Saturday, 13 December 2008

Sejuk

Jumaat kali kedua jualan makanan wa tak berapa bagus. Selalunya Jumaat lah paling banyak laku.

Maisarah masih demam jadi tak pegi sekolah. Wa pula cuti, kena habis kan cuti yang wa ada sebelum masuk tahun baru

Ha ! ! ! dah nak tahun baru ? Kejap saja. Tak lama lagi 2009. Wa telah ambil keputusan untuk tidak memindahkan sekolah anak anak wa dari Raddlebarn ke St Peters, walaupon ia merupakan perpindahan dari sekolah grade 2 ke grade 1.

St Peters adalah sekolah agama. Jadi pihak sekolah mewajibkan semua muridnya ke gereja setiap Rabu pagi selama 30 minit. Wa tak berapa selesa dengan keadaan tersebut. Bagi yang kuat mungkin beranggapan tid afa la, bukannya kita ikut agama mereka kalau ke gereja.

Namun bagi wa yang agak kolot ini, nehi nehi nehi ! ! !. Sebab itu nenek moyang ada berperibahasa alah bisa kekal biasa. Belakang parang jika di asah akan tajam juga. Dan memacam lagi lah, tu tak termasuk peribahasa baru terbitan Karam Singh Walia.

Sewaktu anak anak wa bersekolah di Malaya dulu, mereka ke sekolah agama swasta. Wa sangat kagum akan amalan mereka. Terutama bab sholat dan mengaji. Di sini mereka dah agak terbiasa tak sholat Zohor dan Asar masa winter ini. Wa rungsing. Iyo iyo lu buleh kata mereka kecil lagi, tapi kalau dari kecil tak tau mengaji, lu pikior dah beso otomatik tau ngaji ko? Kalau tak ado kesedaran sendiri, susah tu nak mengaji balik.

Cikgu Jue sanggup nak jaga Madeehah hingga dia dapat keje. Alhamdulillah. Thanks cikgu Jue. Moga Allah memberi jalan mudah kepada Cikgu Jue di saat diberi Nya ujian nanti. Benda benda ni adalah perkara ghaib. Tak nompek di mato manusio. Oleh kerana tak nompek tu la manusio selalu lupo.

Ni nak bagi tau, dalam fizik, setiap bendo tu ado gelombang. Gelombang yang satu memberi kesan kepado gelombang yang lain. Jadi ingat, kito tolong orang cara lain, Allah bantu kito kek lain.

Kalu nak tau lagi, handphone tu pon terhasil dari gelombang perhubungan segerombolan gajah yang berhubung antara satu sama lain berbatu batu jauhnya tau. Gelomboang itu jugo lah yang menyebabkan terdetik di hati kecil ibu jika berlaku sesuatu pado anaknyo.

Ha lepas ni, kalau lihat sekeliling kita ingat kuasa Allah swt. Banyak tando tando kekuasaan Allah yang ado dokek dengan kito bagi mereka yang mahu berfikir.

Malam tadi wa anto barang ke kontena. Tumpang kontena Abg Fendi. Kotak Ma 5 beg 1, Dol 2. Esok kontena tu bertolak dari Birmingham, dan dijangka sampai Malaya dalam masa 1 bulan. Itulah, manusia ni memerlukan antara satu sama lain. Jadi jangan ingat kita boleh hidup sendiri dalam hutan, awwww. Paling tidak kita tetap perlukan imam untuk menyembahyangkan kita bila tiba saatnya nanti.

Oleh itu, tak usah bermusuh. Bersaudaralah banyak banyak

4 comments:

Dicken said...

sekolah agama/catholic selalunya sangat bagus. kat kawasan surrey ni pun sekolah2 tu memang terrer2. pasal pegi church I'm not sure wajib ke tidak. Check this excellent write up by Dr Bakri:
http://www.bakrimusa.com/archives/english-medium-islamic-schools

Dentist and Me said...

Dah check thanks

Last year 2 klas sekolah tu masuk grammar school. Setau wa, memang setiap tahun macam tu.

Before this, rakyat Malaya yang masuk situ ikut je pegi gereja. Tapi last year ada rakyat Malaya yang boleh skip. Namun tahun ini, new regulation mesti pegi, jika tidak mereka beri keutamaan kepada umat Christian.

Fair enough.

Wa setuju cadangan Dr Bakri tu. Namun wa lebih bersetuju jika tenaga pengajarnya dari orang yang benar benar bertutur dalam bahasa inggeris.

Bukan murah biaya sekolah anak wa dulu, RM400 seorang sebulan, namun faciliti dan tenaga pengajarnya (dari sudut english medium yang dikhabarkannya) adalah sangat mendukacitakan.

Namun begitu kita kena sokong supaya mereka dapat meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa. Itulah qurban, awwww ! ! !

Tapi bila kembali kepada managenent Melayu, bayo RM1000 sebulan pon belum tentu fasiliti dan kualiti akan meningkat.

To those who really wanna make a different, do look into the management seriously. It can be done, but with QURBAN. Put others higher than what we want.

Ini yang susah ni. Melayu khanz nak kaya cepat. Hi hi hi tapi tak kaya kaya jugak, awww lagi

Anonymous said...

Dr, tulisan u banyak kalanya menimbulkan keinsafan dan menusuk ke dalam hati pembaca. Teruskan dr. Kita tidak sedar cara sebegini merupakan satu tarbiah kepada orang lain secara tidak sedar...cara berhikmah..ganjaran pahala pasti Allah janjikan..

Dentist and Me said...

Thanks Che'gu wa. Betul kah Che'gu. Malu I you know. (Tapi beri semangat nih)

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ