Thursday, 28 February 2008

Jumaat lagi

Jumaat datang lagi. Ia adalah hari yang membuat ramai orang gembira. Wa pon tertunggu tunggu gak ngan hari ini. Habis sahaja sholat Jumaat, kawan wa ajak pergi tengok rumah sewa. Landlord dia buat hal. Nak naikkan sewa lagi. Setakat ni, rumah wa ok lagi. Landlord tak pernah buat hal. Wa berdoa agar dia tak buat hal lah.


Lepas tu wa pergi jumpa agen rumah wa. Sebabnya pagi tadi wa cuba nak buka akaun bank di Lloyd TSB. Tak boleh beb. Alasan bank pertama sebab wa tak keje. Jadi wa cuba pulak di tempat akaun wife wa. Alasan bank ni pulak, dia kata ok, lega wa, cuma depa nak teneancy agreement atas nama wa.


Maka wa bergegaslah ke agen rumah sewa wa. Eii geram gaklah wa, kena buat apointment pulak. Terpaksalah wa tunggu hingga hari Mon Doay. Oleh itu, nasihat wa kepada mereka yang ingin datang sambung belajar di sini,



Pertama
Semua bil buat atas nama spouse yang tak sambung belajar. Kerana, ia memudahkan spouse lu buka akaun bank dan urusan minta kerja.



Kedua
Jika dah ada bil atas nama spouse, jangan cepat tukar ke online (paperless bill). Kerana bank nak lihat paper bil bulan kedua dan seterusnya, bukan bil bulan pertama



Lepas tu wa ke surau, ambil hasil jualan. Hari terakhir minggu ni, pecah rekod lagi GBP40.50. Kali ini wa bagi kepada 4. Mak GBP40, wife wa GBP40, wa GBP40 dan saving GBP40.



Ada sesuatu yang merungsingkan wa. Market wa adalah student. Jika mereka bercuti, maka wa pon kena cuti juga. Kalau sekejap tak apa. Kalau lama, ai terjejas wa. Di khabarkan, Ester mereka cuti 5 minggu mulai 20 Mac 08. Summer, mereka cuti 3 bulan mulai Mei 08. Apa langkah seterusnya agar pendapatan wa berterusan ye. Lu all ada idea tak?



Wa ambil anak anak wa tepat jam 3:15 petang. Bergegas pulang ke rumah, untuk sholat Asar. Keluarkan seat mpv wa. Heh heh heh, sebagai pembaca yang pintar, lu all mesti tau apa wa nak buat seterusnya.



It's a freecycle time. Wa pergi ambil kerusi computer dan vacum cleaner. Dalam email, dia kata, kerusi tu sangat elok, memang elok pon. Dan vacum cleaner tu tak elok, kurang daya penyedutnya. Memula wa sempat gak sound my wife, ngape ambik barang yang rosak? Sebab dah janji, wa ambil gak lah.

Dyson DC07. Nama dia Kathy. Dia bagi pulak alamat rumah mak dia suruh ambil satu lagi kerusi yang sama. Hi hi hi, sebab kerusi tu memang elok, jadi wa tak tolak.

Lepas wa ambil wife wa, wa pergi ambil kerusi tu



Sampai ke rumah, wa try Dyson tu. Memang tak kuat daya sedutan. Namun, wa pernah mengalami masalah yang sama pada vacum cleaner wa di Malaysia, apa namanya ye, haa wa dah ingat. RAINBOW ! ! !



Lepas Maghrib, wa buat operasi. Buka internet, lihat website dyson, cari model vacum tu, dan print manual. Wa cek satu persatu. Last sekali wa buka penyedutnya. Sah itu penyebabnya, ada kertas yang halang hose, hingga semua habuk tersangkut, tak boleh sedut, malah tertinggal pula di carpet. Lepas di bersihkan, vacum tu beroperasi seperti biasa. Very excellent condition. Harganya jika nak beli baru tak kurang dari GBP150.00. Puas hati den ! ! !





Dyson Dc07, bersedia berkhidmat. Kat UK ni, wa nak boli tak cukup duit, Alhamdulillah wa dapat free kawan bagi (kira kawan lah). Kat Malaysia pon wa ada gak vacum cleaner Dyson ni. Bukan wa beli, tapi kawan wa bagi yang rejek kilamg. Memang ok sangat. (Terima kasih KZ JehBee)




Mlam tadi angin bertiup sangat kencang. Berdentum dentam wa dengar bunyi di luar. Kat sini, kita ada bekas sampah untuk letak barang recycle. Tong plastik hijau untuk botol dan tong plastik biru untuk kertas. Botol botol plastik bekas susu berterbangan di tiup angin. Ada satu bahagian pagar rumah wa tertanggal. Nasib baik tak kena kereta MPV wa yang bagus tu. Hi hi hi wa kata bagus sebab bunyi enjinnya syiork. Smooth ! ! ! Kedua, bukan saja wa dapat bawa jumlah penumpang yang ramai, wa juga boleh bawa banyak barangan dari freecycle. Kini barulah wa sedar betapa berharganya MPV wa tu.


Pembahagi ruang aka pagar rumah wa tercabut kerana angin yang sangat kuat malam tadi. Rule kat sini pagar kiri jiran sebelah punya, jadi dialah sepetutnya mengganti pagar ini.

Sabtu pagi 1 Mac 08, wa pergi Bassette Pole ... car boot sale ! ! ! Wa habis lebih kurang GBP15. Beli buku fotografi National goegrafi, buble wrap (untuk balut barang takut pecah sebelum letak dalam kotak dan masuk kontena, tumpang kawan punya kontena), tape aplicator, dan banyak lagi lah. Petang tu, pergi Bull Ring, beli kasut Anas.

3 bulan lalu wa beli kasut sekolah Anas di Latif, kira macam mydin lah kat Malaysia. Semalam dia kata kat wa, papa kena beli kasut adik. Wa tanya kenapa, dia kata sebab kasut adik dah koyak. Tapak kasut dia terkopek. GBP5 sepasang, 3 bulan hancuss.

Anak anak wa yang lain, semua beli clark. Diskaun masa christmas sale. Masih elok lagi. Harga GBP15 JERRR ! ! ! Inilah orang Melayu kata alah membeli menang memakai. Bagi wa bukan setakat menang memakai, malah jimat waktu kerana tahan lama, tak payah pegi beli banyak kali.

Dulu masa ada sale tak nak beli, bila dah tak ada sale, terpaksa juga beli sebab nak pakai. Ambik lu, harga dia GBP36 JERR ! ! ! . Bukan wa tak suka beli yang murah, kalu murah kat car boot sale memang berbaloi. Kalau kat kedai wa rasa ralat lah. Buang duit je. Lebih baik duit tu simpan, bila dah banyak, beli yang betul betul puas hati.




Memula wa ingat kenapalah orang ramai sangat di Bull Ring hari ni. Nak masuk parking pon jam sakan. Rupanya fahamlah wa, awal bulan rupanya



Anas dan Maisarah di Bull Ring





Maisarah





Gambar ni tak ada kena mengena ngan wa. Wa nak ambil gambar crowd. Tak perasan pon pada awek ni. Tiba tiba (ingat, perkataan favorit Amir) kelihatan macam wa ambil gambar mereka pula

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ