat la dengan rumah wa. Wa turun. Jalan kaki. Jaraknya lebih kurang 1/3 dari jarak rumah wa dengan sekolah anak wa. Somput den den kato kek ekau. Beginilah rasonya anak den tiap kali den suruh anak den jalan kaki balik sekolah. Sojuk pulak tu. 

Sampai rumah. Masak nasi. Rendang Ustaz wa panaskan. Wa makan dengan nasi lebih semalam. Nasi baru masak bagi anak wa makan. Hu hu hu kalau masa wife den ado kek sini dulu, tak main la wa makan nasi semalam. 

Hari ni Selasa. 3 hari laie, wife den sampai dengan 2 laie anak den Insya Allah. Maka istirahat la den hu hu hu 

2 comments:

CS said...

assalam
Apa hal tetiba mencemar duli keblog wa?? Ingat dah tak sudi. Bila Dini datang, lu lemaklah ehh?

Dentist and Me said...

Friday sampai Insya Allah

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ