Thursday, 7 February 2008

Sinar cahaya




Salam semua

Dah lama wa tak tulis catatan wa.­ Untuk memula bicara, wa bagi tau, target wa minggu lepas Alhamdulillah tercapai, merangkak rangkak jugak lah sebab hari pertama minggu lepas, jualan kurang.­ Oleh kerana wa merangkak rangkak nak capai target wa minggu lepas, maka minggu ini, target wa tak berubah GBP100 sahaja.­ Secara keseluruhan, jualan wa semakin meningkat.­ Alhamdulillah

Hari pertama minggu ini, jika diikutkan seperti minggu lepas, ia kurang, jadi wa takut juga, Alhamdulillah, hari ini, Isnin 18 Feb 08, jualan wa GBP31.­80, ia merupakan jualan tertinggi wa sepanjang penglibatan wa menjadi penjual nasi lemak di Birmingham ini.­ Kalau ikut jumlah yang terjual, (semua habis), sepatutnya wa dapat GBP33.­ Wa tak rasa rugi, ini kerana wa terkesan pada cara Hj Othman mengiklankan mineral waternya di mesjid seluruh Selangor, (mungkin sekarang ni idea dia dah sampai ke seluruh negara).­

Dia kata, tak apa jika ada yang ambil air tapi tak bayar.­ Mungkin dia dah bayar sebelum itu kerana tak ada duit pecah, atau dia tak bayar hari ini, kerana dia tak bawa duit, pada hal dia sangat dahaga.­ Kita bantu dia menghilangkan dahaga.­ Jadi wa dah redha awal awal lagi.­ Lagipon rezeki itu milik Allah swt.­


Jumaat lepas, wa agak terkejut, bila ada seorang pelajar Malaysia menghampiri wa, wa ingat dia nak kata apa? ye lah khanz, wa berniaga di situ, bukan bayar sewa.­ Mana tau kalau kalau pentadbiran Universiti tak bagi jual lagi


Pelajar Malaysia : "Bang, tadi ada orang tanya, siapa yang jual makanan ni? saya kata abang tak datang, saya tanya dia kenapa? dia kata nasi ni sedap.­ saya pon tak sempat beli sebab sampai je dah habis.­"


wa : "oh ye ke?" wa buat buat terkejut, padahal memang terkejut pon.­

Wa tak sangka, wa bawa banyak hari tu.­ Pada hari tersebut pon jualan wa kurang GBP2.­ Namun sehari sebelum itu wang yang wa terima memang lebih dari bilangan jualan.­ Pernah sekali wa terserempak dengan orang Arab yang memang bayar lebih.­ Wa nak bagi dia duit balik pon dia kata tak payah.­


Kalau ikutkan impian wa, wa nak dapat lebih kurang GBP4000 lah.­ Tapi bagaimana? Jika nak ikut pada keadaan sekarang ini, impian wa masih jauh lagi.­ Walaupon ia masih jauh, jika wa lihat dari sisi berlainan, wa cuma perlu GBP3600 sahaja lagi sebulan untuk mencapai angan angan wa tersebut.­ Lelaki tak punya impian, susah lah beb.


Maknanya, jika income wa di Unibesti ni dah tepu, maka wa kena cari tempat lain untuk wa tambah pendapatan wa.­ wa ingat wa nak supply nasi lemak ini di gerai teman wa di Bull Ring, City Centre.­ tak tau lagi, wa belum ada kesempatan waktu sesuai nak buka mulut.­ jumpa dah banyak kali dah



Ini parking lot tempat wa park kereta wa. Kalau terer cari kereta wa. Wa bayo GBP1 sehari. Dari sini naik tangga ke surau


Ini pula, tempat wa meletakkan jualan wa. Hari hari naik turun tangga, excercise gitew, sebab itu agaknya berat badan wa turun




Pintu surau. Bahagian lelaki berkunci, jadi wa minta jasa baik wanita untuk membukakannya waktu pagi sebab pintu sebelah wanita tak berkunci. Antara tempat solat lelaki dan wanita dipisahkan oleh bidai sahaja. Kalau wanita tak ada dalam tu, wa masuk ikut tempat sholat wanita ni dan buka pintu lelaki.





Inilah mercu tanda BU. Menara jam. kalau sesat kat Birmingham, cari mercu tanda ni. lepas tu call wa. wa pegi ambil





Esok 19 Feb 08, birthday Aiman.­ dia kata dia nak nasi tomato.­ hi hi hi.­ Selera dia memang baik punya.­ Wife wa kata, kalau tak keberatan dia nak jual nasi tomato esok.­ Sekali jalan gitew.­ hi hi hi.­ Tak sangka lah wa.­ Kalau dulu, bila makan, wa tak dapat duit, malah keluar duit lagi.­ Tapi kini, nak makan pon boleh buat duit.­ Wa fikir, ini adalah resepi baru.­ Kira cuba cuba je lah.­ Resiko ni.­ Tapi kalau nak kira resiko, waktu memula wa bawa nasi lemak ni di surau unibesti ni pon lagi besar resikonya.­ Wa tak taulah



Kaki wife wa sakit, esok kena pergi hospital.­ Hai tukang masak sakit pulak.­ Mak dan Bak masih berada di Preston.­ Tapi wa respek lah sama wife wa, semua boleh, jarang yang dia kata tak boleh.­ Rasanya tak pernah lah dia kata tak boleh.­ Jadi pulak tu

Mak pon semangat gak nak berniaga.­ hi hi hi.­ Setiap minggu dapat duit.­ Best ooooo.­ Wa bagi tiga.­ 1/3 untuk chef, 1/3 tukang jual dan 1/3 lagi saving perniagaan.­ Yang ni buat beli modal.­ So far modal tak ada masalah lagi nak cari.­

Kat sini bukan tak ada kerja.­ Ada banyak kerja.­ Terutamanya floor manager aka cleaner lah tu.­ Sejam GBP6.­ Kalau 2 jam dapat GBP12 belum tolak tax.­ Kena bangun pagi, pergi keje jam 5 AM, bawa kereta sendiri, tergesa gesa balik rumah jam 8 pagi untuk hantar anak anak wa kesekolah, tolak campur, sama je ngan jual nasi.­ Bedanya jual nasi ikut suka wa, kira boleh lah guna lagi peribahasa "wa pedulik haper" .­ kalau kerja dengan orang, tak boleh nak ikut suka kita, kena terajang lah wa kalau tak ikut majikan khanz.­




Sebab tu wa suka sangat jual nasi lemak ni.­ Selain untuk mencari rezeki halal, wa juga dapat menyediakan makanan halal untuk Muslim yang lain.­ Kira fardhu kifayah yang wa buat ni.­ Tu yang melegakan wa.­ Kalau nak cerita soal malu, apa yang nak dimalu khanz.­ Kan wa dah kata dulu, NO MONEY NO TALK.­ Kalau malu banyak duit tak apa lah.­ Tapi kalau malu tak ada duit, rentikan lah malu tu.­ hi hi hi jumpa lagi


No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ