Sunday, 7 December 2008

Selamat Aidil Adha

Last year wa sekeluarga sampai sini sebelum raya haji. 18 Nov nan lalu adalah hari genap setahun kami di sini. Kini gema Aidil Adha terdengar lagi. Hari ini kami bertakbir di rumah Po' Nik (keturunan Raja ni). Ada sedikit tahlil dan berbuka bersama sebelum diteruskan dengan takbir raya.

Beberapa hari nan lalu anak anak wa bertanya, tak adakah acara sembelihan tahun ini. Wa kata, tak ada. Kalau waktu di Malaya dulu, (tepatnya di Bandar Bukit Puchong), komuniti kat situ sanggup tak balik kampung pagi raya semata mata menghidupkan suasana qurban di surau At Thoyyibah. Wa ucapkan tahniah kepada mereka kerana ia memang meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa generasi muda, anak anak kami. Nampak macam kecik je acaranya, namun suasana tersebut sangat baik untuk perkembangan sahsiah kanak kanak.

Suasana ini adalah suatu yang wa sangat rindu. Kat sini tak boleh belasah sembelih sebarang sebarang bang. Nanti kena caj menganiaya binatang pula. Sembelihan dikatakan menganiaya binatang, tapi kalau matador tikam lembu tu mereka kata kehebatan pula. Nampak sangat tak guna othak mereka ni khanz

Beberapa hari nan lalu, wa ada kata kat teman wa bahawa, kita tak seharusnya keciwa jika kita di caci karena ia tak mudharatkan kita sedikit phon. Allah itu Maha Kaya. Di ujinya wa cash. Macam kat Tanah suci pula. Wa bawa kete, dalam hujan, termasuk lorong no entry. Apa lagi baby, kena tiaw cukup cukup ngan mat salleh tu. Siap main tunjuk jari lagi. Kedua, wa nak masuk simpang. Biasanya pemandu berhemah tak akan berhenti di depan simpang ketika jem. Namun ada mamat tu berhenti depan simpang masuk, hingga wa tak dapat nak masuk simpang tu. Wa cool je, lesen UK le katakan. Bila kete jalan sikit, wa pon nak masuk la, patutnya pemandu tu bagi laluan, ini perkara biasa. Tapi mamat "far qis thanz" ni siap marah marah kat wa. Dalam hati wa kata lu bodoh ke, ha ! ! ! (mesti bukan lesen UK, awwww ! ! ! )

Dalam dua kejadian tersebut, jika kita kembalikan kepada Allah swt, tentu kita akan berfikir, dan menerima, bahawa suatu itu tak akan terjadi tanpa izin Allah swt. Dan Allah swt tak akan jadikan suatu itu sia sia. Ia mengajar wa erti sebenar kata kata manusia tu tak luak langsung kat wa.

Kejadian di atas menegaskan hidup di bumi UK ini jangan buat silap. Kalau tak nak buat silap mesti ada ilmu. Lepas tu, dengan ilmu baru boleh kita menjadi yang terbaik.

Balik ke suasana di Malaya, kita dah biasa dengan budaya "tid afa". Hingga kita jadi naik lemak. Buat lebih kurang, cincai sahaja. Sebab itu kita tak kedepan.

Kat sini sekarang agak sejuk. Tiap pagi ada frost. Terkadang kekal hingga ke sore. Namun begitu, Sabtu dan Ahad ni memperlihatkan sang mentari memancar terang. Wa ambil masa hari ini, untuk memasang frame dan jam dinding. Esok wa buat rumah terbuka untuk masyarakat sekitar Selly Oak dan Harborne. Datang lah

Daaaaa

1 comment:

Anonymous said...

Betul lah tu.
Al-Isra
(O man), follow not that whereof thou hast no knowledge. Lo! the hearing and the sight and the heart - of each of these it will be asked. (36)

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ