Wednesday, 7 November 2012

Langkah

Semalam wa pegi keje. Wa keje di ROH. Wa mula keje kalau tak silap wa, Julai 2008. Maknanya dah 4 tahun 4 bulan. Pada awal keje, wa agak gumbira. Keje banyak. Waktu keje panjang. Income wa hu hu hu hampir £250 seminggu. Korang lebih £1000 sebulan lah khanz. Macam mana wa thak gumbira, wa berpindah dari keje dengan gaji £100 sebulan ke £1000 sebulan. Awww panjang angan angan gitew

Lama kelamaan, waktu keje wa jadi makin pendek. 4 tahun 4 bulan, akhir November ni, wa tara keje lagi di ROH. Kena berhenti. You know, sack ! What a lovely script.

Dalam masa 4 tahun 4 bulan wa di ROH, banyak kali dah bertuko manager. Gaji manager ni beso. Tapi inilah pertukaran pengurus hospital yang paling mangkok ayun kepada golongan seperti wa ini.

Latar belakang dia ni, katanya, bekas akuntan. Hu hu hu memang la wa ni tak berapa ske sangat bila berurusan dengan akuntan. Dia ni pulak, menguatkan tahap ke tak ske an wa terhadap profesi akuntan ini. Senang kata, bagi wa la, dia ni tak tau pasal perjalanan hospital, tapi nak tunjuk lagak, awwww harunya

Mengapa wa ske keje kat sini dulu, sebab, mungkin wa sangat teruja gitew. Siapa tak teruja, peningkatan gaji 10 kali ganda you, you tak ske ker you?

Selain itu, wa rasa sedikit dihargai. Al Maklumlah, peningkatan dari tukang cuci thandas gitew. Tapi wa dapat rasakan bahawa kehadiran kami ni, walaupon berada di kedudukan tangga gaji paling bawah, paling bawah you, kami tetap dianggap sebahagian dari tubuh ROH. Kehadiran kami amat, kalau tak phon, konon konon nya amat diperlukan.

Anyway, it doesn’t ma’er. Allah Maha Kaya. Moga kengkawan wa yang sama nasib macam wa, yang kena berhenti tu dapat mencari jalan untuk menampong hidop di bumi Inggeris ini.

It’s lovely. Memang kurniaan Allah swt Maha Agong. Banyak yang wa belajo di ROH. Segalanya dipersiapkan Allah untuk kehidupan akan datang. Wa tak tau apakah dia, namun dapat wa rasakan perjalanannya agak pantas.

2 comments:

CS said...

Doc Aji
Lepas Akhir November nih, lu nanti 'jual anggur' eh?? Tapi tak haper ler, penjual anggur lain mana ada drive an Audi, tul tak??

Dentist and Me said...

Wa jadi penganggur di ROH tapi thid hak di them phat laen

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ