Monday, 18 February 2008


14 Feb lalu abang ipo wa yang duduk di Eagham, London tu pulang ke tanah air. cuti selama 3 minggu. Wa kata kat dia wah bestnya balik Malaysia ... dia jawab


DIA : Best ? ? ? ... panassssssssssss ! ! !


hi hi hi. pagi tadi kat sini, sejuk gila. -1 degree celcius. Butir butir salju turun dan mengenai kulit muka wa yang putih ini. Bila wa lihat di cermin, macam rosy cheek. Betul, wa memang tak letak gincu di pipi wa


Pagi tadi wa bawalah camera digital wa. Lepas hantar anak anak wa ke sekolah, wa berhenti sekejap di tepi padang. Jumpa pula rakyat Malaysia yang sama sama menghantar anak nya ke sekolah. Maka memang nasib lu all cerah. Dapatlah wa bergambar sakan. Pos gitu pos gini.





Ini pemandangan belakang rumah wa pagi tadi.




Dari master bed room wa. Yang ada lampu spot light tu Coop Mart. Kalau kami terdesak, olehlah kami berbelanja di situ. semua benda ada, moden dan bersih. Harga barang ada yang lebih murah ada yang lebih mahal dari di luar





Ini pula padang di sekolah anak anak wa. Sebenarnya ada selapis tipis salji di atasnya. Kalau lu all nak tau, bukan setakat rumput yang beku, tanah tu pon beku dan keras. Kalau ada air bertakung, air tu pon keras


Sebenarnya, kedudukan sekolah anak wa ni lebih tinggi dari kawasan sekelilingnya. Maka nampaklah rumah rumah yang di bawahnya. Rumah wa di bawah tu. Nampak tak. Sebenarnya memang tak nampak, jadi tak payahlah mengada ngada nak cari

Wa buka sekejap sahaja glove sebab nak ambil gambar taman, bunga yang dah nak berputik, kabus, rumput yang beku dan keras. Jari wa terasa sangat sakit. Sama rasanya seperti jika wa meletakkan jari wa dalam freezer qualiti tinggi di rumah lama wa dulu. Ha jadi kalau lu all nak rasa macam mana wa rasa pagi tadi, lu all masukkanlah jari lu dalam freezer kat rumah lu all ye. Segala rasa kesakitan tersebut wa tahan je. Yang penting lu all dapat lihat gambar wa, wa ikhlas buat semua itu.

Masa wa di Malaysia, wa akan simpan, RM50 untuk saving, RM50 untuk investment dan RM50 charity. Maknanya wa akan simpan RM150 sehari. Dengan berbuat demikian, wa tak rasa sulit untuk berbuat sesuatu sesuai kegunaan wang wa yang terkumpul tersebut. Kat sini wa belum berjaya lagi meneruskannya. Wa baru nak start buat GBP5 seminggu untuk setiap tabung wa.

Terasa susah sangat nak dapat duit di sini. Inilah perbedaan wa antara duduk di Malaysia dan duduk di UK. Dan ini juga merupakan pelajaran buat wa agar jangan boros dalam berbelanja waktu ada, agar bila tiba waktu tiada, kita tak terlalu keciwa dengan keadaan yang melanda. Sebenarnya wa tak suka mengeluh ni, namun bla wa fikir mungkin ia dapat menjadi pedoman kepada yang memerlukan, maka wa teruskan menulisnya.


Hi hi hi daaaaaaa


2 comments:

Dicken said...

Kasi selit la biz card ke phone number ke kat balang kutip proceed tu .. lagi la masyuuk, orang order utk functions pulak.

Dentist and Me said...

a ah lah. Baru wa terbuka mata dan minda. Thanks dicken. wa buat wa buat, Insya Allah

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ