Wednesday, 27 February 2008

Hari jumpa cikgu

28 Feb 08 adalah hari yang agak besar dalam kalender anak anak wa. Apa tak nya, seminggu sebelum sampainya hari ini, wa selalu diingatkan oleh mereka akan hari ini. Note besar bertempek di peti sejuk. Wa rasa walah yang paling lama jumpa cikgu cikgu di sekolah Raddlebarn ni. Apa taknya, anak wa di sekolah ini ada 4 orang.



Tapi lu all jangan terkejut pulak, ada gak anak mat salleh ramai. Wa kira wa samalah dengan dia. Anak dia juga 4 orang yang bersekolah dan seorang bawah 1 tahun. Setiap hari wa lihat mat salleh ni hantar dan ambil anak dia sambil mendokong anak kecilnya. Oleh kerana keluarga dia besar, maka dia naik kereta besar juga, Mercedes Benz Viano wa rasa tahun 2007. Cantek mpv ni. I think 7 or 8 seaters. This is the mpv I dreams to buy before. But my dreams is still too far.


Viano






Appointment mereka semuanya lepas jam 6:15 petang. But we manage to see Anas's and Maisarah's teachers. Kalau nak ikut stail mat salleh, memang tak boleh nak langgar appointment, tapi my wife, seperti biasa, dengan confiden jer tanya kalau boleh appointment itu dipercepatkan.



Well everybody, in this world, we can ask anything, whether we get it or not, it doesn't matter. But if we don' ask, most probably we don't get.



Laporan mengenai Anas, semuanya excellent. Cikgu dia lelaki. 5 minit je dah selesai



Maisarah kedua, cikgu dia ni, kata Maisarah, berasal dari Penang. Keturunan India. Tapi tak nampak pon macam orang Malaya. Panjang lebar juga lah dia bercerita mengenai Maisarah. Dia kata Maisarah dah jauh maju. Pronouncation very good, reading and writing neat.



Lepas balik rumah, wa dan wife pergi lagi ke sekolah untuk appointment Aiman dan Amir pula. Aiman dapat surat dari pengetua sebab dikatakan bergaduh di sekolah. Wa tanya Aiman, lepas tu wa beritahu keadaan sebenar pada guru kelas dia.



Kejadiannya begini. Jalal bertikam lidah dengan kawannya. Aiman datang untuk meleraikannya. Kawan Jalal tak puas hati, lalu dia mencakar leher Aiman. Cikgu nampak, lalu mereka disuruh tunjuk sebab. Mungkin Aiman tak faham, jadi dia kata ye sajalah.



Masa wa kata kat cikgu kelasnya, cikgu kelasnya pon tak percaya Aiman akan bergaduh, kerana menurut guru kelas dia, Aiman adalah pelajar contoh. Maka dia suruh wife wa tulis surat kepada principal menceritakan perkara sebenar



Wa lihat hasil kerja Aiman, memang very neat. Sebab tu cikgu suka dia. Kekuatan Aiman adalah pada sains dan daya ingatan.



Terakhir, wa jumpa cikgu Amir. Ms Hartland. Dia kata kerja Amir sangat cantik dan bersih untuk umur 6 tahun. Amir adalah seorang yang peramah dan senang bergaul. Dia kata Amir periang dan suka buat orang ketawa. Kekuatan Amir adalah pada Matematik dan Sains. Jadi dia cuba push Amir dalam kedua bidang tersebut. Namun penguasaan bahasa Inggerisnya agak lemah. Maka Amir dibawa kepada guru khusus bahasa Inggeris 2 x seminggu agar dia dapat lebih menguasainya.



Selesai di sekolah, wa ke kedai groceries, tambah bahan masakan untuk bisnis makanan wa.



Beberapa hari yang lalu, UK bergegar. Pusat gegarannya agak dekat dengan West Midlands. Birmingham lah tu. Namun pada malam kejadian, wa tak sedo pon. Tak ada apa apa yang pelik terjadi pada keesokannya di rumah wa. Di department wife wa, banyak barang yang jatuh, malah staff lab yang masih berada dalam lab sekitar 1 pagi, hari tersebut turut mendengar bunyi yang kuat seakan orang menggendang pintu dari luar.



Keesokannya, bekas panglima tentera Israel yang kini dah pon menjadi menteri, datang ke School of Ecomnomic Birmingham University bagi talk mengenai mengapa mereka perlu menyerang Palestine. Terdapat demonstrasi student depan School of Economic pada hari kedatangan beliau, iaitu petang Rabu, 27 Feb 08.



Paginya, ada minggu Arab society. Wa pon jadi pelik, apa yang nak ditonjolkan pak pak Arab ni? Islam ke atau nak bagi tau mereka ni sama sahaja seperti mat salleh? Yang perempuannya pula, dah lah tak bertudung, sempat juga terhenjut henjut sambil dengan muzik skala kuat.



Minggu ini adalah minggu kesedaran Islam. Banyak gak mat salleh lelaki dan perempuan tertarik nak tau tentang Islam. Tapi kat tempat ni lain pula kejadiannya. Konpius wa.



Sehari sebelum itu, ada talk mengenai Rasulullah saw. Ramai yang datang mendengar talk tu. Ada sorang mat salleh ni, beragama Kristian, sangat berminat nak tau tentang Nabi Muhammad saw. Dia kata, tak mungkin dia akan baik terhadap umat Islam jika dia tak tau apa itu Islam sebenarnya. Sebab itu dia berminat nak dengar mengenai Rasulullah saw dari orang Islam sendiri.



Yang duduk sebelah wa, warga Perancis. Tapi dia Islam sebab bapanya Islam dari Turki. Mak dia French. Wa dah kenal lama dia ni, sebab memang wa selalu jumpa dia di surau berjemaah zohor dan asar.



ok, suasana kat luar masih sejuk. Tangan jadi kering jika tak letak petrolium jelly. Tadi pagi, jari wa berdarah sebab terlalu kering. Ada cut. Bila kulit kering dan keras, amat mudah terluka. Bunga dah banyak yang tumbuh, dan semakin bercambah.

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ