Wednesday, 31 December 2008

So'ton

Wa sampai So'ton jan 11:30 pagi. Lewat 2 jam dari rencana awal. Memulanya wa cadang nak gi Isle of Wight. Namun suhu sejuk, dan banyak attraction tutup. Lalu Sawal dan ieterinya bermurah hati membawa kami ke Portsmouth, kurang lebih 20 batu dari rumahnya. Setlah sholat dan lunch (nasi ayam you wa kata kat lu), kami bergerak ... vroom





Park kete di Gunwharf Quay. Factory Outlet. Beso gak





Ada satu sudut tempat pakcik ni bagi belon percuma. Kalau nak sedekah pon di alu alukan



Depan outlet Clarks (Niece wa buat lawak, dia sebut Clank). 50% tapi wa tak minat. Dah pokai. Cukup la satu wa beli awal tahun ni. Boot dengan teknologi GoreTech, tak basah punya. Perlu untuk cuaca basah di UK ini. Memang selesa. (GBP85)




Kedai Villeroy, memang bagus barangannya. Tag harga lepas diskaun pon masih tinggi. Bayangkan satu pinggan regenya GBP23. Wa beli gak, gelas 8 biji GBP10. Villeroy you, wah kah kah kah. (Tak nampak riak sebab tak ada chop)




Spinnaker Tower. Hampir GBP30 untuk 7 beranak naik atas tu. Pemandangan memang chantek. Namun lebih chantek di musim panas. Insya Allah wa datang lagi Mei 2009




Depan factory outlet.



Wa rasa tempat ni patut dilawati. Berbaloi wa kata kat lu. Kedai banyak, susunan menarik. Ada sale lagi bank holiday Mei 09.



Berani sungguh mereka ini berdiri atas tiang ni, di tingkat atas menara ini. 100 meter tinggi oooo

Di menara tempat melihat sekeliling

Pandangan dari atas

Pergh Amir lagi terer, siap baring wa kata kat lu. Hi hi hi tapi sebenonya ada cermin setebal 10 cm kot. Tapi cuak gak nak jalan atas cermin ni.









NB : Setinggi penghargaan kepada Sawal n Family karena sudi melayan kami. Hanya Allah swt membalasnya.

Tuesday, 30 December 2008

Sudden decision

Cuti panjang lagi. Tapi kami tak tau nak buat apa. Memula ingat nak belanja tingkap di IKEA Wednesbury, tapi tak jadi. Anak anak wa dah sound. Depa nak gak keluar rumah. Depa cadang nak pegi taman. Wa cukup tak gemo sebab kat luar tu sejuk. Frost dah melitupi permukaan luar semua benda. Hibernasi best khanz lu. Tarik je goose duvet tu. zzzzzzzzzzzzzzz ! ! !

Argh. Pe kata kami keluar rumah. Maka wa telipon Sawal di So'ton (Southampton) kata kami nak datang melawat esok pagi. Positif answer. Maka wa buat pengumuman pada keluarga wa, kita akan berangkat ke London lepas Maghrib.

Anak anak wa yang memang tengah bosan tersebut, terus bingkas memenuhkan beg pakaian. Hi hi hi nasib baik BIL wa ada di Egham, tak yah susah book hotel. Vroommm ! ! ! To Egham. Sampai Kak Yah dah sediakan nasi beriani, awch, baunya aje wa dah tewas, dua kali tambah. Macam mana nak maintain macho ni?

Wa terlihat movie Ghost town. Memula je dah tunjuk doktor gigi. Owch, teringat wa akan dentist. Lalu wa terlayan ceta tu hingga habis. Hingga wa tido jam 3:30 pagi. Banyak pulak komen member wa di banyak website di alam maya dalam waktu tersebut. Merapek gak komen komen mereka ni.

Wa kena tido lu tau kenapa, sebab esok wa nak ke rumah Sawal. Daaaa ! ! !

Sunday, 28 December 2008

Salam Maal Hijrah

Kami sekeluarga mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang mengenali kami di seluruh dunia.

Selamat membaca doa awal dan akhir tahun.

Azam tahun baru adalah berusaha menjadi Muslim yang memberi manfaat kepada muslim yang lain. Amin ! ! !

Saturday, 27 December 2008

Mengenang kembali pound wa

Lu nak tau tak apa yang wa belu semalam? Wa beli satu jacket Timberland perlu untuk suhu sejuk dan hujan sekarang(rege diskaun GBP34), satu seluo Timberland (rege diskaun GBP9.99), Satu seater Polo, GBP14, Seluo GAP (rege Diskaun GBP14), Knit ware Ben Sherman perlu untuk pakai kat tempat keje kalau tak sejuk den(rege online lebih murah dari diskaun wa beli GBP20)



Ha tu saja la wa beli untuk wa. Julung kali beli baju baru. Selalunya beli di car boot sahaja. Wife wa beli apa ek. Wa tak cek. Wa beli kasut Clark Madeehah GBP12, tapi tak muat. Isnin nak pegi tuko kat The Fort Birmingham

BIL wa dan familinya pulang ke Egham jam 9 malam tadi. Wa pulak start nak demam. Sejuk sangat la cik Kiah. Mata rasa macam pedih ditekan.

Aiman start asmanya. Rasa macam tak boleh bernafas. Dia nangis, meleleh air mata beliau. Wa pon tension kalau rasa macam nafas tak cukup

Friday, 26 December 2008

Boxing Day


Beginilah Aiman dengan kaca matanya.


Sebenarnya ini bukanlah kaca mata yang dia pilih. Tapi pihak kedai tetap beri dia percuma ini seperti yang dijanjikan. Kaca mata yang dia pilih akan sampai beberapa hari lagi. Pada hari sepatutnya kaca mata tersebut diambil, telah berlaku suatu yang tak diduga. Maka terpaksa ditunda pengambilannya



Ini pula adalah Madeehah. Wa korang maklum apa projek dia kali ini



Seperti yang diketahui semua, seluruh donia sambut Krismas pada 25 Dec 08. Secara telusnya ia adalah tarikh yang dipilih oleh manusia, menurut kesesuaian terbaik menyambutnya. Jika ditanya kepada umat Kristen di sini, depa pon tau ia adalah retorik penyedap rasa. Pengkhayal kanak kanak, hi hi hi ada santa kalus gitew. Kelahiran Nabi Isa as hanya Allah swt yang tau. Tarikh sebenarnya juga ada banyak gitew. Paling popular Julai.




Namun sebagai umat Islam kita wajib mempercayai bahawa Nabi Isa as adalah pesuruh Allah swt.


Semalam BIL wa n famili beliau bercuti di rumah wa. Wa juga tunggu paman wa untuk datang pada hari tersebut, namun beliau tak berkesempatan. Insya Allah di lain kesempatan.


Adalah sangat popular, di sini, setelah sambut krismas, keesokan harinya, 26 December adalah "boxing day". Hari di mana pekedai memberi potongan harga hingga 70%. Ye la khanz lu all. Depa ni bukan suka sangat pegi rumah sedara mara, macam kita di bulan syawal, sebulan gitew kita merayakan kemenangan di bulan Ramadhan. Oleh karena itu mereka pon pegilah berbelanja.


Dikhabarkan, ini adalah pokok krismas terbeso di UK.

Maka kami phon pergi la ke salah satu factory outlet yang bertebaran di seluruh UK dan Europe. Kami ke Cheshire Oak, factory outlet terbeso di Eropah, dengan bilangan kedai 145 buah. Dulu wa datang sini dengan Wan, Tok Bak dan Dol. Eh terbawa bawa pula, nak yang terbeso je, tertinggi, termurah, awwwww.

Kami bertolak seawal jam 8:40 pagi. Sampai 10:30 pagi. Kelihatan pengunjung dah begitu ramai. Kedai pertama yang wa masuk, Levi's. Mengancam you, 501 GBP10-40. Tapi karena terlalu sesak, wa tak boleh bernafas dengan mewah, maka wa keluo dari situ. Akhirnya wa boli je seluo GAP dan Timberland (GBP16 dan GBP10)




Beginilah keadaan di Cheshire Oak, petang 3:30 PM.




Dah nak Maghrib.

Sholat tepi kete. Ambil wuduk di toilet. Wa lupa ambil wuduk sebelum pakai setokin di rumah. Maka nak wuduk sekali lagi kena basuh kaki la. Wa lihat sekeliling, ada mamat par qist tanz, maka wa hangkat je kaki, depa sure paham. Satu kaki lepas, kaki kedua, tengah dalam sinki, mat salleh masuk, alamak ai, ditenungnya wa. Dgn selamba wa buat macam tak lihat. Cepat cepat wa blah






Apa ceta disebalik mende ni ye?





Ramai rakyat Malaya wa jumpa di sini. Semuanya peramah belaka. Banyak mereka berbelanja wa kata kat lu.







Senja ku di Cheshire Oak. Lenguh kaki melangkah, sempat juga berhenti sejenak, makan baked potatoe with tuna mayonise dan cafe latte (Medium) GBP5.40. (pergh ! ! ! RM26 beb)









Hingga la ke malam. Bukan malam pon, baru jam 4:10PM. Penat menunggu wife wa dan in laws wa berbelanja, wa sempat minum capucino di corsa cafe










Lalu wa phon pulang ke Birmingham, perjalanan 104 miles itu mengambil masa 1 jam 45 minit.



Sampai ke rumah, anak anak wa sudah menunggu. Kanak kanak tinggal di rumah, mak bapak je pegi shopping. Biasanya kalau shopping, balik kejap je, ni penat depa tunggu dekat 10 jam gitew. Kami tak bagi depa duduk dendiam sahaja. Kami bagi depa tugasan, organise persembahan dengan janji hadiah pada yang terbaik.


Maisarah ... menari
Amir ... patutnya dia yang buat persembahan, tapi wa dan BIL wa lak yang kena lumba lari, tak patut sungguh khanz lu all
Rina ... Nyanyi
Aiman, Shasha dan Anas ... buat cup cake.
Madeehah dan Adeena ... nyanyi mama mia


Hi hi hi akhirnya semua dapat hadiah, sponsored by my BIL.








Wednesday, 24 December 2008

Dah nak Christmas

Pepagi lagi wa dapat panggilan telepon dari bos wa di hospital. Katanya, operating theatres have been closed, all the operations cancelled. Maknanya, wa tak payah datang keje hari ni. Berita baiknya, yey bestnya boleh sambung tido sejuk sejuk ni. Tak bestnya, alamak ai, gaji korang la minggu ni.

Bila tak keje wa ada banyak masa la nak menulis. So here I come.

Setelah lebih setahun wa di UK ini, wa dapati cost of living in UK jauh sesangat lebih murah dari kos kehidupan di Malaya. Pelik khanz. Namun begitu lu all percayalah kepada wa, bahawa pemimpin mereka memang menjaga kebajikan rakyat mereka. Salah sikit, kena balun cukup cukup. (Walaupon begitu, ada gak yang terlepas, tapi tak banyak)

Banding ngan di Malaya, sikap TID AFA rakyat terutama Melayu sungguh memanjakan peminpin. Lagi phon, mana boleh cakap lelebih. Zappp pancong. Tak dinafikan ramai kalangan pemimpin bertungkus lumus bekerja (wei keje lu jaga kebajikan rakyat khanz, sama la keje rakyat jaga tempat di mana mereka bekeje). Cuma wa rasala, dek kerana keje sampingan lebih beso dari keje utama, mungkin, nak naik kena bagi gula gula, nak projek kena bagi gula gula, hingga menyebabkan fulus kena banyak. Poning nak cari fulus untuk maintenance bende bende tu tuan tuan dan puan puan

Wa bagi contoh menteri bagus, awwwww. Dato Shahrir Samad. Johor tu Johor wa kata kat lu ! ! ! Walau pon wa tak lihat lagi mana laman web banding harga tu, namun usaha kementerian beliau (bukan beliau sahaja, jangan perasan Dato' orang di bawah beliau juga termasuk) telah bergerak ke arah itu.

Wa tak minta yang bagus seperti berkembangnya website banding harge di UK ni, namun langkah pertama telah dilakukan. Jika ketuanya (Dato'sendiri) tak terlibat dalam keje sampingan banyak sangat, Insya Allah pasti ada kemajuan.

Wa bagi contoh web banding harga di uk www.moneysupermarket.com, www.twenga.co.uk, www.travelsupermarket.com, www.petrolprices.com, www.comfuse.com dan banyak lagi surf je kat internet nak cari barang apa, pasti kita tahu di mana harga terbaik, cari di www.google.com

Wa rasa belanja di Malaya merapek. memang la barang barang di Malaya tu import, abis tu, mengapa import. Kalau buat barang sendiri buat la yang berkualiti. Hi hi hi senang cakap. Tapi kalau tak cakap pon senang gak. Cuma kalau cakap mungkin ada manfaatnya. Khanz

Sebut tang kualiti je, wa ingat kat proton. Ei trus trang wa kata kat lu wa geli. Geli geleman. Dah bertahun tahun masih handle pintu senang patah, masih tingkap bila dah turun tak naik naik. Lebih menghanginkan wa bila bawa ke dealer proton, depa kata, ala bang, problem ni biasa pada kete proton, bukan kena kat abang sorang sahaja. Dalam hati wa kata lu bodoh ke hapa? Ha lu jawab la sendiri. Mende ni cermin kepada pengurusan. Kalau ketua haprak, haprak la pekerjanya. Hai ketua, tak guna lu terasa, lebih baik lu atasi masalah ini. Agar lu jadi lebih baik dari apa yang mereka sangka. Lu akan rasa lebih puas bila berjaya buktikan lu lebih baik dari cari alasan nak cover kelemahan lu, wa kata kat lu.

Tak boleh ubah ke? Memang susah nak ubah mentaliti masyarakat. Kita akui Malaya dah banyak berubah. Jadi sabo la khanz. Nenek wa kata, nak lihat rumah wa dah senget ke, nak roboh ke, kena lihat dari luar rumah. Kat dalam rumah kita tak nampak.

Ha jadi bagus ada ramai rakyat Malaya di luar Malaya ni. Cuma, yang tak bagusnya, jika orang dalam rumah tak dengo, telinga asik disumbat ngan headphone iPod, mana nak dengo khanz lu all. Jadi tinggal la Malaya dengan Malaya. Wa rasa ramai dah fed up nak bagi tau. Jadi langkah terbaik, duduk dendiam saja. Rugi sungguh

Tuesday, 23 December 2008

Kaca Mata

Pagi tadi kami ke Bullring. Aiman ada apointment dengan optometris. Mata dia kabur pada pandangan jauh. Cek mata percuma sebab NHS. Sebenonya kaca mata pon percuma, tapi kerana dia pilih kacamata berbayo, maka berbayo la akhirnya.

Dalam dok menunggu wa lihat kedainya sangat menarik. Ada kopi percuma lagi. Cuma pekerjanya wa lihat macam sombong sikit. Maka wa pon keluarla dari kedai tu, tinggal wife wa dan Aiman, Anas dan Amir. Wa tak boleh la kalau orang sombong sombong ni. Hi hi hi tapi khanz lu all depa peduli haper lu tak ske kat dia. Itulah hakikatnya.

Maka wa phon berjalanlah, menuruti kemana kaki melangkah bersama Madeehah dan Maisarah. Tiba tiba, wa terlihat kedai buku. Suka sungguh Maisarah dan Madeehah masuk kedai buku. Madeehah pula pegang satu buku tu tak mo lepas. GBP5 tu baby, wa kata kat lu. Nak boli sayang pulak sebab kat car boot wa besa boli 20p je, awwwww ! ! !

Begitu begini, akhirnya boli gak 3 buku. Erm macam orang kayo jek boli buku memahal khanz. GBP20 you. Setengah minggu belanja makan. Masa turun tingkat bawah, wa terlihat pula, family kalender. Wa lihat bagus idea dia. Ada 6 kolum 2 untuk ibu bapa, dan 4 untuk anak anak. Seluruh kaluarga digalakkan menulis dalam kalender itu apa yang perlu dilakukan sepanjang minggu. Termasuk senarai barang yang patut di beli. GBP9.99 melayang. Awww wa cuba gapai, tapi dah masuk kantong pekedai. "Tid Afa" duit boleh dicari.

Hari ini wa dapat email flight ticket Wan dan Tok Bak ke Birmingham. 29 Mei 09. Yey ! ! ! Maka lepas ini wa sibuk plan mengeplan la pula. Sebab ada jiran wa di BBP nak datang sini holiday sekali flight ngan Wan dan Tok Bak. Mana nak pegi ek? Swindon, Aberysywth (hai orang Aber, (bekas org Aber, SHAFIK), mana nak bawa kat Aber ni?, New Castle (Hai bekas orang NC, mana nak bawa kat NC), Manchester, Edinborough, Invernest, Fort William fuh ... ! ! !



Sawal and family. Kami jumpa di alam maya, kami kenal di alam maya. Kami chatting di alam maya. Telepon pon di alam maya. Bila kami jumpa, terasa macam dah berpuloh tahun mengenali. Macam pertama kali wa jumpa Cik Som. Dia trus kenal wa, eh Cik Som, lu tego wa macam wa ni anak sedara lu kat unibesti je ek. (Yang tersirat: mak sedara mesti tua gitew)



Kawan wa datang rumah tadi. Depa dari Southamton. Mereka nak ke kilang Queen Ann, tapi hari ini tutup. Nanti depa datang lagi. Lepas ni datang Birmingham, jangan tido hotel, tido rumah wa. Cik Som, lu kenal kawan wa ni. (..... kecuali lu pelupa)






Anak anak wa pon macam dah lama kenal dengan Shafiq, anak Sawal

Monday, 22 December 2008

Pulang dari jenjalan

Semalam kami sampai ke rumah BIL wa di Egham. Lay park semalam. Ingat sesampai sahaja di rumah beliau wa nak terus tido. Namun, seperti biasa makanan dah terhidang, terpaksa makan, dan selalunya ada sesi diskusi. Eh mana boleh tido awal beb.

Pagi tadi, kami layan anak anak ke ice skating lagi. Kali ini di Slaugh Ice Arena. Tak sebeso di Cardiff, tapi ok la. Kasut ice skate nya dah tua tua, sakit sakit kaki anak anak wa. Mereka ditemani anak sedara wa. Wa dan wife wa ikut gak. Cuma, wa je tak main. Nak jaga kaki. Dreba kaki mesti baik beb

Paman sedara wa baru datang dari Malaya ke London. Adik wa sms jadi wa call dia. Pergh, dia dah sampai Stoke on Trent tempat pemes tembikar macam Portmeirion, Royal Daulton dan macam macam tu. Harap kali ini mereka berkesempatan singgah ke rumah kami di Birmingham.

Wa telepon Wan, dia kata DYAJ dan Datin M baru pulang mengerjakan haji. Wa terharu betul bila Wan ceta kata Allah mengingatkan kami dalam ingatan mereka seingat ingatnya sewaktu mereka di Padang Arafah. Hingga wa pon tak terkata apa apa lagi. Alhamdulillah. Terima kasih DYAJ dan Datin atas ingata tersebut

Kini jam menunjukkan 10:32 malam. Wa dah sampai Birmingham dengan selamatnya, dah mandi dan dah siap menulis di blog wa. Jadi ingin wa katakan pada lu all, wa nak rehat nonton tv, pekena kopi secawan dan makan apa yang patut sebelum tido.

Wa sempat telepon Ustaz Yunus, dia baru sampai dari Abberiswith (tah betol ke idok ejaannya ni), buat janji nak pegi market awal pagi Rabu. Wa nak beli ikan dan udang galah beb. Pergh ! ! ! Eh apa kata try lobster.


Daaaaaa ! ! ! !


Eh nanti dulu, sebelum terlufa, kami sekeluarga merakamkan setinggi tinggi terima kasih atas layanan baik Dr Bidi dan Dr Nur Salmah sekeluarga sewaktu kami berada dua malam di rumah mereka. Hanya Allah swt mampu membalasnya. Kami doakan Dr Dr sekeluarga sekalian dipermudahkan segala urusan dunia dan urusan akhirat serta memperoleh redha Allah swt. Amin.

Sunday, 21 December 2008

21 Dec 08 Sain Ffagan Amgueddfa Werin Cymru


One of the welch houses


One of the bedrooms in one of the houses

Small farm at the back garden




Sheep farm





Another house





And another house






Post Office (1856)








The first emporium







Gelanggang laga ayam



Madeehah in front of Gwalia (first grocery)




Sheep farm




Pottery, macam Tok Bak




Here is my first Pottery


In the pottery house




In the pottery house


One of the bungalow


Playing football in St Fagan's Garden



Bird's house in front of St Fagan Castle


In front of St Fagan's Garden



St Fagan's Castle




Winter tree


Nota bena: Bagi mereka yang meminati museum di Wales, sila lawat Rhagor

Saturday, 20 December 2008

Welcome CYMRU

Eh breder, Jumaat lepas wa bertolak ke WALES (CYMRU) ke capital city of Wales. Janji asal nak bertolak pepagi. Tapi lambat itu dan lambat ini, 11:30 baru keluar rumah. Maka plan asal nak gi Cardiff Castle dan Cardiff Bay tak jadi, lalu trus singgah ke rumah teman wife wa.

Sampai sampai sholat jamak qasar Dzohor dan Asar (musafir), lalu makan. Lepas Maghrib, kami ke Winter Wonderland di tengah kota. Kira macam fun fair, cuma grade 1 la. Kat Malaya tu grade 5. Kah kah kah, Malaya saja mesti tak best punya (cikai, jangan marah, eh lu leng kali buat la betul betul jangan cincai je)

Eh tapi memang bagus mereka organise mende ni. Ada ice skating lagi you, wa kata kat lu. Kami tak sempat main ice skate sebab ticket fully book. Lepas puas bebudak main mainan kat situ (wa saja je kata puas, manyak oooo pound habis, siap rock climbing lagi, maka kami naik wheel of Wales. Macam London Eye la, tapi grade 3, wa rasa sama ngan Malaysia eye yang suatu ketika dahulu ada di tempatkan di tasik belakang perpustakaan negara tu dulu (Jln Ampang ke, hi hi hi dah lupa, awwww)

Kat sini sejuk giler, udah le sojuk, angin kuat pule. Ghupenya depa ni memang dekat laut. Maklum lah, dah malam, tak nampak lautannya

Pagi tadi, kami keluar rumah jam 10:30 pagi. Terus menuju ke International sport complex, maklum lah, semalam tak dapat main ice skate, pagi ni kami pegi indoor punya. Satu keluarga of 5 GBP30. Heh heh heh pada hal, inilah kali pertama kami main ice skate. Wife wa, Maisarah dan Amir ada la gak pengalaman main roller blade, jadi boleh la adjust sket sket. Aiman dan Anas jatuh, jatuh lagi dan lagi. Akhirnya setelah hampir 1 jam, barulah Aiman dan Anas enjoy main ice skate sebab dah boleh jalan. Hapa ! ! ! Lu all tanya wa? Eh wa seperti biasa la, kena jaga Madeehah. Kesian wa awwww ! ! !

Hampir 2 jam kami di situ. Lalu kami berangkat ke Cardiff Bay dan Millenium Centre. Cardiff ni ralatifnya bandar lama tapi di hiasi dengan banyak bangunan baru. Bersih, cantik dan agak moden.

Cardiff bay cantik. Banyak yatch. Bukan pelabuhan macam Liverpool tu. Jadi pemandangannya menarik. Ia dibina di atas tanah tambak laut.

Millineum centre pule dikhabarkan seperti Royal Albert Hall London. Ramai pulak orang hari ni. Ada show. Jalan masa winter ni selain sejuk, masa siang pon pendek. Jadi wa sarankan lu all datang sini masa summer. Plan asal kami juga terpaksa diubah suai atas faktor masa. Patutnya nak pegi Cardiff Castle, open museum dan "me lay park" di park.

Lepas jamak qasar Dzohor dan Asar, wa keluar ke mother care (50% winter sale) dan sekitarnya. Kalau di Birmingham jenuh nak meloncat dari satu tempat beli belah ke satu tempat yang lain, kat sini semua cikadak tu berada di kawasan yang berhampiran antara satu sama lain.

Okay baby. Owh lupa, esok birthday anak sedara wa di Egham, baby tu dah berusia 10 tahun. Happy birthday baby. Jangan naqal naqal ye ! ! !

20 Dec 08 Cardiff

International Sport Centre

Maisarah dan Amir enjoy skating


Amir sempat gak nangis. Biasalar khanz. Amir ...


Aiman dan Anas Tak dapat skating bergambo pon okay la



Beberapa kali jatuh, steward ni (pakai jaket reflection) rajin sungguh ambil tau kalau sesiapa jatuh. Dr Nor Salmah pon prihatin.




Cardiff Bay






Dibina di atas tanah laut yang ditambak





Madeehah tengah sejuk








Depan Millineum Centre, macan Royal Albert Hall London




Wa tak sempat lihat apa nama banggunan ini




Posing atas meriam




Sejuk wa kata kat lu






Main kejo merpati




Anas, Madeehah dan Aiman






Lama tak pose






Anas, bertanggungjawab, rajin dan berhati sensitif





Dataran depan Millenium Centre







Millinium Centre











Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ