Hari ni wa tak berniaga. Cuti. Sebabnya, kat universiti ada program "Islamic Awareness Week" dari pagi hingga petang dan disediakan lunch free. Maka untuk menyokong program tersebut, wa tak hantar makanan ke surau.
Bila tak keje ni banyaklah masa terluang wa. Tapi tak juga bangun lambat. Subuh masuk lebih kurang 5 pagi. Semakin nak summer ni maka waktu subuh akan semakin awal. Lepas kejutkan anak anak wa bangun subuh, wa suruh mereka mandi sebab Aiman dan Anas ada school trip hari ni. Kena ada di sekolah sebelum 8 Pagi.
Bukannya jauh sangat perjalanan ke sekolah, cuma wa tak suka berkejar kejar kerana lambat. Lebih baik ada kat tempat tu awal jadi wa boleh tenang. Sampai di sekolah, yang ada hanyalah cikgu dan beberapa murid yang memang ada kelas pagi.
Lalu wa pergi office tanya kenapa tak ada budak budak yang nak pegi trip tu? Rupanya cikgu mereka kata kena ada di sekolah "a quater to nine". Aiman kerana terlalu excited agaknya, kata kat gua, before eight. AWWWWWWW tensionnya ! ! ! !
Tak kan wa nak duduk situ hingga 8:50. Maisarah dan Amir masih di rumah. Wa kena ambil mereka pula sebab waktu mereka masuk sekolah 8:50 pagi. Jadi wa bertindak cepat, macam mission impossible gitew. Wa kata kat mereka moh kita ke kereta (eh idok le wa kata loghat Perak, saja je tulis kat sini)
Memula wa nak balik semula dan ambil Maisarah dan Amir. Tapi tiba tiba (tiba tiba ini adalah perkataan yang selalu Amir guna, contoh ayat dia, Amir tengah tengok tv, tiba tiba abang tutup tv. Amir nangislah, awww tension ! ! ! tengah drive pon dapat call dari Amir dengan cerita tiba tiba nya. Lu all tak tension ke? terer lah lu all kalau tak tension)
Hampir lupa lak cerita asal. Bab melencong ni wa ada kawan, pergh, kalau pasal melencong, memang WERLD ! ! ! Orang Subang Jaya ! ! ! Dah tua dah dia. CS....., Lu ROCKKK ! ! !
Sambung ceta tadi ... tiba tiba ...
Wa nampak kawan Aiman Jalal. Lalu wa kata kat Aiman, kalau papa tinggalkan Aiman dan Anas dengan Jalal ok ke? dia kata ok. Suka sakan lah mereka agaknya. Maklumlah, wa memang tak akan lepaskan mereka tanpa orang dewasa ada bersama.
Lalu wa pulang ke rumah ambil Maisarah, Amir dan mama dia. Wa selalu bawa Madeehah sekali. Ada sebab ni. Madeehah ni susah nak tido kalau tak iye iye. Tapi bila masuk dalam kereta sahaja, letak dalam Car seat dia, senang sikit tido
Ini adalah trick yang wa dapat masa mak dan bak ke Preston. Jadi bila wa sampai rumah, dia dah tertidur, wa angkat dia letak atas katil, dia akan tidur hingga lebih kurang jam 12 tgh. Macam macam keje wa boleh buat. Kalau dia jaga, susah sikit nak buat keje. Nak masuk tiolet pon kena tunggu dia tidur dulu
Satu hari tu, wa tengah depan laptop ni, wa cari Madeehah, rupa rupanya dia ada kat dalam toilet. Lu all nak tau apa dia buat? heh heh heh, dia celup tangan mungil dia dalam tiolet bowl dan basuh muka dia dengan air tu. awwwwwww ! ! ! kreatif sungguh. sebab tu wa kata wa tak leh buat keje lain kalau dia jaga. Ha wa harap sekarang ni lu all faham kenapa ye.
Hari ni trick tak jadi. Masa dalam perjalanan pulang tadi wa dah nampak mata dia sangat kuyu. Wa cuba perlahankan kereta wa, dengan harapan dia terlena. Sampai sahaja ke rumah, TING ! ! ! mata dia terbuka luas. Alamatnya tak tido lah dia.
Mak dan bak ada di rumah. Jadi tak apa lah. Wa sempat tonton rancangan Top Gear Jeremy Clarckson. Setiap hari ada kat tv. Kelakar JC ni. Rancangan ni mengenai kereta. Dia fan kereta mewah. Jangan kata dia tak highlight mengenai kereta Malaysia. Memang ada. Tapi, tak pernah yang positif. Adakah dia benar, atau kereta Malaysia di sabotage? Lu all pikir lah sendiri. Ada India Muslim, dia ni betul lantai rumah sewa wa di sini. Dia kata, Proton starting well, but now, he won't buy a Proton anymore, no good. Iye ke?
Biasanya waktu pagi wa akan tonton rancangan budak budak. CITV. bagus gak rancangan ni. Madeehah suka sangat. Lu all nak tau wa sekarang ni pon dah tau serba sedikit bahasa isyarat untuk orang kurang upaya pendengaran dengan menonton rancangan kanak kanak. Dan Madeehah pon dah tau banyak vocab. Bagus khanz.
Semalam wa pergi ambil tv cabinet dan kitchen table dari freecycle. Dua dua barang tu masih baru dan cantik. Wa boleh keje tetap ambil barang free ni. Kalau wa kumpul banyak banyak, masuk dalam kontena, boleh buka kedai junk shop kat Malaysia ni. Hi hi hi.

Madeehah nyenyak tidur atas kerusi rotan yang wa terima dari free cycle.

Bunga baru nak berputik. Sangat banyak di sepanjang jalan. Kat tepi recycling bin pon ada tumbuh
No comments:
Post a Comment