Friday 10 October 2008

Tok Lil ... Allahyarham


Telah kembali ke Rahmatullah pada malam Jumaat 9 Oktober 2008











Tok Lil adalah adik Tok Wan, ibu Wan. Sangat rapat dengan Wan ketika hayatnya. Raya tahun ini Allahyarham beri Wan RM50 duit raya buat belu gula gula katanya, tak pernah dalam sejarah. Wan kata patutnya Wan yang bagi, namun dia jawab tak apa lah. Beliau antara yang pertama dan paling suka menyambut kepulangan Wan dan Tok Bak dari Birmingham pada May 08 lalu.



Allahyarham Tok Lil banyak membantu kami dalam segala hal. Kata kata yang keluar dari mulutnya sentiasa perkara yang baik baik sahaja. Setiap kali berjumpa tak lepas dari doanya. Semoga segala budi baiknya dibalas Allah swt dengan menempatkan Rohnya bersama para sahabat Rasulullah saw. Sebaiknya dikebumikan sebelum Sholat Jumaat, lepas azab kubur hingga hari kiamat. Tapi wa tak pasti fakta ini, kena tanya Ustaz.








Tok Lil pergi dalam tidur. Beberapa hari seebelum itu, dia mengadu kembung perut. Tiap malam isterinya akan sapu minyak dan ia reda. Malam pemergiannya, Tok Chum tak dapat tidur setelah sholat tahajud jam 4 pagi.







Urusan jenazah diuruskan anak anaknya. Semua keluarga menyembahyangkan jenazahnya termasuk jemaah mesjid depan rumah Tok Chom. Tok Lil disemadikan di sebelah kubur cucunya Allahyarhamah Nisa, anak Dato' Yahya Abdul Jalil di tanah perkuburan Bukit Kiara.






Memang pemergian orang yang baik akan sangat dirasakan. Jika kita imbau kembali, sewaktu kita lahir, kita menangis sedang orang disekeliling kita suka dan gembira. Sewaktu kita pergi, orang disekeliling kita pula yang menangis melepaskan kita. Kita hanya pinjaman Allah swt.


Al Fatihah.


















Hj Abdul Jalil Hj Md Said















Disenangi semua















Dengan Tok Bak di rumah terbuka Dato' Yahya Abdul Jalil di Janda Baik beberapa tahun lalu















Bersama isterinya Tok Chum, menjadi contoh anak cucu cicit saudara mara






Keluarga mula tiba










Adik bungsu Tok Lil, Tok Chu


Jenazah diusung untuk dimandikan



Di mesjid Kg Tunku








Tok Chum


Anak perempuan bungsu Datin Dr N


Anak lelaki sulung, DYAJ


Anak bungsu lelaki, Malek



Wan

Cho




Tok Lil, Dy tak dapat jumpa Tok Lil, tapi semua nasihat Tok Lil pada Dy, Insya Allah Dy akan ingat.




Sedia untuk disholatkan


Mohd Iqbal Al Hafidz


Perjalanan ke alam kubur








Bukit Kiara


3 dari 9 anak Tok Lil


Ami Seh




Sebelah kubur Nisa


Setelah manusia meninggal, hanya 3 perkara yang terus bersamanya, harta yang dibelanjakan di jalan Allah swt, ilmu yang bermanfaat dan anak anak yang sholeh dan sholehah yang sentiasa mendoakannya




Tumbuhan di perkuburan Bukit Kiara

Gambar adalah ihsan Tok Bak


http://www.flickr.com/photos/hjesamdyunos/page31/

5 comments:

Anonymous said...

Salam, kami turut bersedih. Setiap yang hidup pasti merasai mati...tok lil pergi mendahului kita...giliran kita pasti akan tiba...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...

azuar, jamisah

Dentist and Me said...

Thanks Azuar and Jamisah ...

Dicken said...

Al Fatihah buat Tok Lil, a great man.

Death comes to all. But great achievements build a monument.

Dentist and Me said...

Thanks Dicken ...

Mohamed Faizal Haji Mohamed Khalid said...

Al fatihah kepada arwah ayahanda Haji Abdul Jalil Bin Mohd Said, saya sebagai anak angkat arwah sentiasa sayang kepada arwah ayahanda dan selalu malam jumaat selepas maghrib akan turut masukkan sekali nama arwah di dalam sedekah ayat ayat suci selain kepada datuk datuk saya sendiri ... sentiasa sayang dan dalam ingatan saya. Al Fatihah .... Amiin



Faizal

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ